JIKA sebelum ini Azman keluar dari rumah pukul 7 pagi untuk ke sekolah yang terletak lima minit dari rumahnya dengan berkereta, tetapi kini dia perlu keluar lebih awal iaitu pukul 6.30 pagi.
Sebagai guru dia perlu bersedia awal di hadapan pagar sekolah untuk merekod bacaan suhu badan pelajar yang hadir ke sekolah.
Itu adalah sebahagian daripada prosedur ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan hanya pelajar yang sihat sahaja datang ke sekolah dan pada masa yang sama mengekang penularan wabak Covid-19.
Selepas menghabiskan masa hampir sejam barulah guru berkenaan pergi ke kelas untuk memulakan pengajaran hari itu.
Tidak selesai di situ, guru-guru juga perlu menjaga tandas, kantin dan lokasi lain bagi memastikan para pelajar menjaga penjarakan fizikal.
Ketika bebanan tugas guru bertambah mendadak, kekosongan guru yang pencen tidak diisi menyebabkan situasi menjadi bertambah kritikal.
Ironinya terdapat 600 calon guru yang tidak diserapkan ke sekolah, sejak Disember lalu, sedangkan mereka yang terdiri daripada lulusan bidang pendidikan universiti tempatan telah bersedia pada bila-bila masa untuk memikul tugas sebagai guru.
Dalam situasi sekarang sukar untuk mereka mendapat pekerjaan di mana-mana kerana majikan mempunyai banyak pilihan, selain bimbang calon guru ini akan berhenti pada bila-bila masa sahaja apabila ditawarkan kerja sebagai guru.
Selain itu mereka masih muda dan bertenaga untuk mengharungi pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Jika keadaan ini berlarutan guru akan kepenatan dan pada masa yang sama pengajaran serta pembelajaran menjadi tenat.
Sepatutnya tugas pelaksanaan prosedur pencegahan wabak itu diserahkan kepada anggota Rela. Kehadiran anggota Rela yang lengkap berpakaian seragam akan lebih menakutkan pelajar dan meningkatkan tahap kepatuhan.
Pada masa yang sama, guru-guru boleh kembali memberi tumpuan kepada kelas masing-masing.
Kerajaan perlu berkorban sedikit membayar elaun dua atau tiga anggota rela bagi melaksanakan tugas itu.
Lebih penting kualiti pendidikan tidak terjejas walaupun dalam situasi kritikal dunia dilanda pandemik Covid-19.
Borhan Abu Samah ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Guru penat, pendidikan tenat
JIKA sebelum ini Azman keluar dari rumah pukul 7 pagi untuk ke sekolah yang terletak lima minit dari rumahnya dengan berkereta, tetapi kini dia perlu keluar lebih awal iaitu pukul 6.30 pagi.
Sebagai guru dia perlu bersedia awal di hadapan pagar sekolah untuk merekod bacaan suhu badan pelajar yang hadir ke sekolah.
Itu adalah sebahagian daripada prosedur ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan hanya pelajar yang sihat sahaja datang ke sekolah dan pada masa yang sama mengekang penularan wabak Covid-19.
Selepas menghabiskan masa hampir sejam barulah guru berkenaan pergi ke kelas untuk memulakan pengajaran hari itu.
Tidak selesai di situ, guru-guru juga perlu menjaga tandas, kantin dan lokasi lain bagi memastikan para pelajar menjaga penjarakan fizikal.
Ketika bebanan tugas guru bertambah mendadak, kekosongan guru yang pencen tidak diisi menyebabkan situasi menjadi bertambah kritikal.
Ironinya terdapat 600 calon guru yang tidak diserapkan ke sekolah, sejak Disember lalu, sedangkan mereka yang terdiri daripada lulusan bidang pendidikan universiti tempatan telah bersedia pada bila-bila masa untuk memikul tugas sebagai guru.
Dalam situasi sekarang sukar untuk mereka mendapat pekerjaan di mana-mana kerana majikan mempunyai banyak pilihan, selain bimbang calon guru ini akan berhenti pada bila-bila masa sahaja apabila ditawarkan kerja sebagai guru.
Selain itu mereka masih muda dan bertenaga untuk mengharungi pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.
Jika keadaan ini berlarutan guru akan kepenatan dan pada masa yang sama pengajaran serta pembelajaran menjadi tenat.
Sepatutnya tugas pelaksanaan prosedur pencegahan wabak itu diserahkan kepada anggota Rela. Kehadiran anggota Rela yang lengkap berpakaian seragam akan lebih menakutkan pelajar dan meningkatkan tahap kepatuhan.
Pada masa yang sama, guru-guru boleh kembali memberi tumpuan kepada kelas masing-masing.
Kerajaan perlu berkorban sedikit membayar elaun dua atau tiga anggota rela bagi melaksanakan tugas itu.
Lebih penting kualiti pendidikan tidak terjejas walaupun dalam situasi kritikal dunia dilanda pandemik Covid-19.
Borhan Abu Samah ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved