Pembentukan kerajaan perpaduan antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta Parti Warisan mengundang pelbagai reaksi.
Ramai yang terkejut dan tidak menyangka akan berlaku gabungan yang sebegitu terutama ‘kesudian’ BN bersama-sama PH. Sebenarnya, BN boleh sahaja ‘pergi’ ke PN dan membentuk kerajaan tetapi itu tidak berlaku.
Selain terkejut, ramai juga yang marah-marah terutama pengundi BN. Sukar untuk mereka menerima gabungan perpaduan itu. Malah, ada yang meluahkan rasa marah itu dengan berazam untuk tidak lagi keluar mengundi pada pilihan raya akan datang.
Ada juga yang mahu mengundi calon Bebas sahaja selepas ini. “Order lain, dapat lain. Baik undi Bebas sahaja,’’ kata mereka.
Namun, sejak kebelakangan ini, rasa marah itu mulai reda. Walaupun minda mereka sudah boleh menerima dan memahami mengapa gabungan itu berlaku tetapi di dalam hati, masih ada sedikit keraguan. Lantikan beberapa tokoh dalam Kabinet tidak mampu melenyapkan keraguan itu.
Justeru, apa yang kerajaan boleh buat? Memandangkan kerajaan yang terbentuk ini adalah atas asas perpaduan, maka manifesto semua parti juga wajar digabungkan. Ini tentunya mampu menjadi resipi terbaik untuk semua lapisan rakyat.
Jika berjaya direalisasikan, tentunya rasa sangsi tentang kewajaran penggabungan parti bagi pembentukan kerajaan dapat dimatikan kerana mereka dapat melihat dan merasai sendiri manfaat penggabungan itu.
Secara umumnya, semua parti mahukan kerajaan yang stabil dan ini sudah pun dicapai apabila kerajaan Persekutuan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah hampir mencapai angka keramat dua pertiga majoriti di Dewan Rakyat.
Kini, tumpuan boleh diberikan kepada perkara utama lain terutama dalam menangani kos sara hidup dan membasmi kemiskinan, yang turut terkandung dalam semua manifesto.
Dalam isu kos sara hidup, manifesto PH menjanjikan penyelesaian isu kartel makanan manakala manifesto BN pula mahu memperkenalkan skim bantuan pendapatan asas di mana setiap isu rumah dijamin mempunyai berpendapatan sekurang-kurangnya RM2,208 sebulan.
Jika ini dapat dijayakan bermakna tiada lagi isu isi rumah berada di bawah garis kemiskinan.
Mereka dalam kelompok M40 pula diberikan potongan cukai pendapatan tambahan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna mereka.
Tawaran lain yang dijanjikan termasuk pengurangan kadar tol lebuh raya, liputan 5G di semua sekolah, komputer riba percuma bagi menggantikan buku teks, pendidikan tinggi percuma kepada golongan miskin, melindungi hak pekerja gig, jaminan persaraan yang selesa, kediaman mampu milik dan pelbagai lagi.
Bayangkan kalau semua itu mampu direalisasikan. Tentunya Malaysia akan menjadi sebuah negara yang makmur dan selesa untuk didiami oleh semua. Malah, gabungan perpaduan ini bukan sahaja mampu bertahan sehingga lima tahun, malah mungkin selamanya.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Gabungan manifesto resipi terbaik

Media Mulia TV