Pertelingkahan membabitkan hak sumber minyak dan gas Sarawak dan kesannya kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) serta kewujudan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) timbul lebih setahun lalu.
Walaupun semua pemegang taruh menyatakan kesanggupan untuk duduk semeja dan berbincang tetapi sehingga kini masih belum ada cahaya di hujung terowong. Paling hampir kepada sebarang persetujuan adalah deklarasi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak pada Mei lalu. Deklarasi itu menandakan persefahaman Petronas dan Petros secara bersama akan mengusahakan kegiatan minyak dan gas mengikut peruntukan undang-undang Persekutuan dan negeri Sarawak.
Putrajaya membenarkan Petronas untuk membincangkan terma-terma komersial dengan Petros. Kerajaan negeri berdiam diri kecuali suara-suara ahli politik dari negeri itu yang membuat dakwaan palsu.
Dalam dunia korporat, rundingan terlalu lama hanya menjurus kepada kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Situasi semasa tidak dibantu dengan dakwaan Petronas menyimpan 95% hasil minyak dan gas dari Malaysia. Seseorang tidak perlu ke sekolah perniagaan untuk mengetahui tiada perniagaan memberikan keuntungan sehingga 95 peratus.
Menurut sumber industri minyak dan gas, dakwaan itu tidak masuk akal. Sistem Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang dilaksanakan Petronas sudah memakan lebih 50 peratus hasil yang diperoleh, semua kepada kos asal pencarian minyak atau gas.
Petronas juga membayar 10 peratus royalti – separuh kepada kerajaan pusat dan baki 5% lagi kepada negeri terbabit. Petronas juga terpaksa berkongsi baki keuntungan dengan semua kongsi PSC berdasarkan peratusan pegangan.
Mengikut sumber industri, keuntungan yang disimpan oleh Petronas tidak mungkin melebihi 20%.
Petronas juga dikenakan cukai pendapatan, duti eksport selain pembayaran dividen kepada kerajaan. Mengikut angka rasmi, Petronas sudah membayar RM1.5 trillion kepada kerajaan pusat sejak 1974.
Syarikat itu mewujudkan lebih 55,000 pekerjaan kepada warga tempatan dan ribuan penguasa stesen minyak dan vendor minyak dan gas. Petronas adalah majikan swasta terbesar di negara ini.
Ketidaktentuan dengan Sarawak sudah memberi kesan kepada Petronas. Tahun ini syarikat minyak nasional itu memeterai dua perjanjian membeli (bukan menjual) gas dari Louisiana, Amerika Syarikat dan Australia untuk keperluan domestik. Mengikut sumber, pelaburan pengembangan operasi Petronas sudah menurun termasuk pemberhentian 5,000 kakitangan berikutan ketidaktentuan pendapatan.
Petronas kini seperti berjalan di atas ais yang nipis ketika musim panas. Tanpa perjanjian komersial yang menguntungkan semua pihak di Sarawak, ancaman terhadap kewujudan Petronas adalah benar.
Sarawak sudah mendapat royalti lima peratus, menerima bayaran tunai RM49 bilion, RM28.6 bilion dividen pegangan dalam LNG Malaysia selain RM18.66 billion dari cukai jualan untuk tahun 2024.
Semua ini kerana kewujudan Petronas. Petronas tidak pernah menjadi penakluk sedangkan bayaran royalti dan cukai berkaitan hanya memakmurkan negeri seperti Sarawak. Kegagalan memeterai perjanjian komersial akan memberi kesan lebih besar bukan saja kepada Sarawak tetapi pendapatan Putrajaya, perbelanjaan pembangunan negara, dan pertumbuhan ekonomi negara. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Fakta dan mitos kehadiran Petronas di Sarawak
Pertelingkahan membabitkan hak sumber minyak dan gas Sarawak dan kesannya kepada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) serta kewujudan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) timbul lebih setahun lalu.
Walaupun semua pemegang taruh menyatakan kesanggupan untuk duduk semeja dan berbincang tetapi sehingga kini masih belum ada cahaya di hujung terowong. Paling hampir kepada sebarang persetujuan adalah deklarasi antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak pada Mei lalu. Deklarasi itu menandakan persefahaman Petronas dan Petros secara bersama akan mengusahakan kegiatan minyak dan gas mengikut peruntukan undang-undang Persekutuan dan negeri Sarawak.
Putrajaya membenarkan Petronas untuk membincangkan terma-terma komersial dengan Petros. Kerajaan negeri berdiam diri kecuali suara-suara ahli politik dari negeri itu yang membuat dakwaan palsu.
Dalam dunia korporat, rundingan terlalu lama hanya menjurus kepada kegagalan kedua-dua pihak mencapai persetujuan.
Situasi semasa tidak dibantu dengan dakwaan Petronas menyimpan 95% hasil minyak dan gas dari Malaysia. Seseorang tidak perlu ke sekolah perniagaan untuk mengetahui tiada perniagaan memberikan keuntungan sehingga 95 peratus.
Menurut sumber industri minyak dan gas, dakwaan itu tidak masuk akal. Sistem Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) yang dilaksanakan Petronas sudah memakan lebih 50 peratus hasil yang diperoleh, semua kepada kos asal pencarian minyak atau gas.
Petronas juga membayar 10 peratus royalti – separuh kepada kerajaan pusat dan baki 5% lagi kepada negeri terbabit. Petronas juga terpaksa berkongsi baki keuntungan dengan semua kongsi PSC berdasarkan peratusan pegangan.
Mengikut sumber industri, keuntungan yang disimpan oleh Petronas tidak mungkin melebihi 20%.
Petronas juga dikenakan cukai pendapatan, duti eksport selain pembayaran dividen kepada kerajaan. Mengikut angka rasmi, Petronas sudah membayar RM1.5 trillion kepada kerajaan pusat sejak 1974.
Syarikat itu mewujudkan lebih 55,000 pekerjaan kepada warga tempatan dan ribuan penguasa stesen minyak dan vendor minyak dan gas. Petronas adalah majikan swasta terbesar di negara ini.
Ketidaktentuan dengan Sarawak sudah memberi kesan kepada Petronas. Tahun ini syarikat minyak nasional itu memeterai dua perjanjian membeli (bukan menjual) gas dari Louisiana, Amerika Syarikat dan Australia untuk keperluan domestik. Mengikut sumber, pelaburan pengembangan operasi Petronas sudah menurun termasuk pemberhentian 5,000 kakitangan berikutan ketidaktentuan pendapatan.
Petronas kini seperti berjalan di atas ais yang nipis ketika musim panas. Tanpa perjanjian komersial yang menguntungkan semua pihak di Sarawak, ancaman terhadap kewujudan Petronas adalah benar.
Sarawak sudah mendapat royalti lima peratus, menerima bayaran tunai RM49 bilion, RM28.6 bilion dividen pegangan dalam LNG Malaysia selain RM18.66 billion dari cukai jualan untuk tahun 2024.
Semua ini kerana kewujudan Petronas. Petronas tidak pernah menjadi penakluk sedangkan bayaran royalti dan cukai berkaitan hanya memakmurkan negeri seperti Sarawak. Kegagalan memeterai perjanjian komersial akan memberi kesan lebih besar bukan saja kepada Sarawak tetapi pendapatan Putrajaya, perbelanjaan pembangunan negara, dan pertumbuhan ekonomi negara. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved