UMAT Islam di negara ini dijangka mula berpuasa Ramadan esok. Bulan mulia yang ditunggu-tunggu ini bukan semata-mata menahan lapar dan dahaga tetapi menuntut umat Islam lebih daripada itu khususnya mengawal hawa nafsu.
Bagi kebanyakan umat Islam di negara ini, waktu berbuka merupakan saat paling ditunggu-tunggu apatah lagi setelah berbelanja membeli pelbagai juadah yang dijual di bazar-bazar Ramadan. Hotel-hotel pula menawarkan menu bufet yang menyelerakan.
Kemunculan ratusan bazar Ramadan membuktikan barakah bulan itu dengan rezeki yang melimpah ruah, namun pada masa yang sama godaan nafsu jika tidak dapat dikawal akan mengundang sifat boros berbelanja.
Apabila keinginan berbelanja membeli makanan tidak terkawal, tanpa disedari berlaku pembaziran sehinggakan makanan yang berlebihan akhirnya dibuang ke dalam tong sampah.
Kecenderungan untuk makan tanpa had akhirnya merugikan diri diri. Bukan kesihatan yang dicari tetapi yang datang hanyalah mudarat dan pembaziran wang.
Dalam satu kajian menunjukkan pembaziran makanan dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat antara 15 hingga 20 peratus semasa Ramadan berbanding purata bulan lain.
Statistik menunjukkan setiap tahun sebanyak 270,000 tan makanan dibuang pada bulan Ramadan yang jumlah itu sebenarnya boleh menampung hidangan kepada 180 juta orang, iaitu berganda-ganda berbanding populasi rakyat di negara ini.
Malah, dilaporkan pada 2018 sahaja sebanyak 20,088 tan makanan dibuang ke dalam tong sampah sepanjang bulan tersebut.
Inilah yang berlaku setiap kali memasuki bulan Ramadan. Kemuliaan bulan tersebut sepatutnya direbut untuk mendidik jiwa agar mengelak pembaziran, sebaliknya perbuatan itu hanya mencacatkan maksud sebenar berpuasa.
Sepatutnya Ramadan menjadikan umat Islam lebih istiqamah bermula dengan diri sendiri, keluarga dan institusi masyarakat dan sifat-sifat dan amalan yang mulia itu dapat diteruskan dalam bulan-bulan yang lain selepas ini.
Ramadan mendidik manusia bersikap sederhana, jimat cermat dan tidak melampaui batas. Namun sebaliknya apa yang berlaku semua orang berbelanja besar untuk aneka juadah, termasuklah semasa menyediakan persiapan menyambut Aidilfitri.
Surah Al-Isra’ Ayat 27 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
Ayat ini merupakan satu peringatan Allah SWT agar manusia tidak menjerumuskan diri kepada perkara dan perbuatan yang boleh membawa kepada pembaziran.
Peringatan Allah tentang menjauhi sifat membazir sangat jelas dan sepatutnya ia menjadi renungan dan amalan bukan sahaja sepanjang Ramadan tetapi berterusan.
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Elak pembaziran semasa Ramadan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved