SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan iaitu masing-masing pada 11 Julai dan 1 Ogos ini.
Ini bermakna, dua Sabtu akan menjadi penentu kepada parti manakah yang akan dilantik mentadbir kerajaan negeri Johor dan Negeri Sembilan. Kali ini ia melibatkan seramai 3.61 juta pengundi berdaftar.
PRN Johor berikutan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada 1 Jun lalu mengumumkan pembubaran DUN Johor selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.
Sementara PRN Negeri Sembilan diadakan selepas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan pembubaran DUN berkuat kuasa 5 Jun lalu.
Walaupun sebelum ini, ramai juga berharap agar PRN kedua-dua negeri itu dijalankan serentak, SPR telah memaklumkan hal itu tidak dapat dilakukan berikutan isu logistik dan persiapan melibatkan para petugas. PRN itu dijangka menelan belanja keseluruhan kira-kira RM167.4 juta.
Bukan masalah besar kepada pengundi jika ia tidak dapat dilakukan serentak. Apa yang penting semua pengundi berdaftar mesti pastikan tunaikan tanggungjawab masing-masing.
Di Johor, memang kerajaan negeri sedia ada tidak ada masalah mentadbir. Daripada jumlah 56 kerusi DUN, Barisan Nasional (BN) memang 40 kerusi, DAP 10, Bersatu (2) dan masing-masing Pas, Amanah, PKR dan Muda 1 kerusi.
DUN Negeri Sembilan yang memiliki 36 kerusi dianggotai oleh 17 kerusi Pakatan Harapan, 14 (BN) dan PN (5).
Krisis berlaku April lalu selepas Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengumumkan kesemua 14 ADUN parti itu sebulat suara umum hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap Aminuddin susulan krisis institusi adat dan perlembagaan negeri.
Jadi, bagi Negeri Sembilan, PRN diadakan sebagai langkah terbaik menyelesaikan krisis politik yang sedang berlaku dan berlarutan hingga kini.
Sebelum ini, krisis adat di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan Undang Luak pada 19 April lalu mengisytiharkan penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Balai Undang Luak Sungai Ujong.
Dalam sistem demokrasi, rakyat ada kuasa memilih kerajaan. Jadi jangan sia-siakan hak mengundi yang termaktub dalam Perlembagaan.
Pastikan buat pilihan yang tepat iaitu parti dan pemimpin yang mampu menjalankan tugas memimpin negeri. Jangan mengundi ikut emosi.
Jika tidak, rakyat akan tanggung kesannya selama lima tahun.
Nilaikan sumbangan dan kerja-kerja ADUN kawasan masing-masing. Yang pasti, kita tidak mahu ADUN yang turun padang bermusim. Bila hampir PRN baru nak tunjuk muka.
Demikian juga bagi wakil rakyat veteran atau yang sudah tiga atau empat penggal jadi ADUN, eloklah beri laluan kepada calon yang lebih muda. Menjadi wakil rakyat zaman sekarang tak sama dengan 20 tahun dulu.
Rakyat kini mahu ADUN yang cergas, berwawasan dan sentiasa ada apabila diperlukan. Jadi, kalau tak mampu melakukannya, eloklah bersara dan menabur khidmat sebagai aktivis masyarakat. – UTUSAN
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia.
Dua Sabtu jadi penentu Johor, Negeri Sembilan

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved