KETAGIHAN alkohol atau meminum alkohol berlebihan secara perubatan dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk penyakit berkaitan hati, pancreatitis, pelbagai kanser seperti mulut, esofagus, larynx, perut, hati, kolon dan buah dada. Ia juga dikaitkan dengan kerosakan otak. Semua ini fakta kesihatan.
Selain itu, kesan sosial lain dikaitkan dengan alkohol. Di Mahkamah Majistret Kampar seorang lelaki dituduh memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penjawat awam.
Dalam kejadian lain, seorang operator kilang yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan kematian sepasang suami isteri orang kurang upaya (OKU) di Jalan Serkam Pantai, Jasin. Itu antara beberapa ‘hasil’ amalan meminum alkohol. Tahun lalu, seramai 1,157 pemandu mabuk ditahan polis di Kuala Lumpur.
Kejadian pergaduhan di kelab malam dan disko oleh pengunjung yang mabuk adalah perkara biasa. Berapa ramai isteri yang diherdik dan dimarah oleh suami yang pulang mabuk walaupun tiada statistik rasmi. Tetapi minuman alkohol dibenarkan kerana dalam banyak masyarakat ia satu amalan yang diterima walaupun dalam Islam ia diharamkan.
Malah ramai kenamaan beragama Islam menikmati ‘air anggur’ dengan bangganya dan memberi alasan ia hak dan pilihan mereka. Hak untuk minum. Bagaimana pula hak pasangan OKU yang mati dilanggar pemandu mabuk? Tidak mungkin ada usaha mewujudkan “generasi bebas alkohol”. Ahli politik atau parti yang mencadangkannya seperti menarik picu pistol berpeluru hidup di mulut sendiri kerana pasti ditolak pada pilihan raya.
Ancaman penyakit lain turut membimbangkan. Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, kira-kita 3.9 juta rakyat Malaysia ada penyakit kencing manis. Ini bermakna seorang daripada setiap lima orang dewasa di negara ini ada penyakit kencing manis, sekali gus menjadikan Malaysia ‘Negara Paling Manis di Asia’.
Tinjauan sama mendapati empat daripada setiap 10 rakyat negara ini mempunyai tahap kolestrol tinggi manakala 50.1 peratus atau seorang daripada setiap dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan berbanding 29.4 peratus pada 2015. Mereka ini terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
Mungkin boleh diwujudkan kempen generasi kurang gula, rendah kolestrol atau kurang berat badan. Mungkin akta tertentu boleh diwujudkan bagi melarang pengambilan gula berlebihan, makanan tertentu atau bahan lain bagi menangani masalah kencing manis, obesiti dan kolestrol tinggi.
Masalah paling besar di Malaysia bukan semua di atas. Ia mengenai berleluasanya amalan rasuah. Setiap hari ada sahaja didakwa atau ditahan reman berikutan pembabitan dalam rasuah. Malah nama beberapa menteri dan bekas menteri disebut sebagai penerima rasuah tetapi ‘dihalalkan’ sebagai ‘dana politik’.
Tidak kisah jika dalam teks khutbah Jumaat khatib menekankan bahawa mereka yang menerima dan memberi rasuah dilaknat Allah. Ia halal kerana kepada penerima dan pemberi ia hak mereka.
Ada yang mencadangkan undang-undang “tembak oleh skuad penembak kepada pesalah rasuah”. Ia mungkin sesuatu yang boleh dipertimbangkan bagi mewujudkan generasi bebas rasuah.
Hipokrasi adalah apabila mengatakan gula itu buruk tetapi dia lahap memakan candy. Kita ada ramai hipokrit. Apa yang lebih hipokrit apabila mengambil hak pihak lain kerana kekejian tertentu tetapi memberi hak sama kepada dosa yang sama kejinya kepada orang lain. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Dosa sama keji tetapi dilayan berbeza

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved