APABILA Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani perjanjian timbal balik perdagangan di Kuala Lumpur, banyak perkara yang diperkatakan mengenai dokumen 23 muka surat itu.
Perbahasan mengenai siapa yang untung atau adakah Malaysia menggadaikan kedaulatan negara dengan mengikut telunjuk ekonomi terbesar dunia itu.
Adakah kita kena patuh jika AS mengenakan sekatan kepada negaranegara atau syarikatsyarikat tertentu? Contoh mudah peralatan telekomunikasi Huawei yang dilarang digunakan di negara Uncle Sam. Adakah larangan sama berkuat kuasa di negara ini?.
Adakah polisi Washington akan menjadi rujukan Putrajaya?.
Bagaimana pula dengan perjanjian Malaysia bersama rakan niaga lain seperti China? Adakah keduaduanya boleh wujud tanpa pertindihan?.
Kita akan tahu apabila kandungan perjanjian itu diuji kelak selepas orang lupa bahawa Presiden Donald Trump telah menari di landasan KLIA.
Dua perkara yang nyata dalam perjanjian itu adalah kadar tarif Malaysia kekal pada 19 peratus berbanding 25 peratus sebelum ini.
Ia memberi kelegaan kepada Malaysia walaupun angka yang lebih rendah akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif.
Pelepasan cukai terhadap kemasukan kelapa sawit dan tiada cukai untuk buahbuahan dari AS adalah yang lebih ‘jelas’ dalam perdagangan Malaysia dan AS. Selepas 60 hari, perjanjian itu berkuat kuasa, epal Washington Red sepatutnya lebih murah tanpa cukai. Begitu juga khinzir dan makanan lain dari negara itu.
Satu lagi aspek yang diperkatakan mengenai kebenaran mengeksport nadir bumi ke AS tanpa kuota. Itu dinyatakan dalam perjanjian itu. AS, barat dan negara yang terbabit dalam bidang elektronik memerlukan nadir bumi yang digunakan dalam alatan komputer sehingga peluru berpandu balistik.
Nadir bumi kini menjadi mineral paling ‘berharga’ di dunia.
Malaysia dikatakan mempunyai simpanan nadir bumi bernilai RM800 bilion.
Permintaan yang tinggi kepada nadir bumi menjadikan negeri-negeri yang kaya dengan bahan itu seperti pemenang loteri.
Beberapa negeri telah menyatakan bahawa mereka akan mempertahankan bahan mineral yang berada di tengah hutan masing-masing. Mereka tidak mahu bahan itu dipunggah seperti mana apa yang berlaku kepada minyak di Kelantan dan Terengganu.
Kita mungkin suka bercerita mengenai nilai berbilion ringgit tetapi di mana rancangan pengeluaran nadir bumi negara.
Bagaimana peruntukan undangundang dalam pengurusan nadir bumi secara kebangsaan?.
Adakah kawasan hutan simpan yang berusia ratusan juta tahun akan ‘dirogol’ untuk aktiviti melombong nadir bumi atas alasan untuk kekayaan negeri?. Bagaimana pula pertindihan kuasa antara pusat dan negeri yang mana hasil mineral tertakluk kepada bidang kuasa setiap anggota Tanah Melayu dan bukan Putrajaya.
Malah ketika ramai yang sedang memperkatakan mengenai ‘kekayaan nadir bumi’ di mana usaha untuk mengambil kesempatan atas kurniaan Tuhan ini.
Persekutuan dan negeri harus ke meja rundingan untuk merangka pelan jangka panjang industri ini kawalan, penyeliaan, kesan dan kerosakan alam sekitar, eksport, perlesenan, infrastruktur, tenaga kerja dan kepakaran.
Sebelum AS mendapat nadir bumi Malaysia, kita harus mengeluarkannya dulu. Bermimpi adalah percuma. Usaha lebih sukar daripada bermimpi. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Di mana nadir bumi bernilai berbilion ringgit?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved