KEHIDUPAN era Covid-19 sememangnya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Tambahan pula bagi mereka yang baru kehilangan pekerjaan.
Dengan kekurangan jawatan di sektor-sektor sedia ada, pilihan paling mudah untuk mempunyai pekerjaan adalah dengan menjadi pemandu e-hailing.
E-hailing menjadi pilihan kerana bidang ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Secara dasarnya, pemohon hanya perlu mempunyai lesen memandu dan kenderaan berusia 10 tahun ke bawah.
Namun, kisah pemandu yang keluar pagi dan balik malam dengan tangan kosong bukanlah sesuatu yang indah. Ia adalah kisah duka masyarakat yang perlu ditangani segera.
Yang lebih menyukarkan keadaan apabila wujud ‘perang harga’ dalam kalangan syarikat pengendali (operator) e-hailing. Berdasarkan statistik, terdapat 42 syarikat e-hailing di Malaysia.
Perang harga hanya menguntungkan penumpang dan syarikat pengendali. Ini kerana semakin murah tambang, semakin ramai penumpang, malangnya kos ditanggung pemandu tetap sama.
Banyak lagi sebenarnya ‘kesukaran’ yang membelenggu golongan ini. Selain kekurangan penumpang sementelah negara masih menutup pintunya kepada pelancong luar, isu birokrasi juga menambah kesengsaraan mereka.
Ketiadaan rangkaian yang sistematik antara pihak berkuasa iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom dan syarikat pengendali sendiri, memberi kesan terus kepada pemandu.
Maka, ini adalah masa paling sesuai untuk Kementerian Pengangkutan menyemak semula kepincangan yang berlaku. Janganlah dibiarkan yang menderita terus bertambah deritanya.
Bayangkan ada dalam kalangan pemandu gagal memperbaharui cukai jalan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu kerana sistem sedia ada tidak dikemas kini.
Banyak juga rungutan diterima tentang sikap ‘tidak berhati perut’ segelintir syarikat pengendali.
Itu belum lagi soal melayan kerenah penumpang. Walaupun konsep e-hailing adalah ‘perkongsian’, ada segelintir penumpang meletakkan diri mereka sebagai ‘tuan besar’.
Akhirnya niat untuk bersama-sama membantu negara mengharungi cabaran ekonomi tidak menentu akan berakhir dengan tekanan. Akhirnya yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.
Siti Mariam Md. Zain ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Dengarlah rintihan pemandu e-hailing
KEHIDUPAN era Covid-19 sememangnya menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Tambahan pula bagi mereka yang baru kehilangan pekerjaan.
Dengan kekurangan jawatan di sektor-sektor sedia ada, pilihan paling mudah untuk mempunyai pekerjaan adalah dengan menjadi pemandu e-hailing.
E-hailing menjadi pilihan kerana bidang ini terbuka untuk sesiapa sahaja. Secara dasarnya, pemohon hanya perlu mempunyai lesen memandu dan kenderaan berusia 10 tahun ke bawah.
Namun, kisah pemandu yang keluar pagi dan balik malam dengan tangan kosong bukanlah sesuatu yang indah. Ia adalah kisah duka masyarakat yang perlu ditangani segera.
Yang lebih menyukarkan keadaan apabila wujud ‘perang harga’ dalam kalangan syarikat pengendali (operator) e-hailing. Berdasarkan statistik, terdapat 42 syarikat e-hailing di Malaysia.
Perang harga hanya menguntungkan penumpang dan syarikat pengendali. Ini kerana semakin murah tambang, semakin ramai penumpang, malangnya kos ditanggung pemandu tetap sama.
Banyak lagi sebenarnya ‘kesukaran’ yang membelenggu golongan ini. Selain kekurangan penumpang sementelah negara masih menutup pintunya kepada pelancong luar, isu birokrasi juga menambah kesengsaraan mereka.
Ketiadaan rangkaian yang sistematik antara pihak berkuasa iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom dan syarikat pengendali sendiri, memberi kesan terus kepada pemandu.
Maka, ini adalah masa paling sesuai untuk Kementerian Pengangkutan menyemak semula kepincangan yang berlaku. Janganlah dibiarkan yang menderita terus bertambah deritanya.
Bayangkan ada dalam kalangan pemandu gagal memperbaharui cukai jalan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu kerana sistem sedia ada tidak dikemas kini.
Banyak juga rungutan diterima tentang sikap ‘tidak berhati perut’ segelintir syarikat pengendali.
Itu belum lagi soal melayan kerenah penumpang. Walaupun konsep e-hailing adalah ‘perkongsian’, ada segelintir penumpang meletakkan diri mereka sebagai ‘tuan besar’.
Akhirnya niat untuk bersama-sama membantu negara mengharungi cabaran ekonomi tidak menentu akan berakhir dengan tekanan. Akhirnya yang dikejar tak dapat, dikendong berciciran.
Siti Mariam Md. Zain ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved