Kebiasaannya ramai yang teruja dengan pilihan raya kecil (PRK) kerana parti-parti yang akan bertanding dan penyokong masing-masing mahu melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap mereka.
Namun keadaan itu berbeza kali ini apabila PRK Parlimen Batu Sapi mahu diadakan. Malah dua lagi PRK juga dijangka berlangsung iaitu Parlimen Gerik dan Dewan Undangan Negeri Bugaya di Sabah. Semuanya berkait dengan kematian penyandang.
Boleh dikatakan sentimen kali ini ramai yang tidak berminat dengan PRK tersebut gara-gara pandemik Covid-19 yang menyaksikan angka positifnya masih tinggi. Lagi pula apa pun keputusan tiga
PRK itu tidak akan mengubah kerajaan negeri atau Persekutuan.
Pengalaman daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September lalu yang menyebabkan berlaku gelombang ketiga pandemik itu menyebabkan ramai yang bimbang dengan kemungkinan akan berlaku gelombang seterusnya.
Tiada siapa yang dapat memberi jaminan tidak berlaku lagi jangkitan jika PRK diadakan kerana kempen-kempen pilihan raya akan menyebabkan penjarakan sosial terabai begitu juga prosedur operasi standard (SOP) yang lain.
Malah awal-awal lagi parti seperti Barisan Nasional (BN) sudah menyatakan tidak akan bertanding di Batu Sapi dan berharap parti Warisan dikekalkan di kawasan itu.
Begitu juga dengan dua lagi PRK yang bakal diadakan apabila sudah ada suara agar pilihan raya itu tidak diadakan, juga atas alasan keselamatan orang ramai ekoran pandemik itu yang belum reda.
Keputusan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam menitahkan pengisytiharan Proklamasi Darurat untuk membatal dan menangguhkan pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi adalah tepat pada masanya.
Ini adalah kali pertama sejak 51 tahun darurat politik seumpama itu dalam sejarah negara selepas pengisytiharan darurat susulan pilihan raya 10 Mei 1969.
Dengan pengisytiharan itu, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan Covid-19 dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan. Hendaknya kebijaksanaan sentiasa menjadi panduan.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Darurat PRK Batu Sapi tepat pada masanya

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved