Demam, seram sejuk, sakit kepala dan sakit-sakit sendi. Begitulah kesan sampingan yang diperoleh penulis selepas mendapat suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 6 Mei lalu.
Kesan-kesan sampingan sedemikian cukup membataskan aktiviti seharian sesiapa sahaja yang menerima vaksin berkenaan. Malah, amat disarankan kepada sesiapa yang mengambil vaksinasi untuk mengambil cuti untuk berehat, jaga makan minum dan merawat diri sendiri sehingga beransur pulih.
Bagaimanapun, ia sebenarnya terpulang kepada daya tahan seseorang individu. Kesannya mungkin berbeza antara satu sama lain. Mungkin ada individu yang menerima kesan paling minimum.
Pengalaman mendapat suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela amat mengujakan kerana penulis percaya tindakan ini amat tepat dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19. Selain itu, ia juga satu tanggungjawab penulis kepada negara.
Lagi pun, penulis tidak mahu terlalu terpengaruh dengan dakyah atau berita tular yang tidak benar mengenai vaksin tertentu di internet. Jika ia membahayakan, vaksin ini tidak akan dibuka secara sukarela oleh kerajaan.
Malah, ketika berada di pusat vaksinasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, penulis berbangga kerana melihat ramai anak muda menawarkan diri secara sukarela untuk mendapatkan imunisasi berkenaan. Ada yang datang secara berpasangan suami isteri untuk mendapatkan suntikan.
Hal ini ternyata menunjukkan kesedaran rakyat terhadap vaksinasi Covid-19 masih tinggi.
Kepada golongan yang anti jarum, secara jujurnya, cucuk vaksin Covid-19 langsung tidak menyakitkan. Langsung tidak sama dengan gigit semut. Lagipun, tempat yang dicucuk dengan jarum juga tidak meninggalkan bekas atau parut, menunjukkan betapa halusnya jarum yang digunakan.
Melihat angka jangkitan baharu yang mencecah 4,865 kes semalam, angka itu cukup menyeramkan dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) perlu dipercepatkan dan segera diperluas ke seluruh negara.
Pada waktu ini, bagi mempercepatkan pelaksanaan program berkenaan, kerajaan wajar membuka tawaran suntikan secara sukarela kepada rakyat di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi atau zon merah selain daripada mengikut peringkat keutamaan iaitu barisan petugas hadapan dan warga emas.
Dengan cara itu, usaha menggenapkan lebih 80 peratus rakyat menerima vaksin Covid-19 akan tercapai dan rutin harian berjalan seperti sedia kala. Siapalah yang mahu hidup dalam kurungan.
Penulis ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Cucuk vaksin Covid-19 tak sakit pun!
Demam, seram sejuk, sakit kepala dan sakit-sakit sendi. Begitulah kesan sampingan yang diperoleh penulis selepas mendapat suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela pada 6 Mei lalu.
Kesan-kesan sampingan sedemikian cukup membataskan aktiviti seharian sesiapa sahaja yang menerima vaksin berkenaan. Malah, amat disarankan kepada sesiapa yang mengambil vaksinasi untuk mengambil cuti untuk berehat, jaga makan minum dan merawat diri sendiri sehingga beransur pulih.
Bagaimanapun, ia sebenarnya terpulang kepada daya tahan seseorang individu. Kesannya mungkin berbeza antara satu sama lain. Mungkin ada individu yang menerima kesan paling minimum.
Pengalaman mendapat suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela amat mengujakan kerana penulis percaya tindakan ini amat tepat dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19. Selain itu, ia juga satu tanggungjawab penulis kepada negara.
Lagi pun, penulis tidak mahu terlalu terpengaruh dengan dakyah atau berita tular yang tidak benar mengenai vaksin tertentu di internet. Jika ia membahayakan, vaksin ini tidak akan dibuka secara sukarela oleh kerajaan.
Malah, ketika berada di pusat vaksinasi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, penulis berbangga kerana melihat ramai anak muda menawarkan diri secara sukarela untuk mendapatkan imunisasi berkenaan. Ada yang datang secara berpasangan suami isteri untuk mendapatkan suntikan.
Hal ini ternyata menunjukkan kesedaran rakyat terhadap vaksinasi Covid-19 masih tinggi.
Kepada golongan yang anti jarum, secara jujurnya, cucuk vaksin Covid-19 langsung tidak menyakitkan. Langsung tidak sama dengan gigit semut. Lagipun, tempat yang dicucuk dengan jarum juga tidak meninggalkan bekas atau parut, menunjukkan betapa halusnya jarum yang digunakan.
Melihat angka jangkitan baharu yang mencecah 4,865 kes semalam, angka itu cukup menyeramkan dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) perlu dipercepatkan dan segera diperluas ke seluruh negara.
Pada waktu ini, bagi mempercepatkan pelaksanaan program berkenaan, kerajaan wajar membuka tawaran suntikan secara sukarela kepada rakyat di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi atau zon merah selain daripada mengikut peringkat keutamaan iaitu barisan petugas hadapan dan warga emas.
Dengan cara itu, usaha menggenapkan lebih 80 peratus rakyat menerima vaksin Covid-19 akan tercapai dan rutin harian berjalan seperti sedia kala. Siapalah yang mahu hidup dalam kurungan.
Penulis ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved