Sehingga pukul 4 petang semalam, tidak ada kawasan di Semenanjung yang mengalami cuaca panas melampau atau sekurang-kurangnya berada dalam Tahap Satu.
Tahap Satu atau dikategorikan sebagai berjaga-jaga apabila suhu maksimum hariannya berada dalam 35 darjah celcius hingga 37 darjah celcius selama tiga hari berturut-turut.
Walaupun di bawah paras berjaga-jaga, ramai tetap mengeluh dengan cuaca panas semalam terutama jika berada di luar bangunan dan di tengah-tengah panas matahari. Peritnya sangat dirasakan.
Jika di kawasan lain terasa panasnya, tiga negeri pertanian iaitu Kedah, Perlis dan Perak pula berhadapan dengan pengurangan air untuk pengairan pertanian. Jika ia berlarutan sehingga September ini seperti diramalkan, banyak pihak yang akan terjejas.
Malah empangan utama di kawasan berkenaan juga semakin merosot. Empangan Pedu misalnya boleh nampak kawasan dasarnya. Begitu juga dengan Timah Tasoh selain air tasik di Bukit Merah dan juga Taman Tasik Taiping yang juga kering.
Keadaan itu sememangnya luar biasa walaupun pernah berlaku sebelum ini.
Fenomena tersebut jika berterusan dilihat bakal menjejaskan kawasan sawah seluas 1,281 hektar membabitkan 6,784 pesawah di Perlis dan 29,241 hektar membabitkan 2,162 pesawah di Kerian, Perak Tengah dan Hilir Perak.
Selain bergantung air empangan untuk pengairan, sesetengah kawasan juga bergantung pada air hujan yang juga tidak turun-turun..
Keadaan seperti itulah yang dikhuatiri ramai terutama para petani, kerana penanaman boleh terjejas. Malah orang lain juga akan terjejas kerana bekalan beras bakal berkurangan. Sudahlah sebelum ini beras tempatan sukar diperoleh di pasaran walaupun pihak kementerian menegaskan pengeluaran melebihi permintaan.
Masalah alam itu akan memburukkan lagi keadaan jika cuaca panas berterusan. Alam sudah menjadi cabaran besar bagi negara dan sektor pertanian antara yang paling merasai kesannya. Hujan lebat akan menyebabkan banjir, kini cuaca panas kemarau pula.
Memang cuaca panas ini berkaitan dengan fenomena alam semula jadi sekitar tetapi tiada siapa boleh menafikan manusia juga menjadi antara puncanya. Pembangunan terlalu rakus hingga memusnahkan hutan, bukit bukau ditarah hingga gondol.
Sungai-sungai pula terus dicemari dengan pelbagai bahan kimia. Teknologi hijau yang dibangunkan seperti penggunaan teknologi diperbaharui (EV) dan bateri menerusi pembangunan kereta-kereta solar juga menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar terutamanya apabila semakin banyak perlombongan kobalt dibuka.
Jika tidak ada langkah segera untuk mengatasi kerosakan alam sekitar itu, maka bersedialah untuk berhadapan dengan cuaca panas melampau atau ekstrem pada masa depan.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Cuaca panas ekstrem, kita juga adalah puncanya

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved