SEORANG rakan pemilik syarikat kecil import eksport meluahkan kebimbangan kepada akhbar ini jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berterusan.
Orang sepertinya dari kumpulan isi rumah tertinggi (T20) lebih risau lagi jika PKP jalan terus. Bisnes akan kalut lagi. Barangkali `terlepas pandang’ lagilah T20 berbanding prihatin yang cukup baik buat B40 (kumpulan isi rumah terendah) dan M40 (pertengahan) dari aspek bantuan atau peruntukan tertentu.
Dia menjangkakan setengah juta kumpulan T20 telah jatuh ke dalam kategori M40 akibat masalah ekonomi didorong pandemik Covid-19. Iaitu dianggarkan yang jatuh merangkumi 85 peratus golongan pekerja swasta dan 8.9 peratus bekerja sendiri. Ini khususnya dalam sektor pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan rekreasi.
Fenomena itu mengakibatkan golongan T20 yang mempunyai pendapatan isi rumah melebihi hampir RM11,000 sebulan didapati jatuh ke kategori M40 (RM5,000 – RM11,000). Ia menjejaskan emosi kumpulan tersebut.
“Seperti saya perlukan RM150,000 sebulan untuk bayar gaji lebih 40 staf. Jika saya terjejas tak boleh bayar gaji, bukankah staf-staf saya dari kalangan M40 dan B40 turut terkesan sama?,” katanya.
Dari sumber terkini diperoleh akhbar ini, dijangkakan 22.1 peratus isi rumah atau kira-kira 600,000 orang dari kumpulan T20 akan beralih kepada kumpulan berpendapatan lebih rendah, M40. Dari segi amalan hidup bersederhana, mereka ini sudah terbiasa dengan keperluan melancong keluar negara. Hal ini terhalang dalam kalangan mereka hari ini.
Fenomena sama turut menimpa M40. Dianggarkan 20 peratus isi rumah dari kumpulan ini akan beralih kepada B40. Didapati isi rumah B40 pada 2020 meningkat 7.9 peratus disebabkan peralihan isi rumah dari kumpulan M40. PKP yang dilaksanakan mengehadkan pergerakan. Ia memperlahankan perkembangan ekonomi dan penjanaan pendapatan isi rumah.
Pandemik juga memberi isyarat membimbangkan kepada kedudukan pasaran buruh apabila 772,000 individu didapati menganggur pada suku pertama tahun ini. Dijangka ia terus meningkat berikutan pengurangan tenaga kerja, faktor pengeluaran, seterusnya kekurangan pekerjaan baharu. Ini sekali gus menaikkan pengangguran.
Bilangan penganggur yang direkodkan berkurang daripada 792,000 orang pada suku kedua 2020 (bilangan tertinggi direkodkan) kepada 772,000 orang pada suku pertama 2021. Kadar pengangguran negara pula mencatatkan lima peratus dengan kadar pengangguran pada suku pertama 2021 adalah 4.8 peratus.
Maka eloklah arahan total lockdown dikaji semula untuk mengimbangi antara keperluan kesihatan dengan ekonomi rakyat. Dalam konteks negara ini, kita menghadapi kenaikan kes Covid-19 berterusan, menjangkau 17,000 sehari. Antara kaedah popular untuk menangani pandemik yang kita belajar dari awal dulu adalah lockdown. Tapi, adakah lockdown ini memberi jaminan suatu penghasilan lestari (sustainable)? Ini yang perlu dikaji.
Usaha menguruskan sumber terhad berbanding dengan masa (pengurusan), itu yang sangat penting. Fikir-fikirkan bagaimana kaedah terbaik untuk kita hidup dalam Covid.
Semua hal kehidupan ini perlukan otak kita berfikir. Amat perlu dibangkitkan idea-idea baharu, sekali gus dilaksanakan segera oleh cerdik pandai kita termasuklah ahli-ahli parlimen yang bersidang minggu ini.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Cetuskan kaedah hidup bersama Covid
SEORANG rakan pemilik syarikat kecil import eksport meluahkan kebimbangan kepada akhbar ini jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berterusan.
Orang sepertinya dari kumpulan isi rumah tertinggi (T20) lebih risau lagi jika PKP jalan terus. Bisnes akan kalut lagi. Barangkali `terlepas pandang’ lagilah T20 berbanding prihatin yang cukup baik buat B40 (kumpulan isi rumah terendah) dan M40 (pertengahan) dari aspek bantuan atau peruntukan tertentu.
Dia menjangkakan setengah juta kumpulan T20 telah jatuh ke dalam kategori M40 akibat masalah ekonomi didorong pandemik Covid-19. Iaitu dianggarkan yang jatuh merangkumi 85 peratus golongan pekerja swasta dan 8.9 peratus bekerja sendiri. Ini khususnya dalam sektor pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan rekreasi.
Fenomena itu mengakibatkan golongan T20 yang mempunyai pendapatan isi rumah melebihi hampir RM11,000 sebulan didapati jatuh ke kategori M40 (RM5,000 – RM11,000). Ia menjejaskan emosi kumpulan tersebut.
“Seperti saya perlukan RM150,000 sebulan untuk bayar gaji lebih 40 staf. Jika saya terjejas tak boleh bayar gaji, bukankah staf-staf saya dari kalangan M40 dan B40 turut terkesan sama?,” katanya.
Dari sumber terkini diperoleh akhbar ini, dijangkakan 22.1 peratus isi rumah atau kira-kira 600,000 orang dari kumpulan T20 akan beralih kepada kumpulan berpendapatan lebih rendah, M40. Dari segi amalan hidup bersederhana, mereka ini sudah terbiasa dengan keperluan melancong keluar negara. Hal ini terhalang dalam kalangan mereka hari ini.
Fenomena sama turut menimpa M40. Dianggarkan 20 peratus isi rumah dari kumpulan ini akan beralih kepada B40. Didapati isi rumah B40 pada 2020 meningkat 7.9 peratus disebabkan peralihan isi rumah dari kumpulan M40. PKP yang dilaksanakan mengehadkan pergerakan. Ia memperlahankan perkembangan ekonomi dan penjanaan pendapatan isi rumah.
Pandemik juga memberi isyarat membimbangkan kepada kedudukan pasaran buruh apabila 772,000 individu didapati menganggur pada suku pertama tahun ini. Dijangka ia terus meningkat berikutan pengurangan tenaga kerja, faktor pengeluaran, seterusnya kekurangan pekerjaan baharu. Ini sekali gus menaikkan pengangguran.
Bilangan penganggur yang direkodkan berkurang daripada 792,000 orang pada suku kedua 2020 (bilangan tertinggi direkodkan) kepada 772,000 orang pada suku pertama 2021. Kadar pengangguran negara pula mencatatkan lima peratus dengan kadar pengangguran pada suku pertama 2021 adalah 4.8 peratus.
Maka eloklah arahan total lockdown dikaji semula untuk mengimbangi antara keperluan kesihatan dengan ekonomi rakyat. Dalam konteks negara ini, kita menghadapi kenaikan kes Covid-19 berterusan, menjangkau 17,000 sehari. Antara kaedah popular untuk menangani pandemik yang kita belajar dari awal dulu adalah lockdown. Tapi, adakah lockdown ini memberi jaminan suatu penghasilan lestari (sustainable)? Ini yang perlu dikaji.
Usaha menguruskan sumber terhad berbanding dengan masa (pengurusan), itu yang sangat penting. Fikir-fikirkan bagaimana kaedah terbaik untuk kita hidup dalam Covid.
Semua hal kehidupan ini perlukan otak kita berfikir. Amat perlu dibangkitkan idea-idea baharu, sekali gus dilaksanakan segera oleh cerdik pandai kita termasuklah ahli-ahli parlimen yang bersidang minggu ini.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved