DALAM bentuk paling asas, politik adalah jentera penggerak kerajaan. Ia adalah dasar awam, sekali gus bermakna hal-ehwal negara – satu seni untuk memperoleh dan mewujudkan kuasa dan pengaruh dalam memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat,
Politik juga bermakna satu seni kemungkinan di dalam masyarakat untuk menubuh dan mengekalkan kuasa yang sah untuk memerintah.
Kabinet membuat keputusan ke atas semua perkara – politik dan bukan politik. Ia membuat keputusan atas pertimbangan politik yang sering dipanggil percaturan politik. Ahli-ahli politik mungkin terdiri daripada para doktor dan peguam tetapi apabila beliau mengetuai kerajaan atau kementerian, beliau berfikir dan bertindak sebagai ahli politik.
Apabila sesuatu dasar ditubuhkan sama ada di bawah proses mekanisme pentadbiran undang-undang, pegawai-pegawai kerajaan seterusnya mengambil alih pelaksanaan melalui proses pentadbiran.
Namun ia boleh dipertikaikan dengan serta-merta selepas menyaksikan keadaan sebenar pentadbiran kerajaan bahawa memang berlaku campur tangan politik dalam hal-hal pentadbiran. Dan adakalanya perkara ini terpaksa dilakukan. Ini berlaku apabila sistem yang ditubuhkan telah rosak dengan penyakit tersendiri atau serba kekurangan.
Campur tangan politik berlaku bila perkara di bawah bidang kuasanya telah tergelincir menjadi kucar-kacir atau pelan politiknya dikecewakan oleh kengkangan pentadbiran.
Apabila ia mencapai tahap tertentu, banyak pihak menggunakan istilah campur tangan politik atau pengaruh politik. Ia juga dikategorikan dalam banyak sistem sebagai penyalahgunaan kuasa – satu bahagian daripada amalan yang korup.
Politik adalah mengenai persepsi dalam seni meraih pengaruh dan kuasa untuk mentadbir. Setelah anda menjadi politik type-cast, persepsi itu terus berkembang dan amat susah untuk dihapuskan.
Dan seperti mana yang dialami beberapa pemimpin kita dalam politik, `slings and arrows of outrageous fortune’, mungkin seperti dikatakan oleh Hamlet. Apabila ditimpa musibah politik, akibatnya amat teruk seolah-olah membenarkan sebuah pepatah – apabila ia hujan, ianya mencurah.
Kerajaan tanpa politik adalah seperti kapal layar tanpa angin. Ia adalah politik, khususnya pendapat awam – yang mendorong kerajaan untuk meningkatkan prestasi atau sebaliknya terus goyah dan terhenti.
Hubungan cinta-benci rakyat dengan politik terus kekal selagi wujud kerajaan dan pentadbiran awam.
Tetapi selagi politik adalah sebahagian daripada pekerjaan melibatkan orang ramai untuk berbuat kebaikan dalam kancah yang lebih besar demi kepentingan dan kebaikan rakyat, ia akan terus membawa harapan.
Dan merangsang kebajikan yang praktikal.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Campur tangan politik atau salah guna kuasa?
DALAM bentuk paling asas, politik adalah jentera penggerak kerajaan. Ia adalah dasar awam, sekali gus bermakna hal-ehwal negara – satu seni untuk memperoleh dan mewujudkan kuasa dan pengaruh dalam memutuskan apa yang terbaik untuk rakyat,
Politik juga bermakna satu seni kemungkinan di dalam masyarakat untuk menubuh dan mengekalkan kuasa yang sah untuk memerintah.
Kabinet membuat keputusan ke atas semua perkara – politik dan bukan politik. Ia membuat keputusan atas pertimbangan politik yang sering dipanggil percaturan politik. Ahli-ahli politik mungkin terdiri daripada para doktor dan peguam tetapi apabila beliau mengetuai kerajaan atau kementerian, beliau berfikir dan bertindak sebagai ahli politik.
Apabila sesuatu dasar ditubuhkan sama ada di bawah proses mekanisme pentadbiran undang-undang, pegawai-pegawai kerajaan seterusnya mengambil alih pelaksanaan melalui proses pentadbiran.
Namun ia boleh dipertikaikan dengan serta-merta selepas menyaksikan keadaan sebenar pentadbiran kerajaan bahawa memang berlaku campur tangan politik dalam hal-hal pentadbiran. Dan adakalanya perkara ini terpaksa dilakukan. Ini berlaku apabila sistem yang ditubuhkan telah rosak dengan penyakit tersendiri atau serba kekurangan.
Campur tangan politik berlaku bila perkara di bawah bidang kuasanya telah tergelincir menjadi kucar-kacir atau pelan politiknya dikecewakan oleh kengkangan pentadbiran.
Apabila ia mencapai tahap tertentu, banyak pihak menggunakan istilah campur tangan politik atau pengaruh politik. Ia juga dikategorikan dalam banyak sistem sebagai penyalahgunaan kuasa – satu bahagian daripada amalan yang korup.
Politik adalah mengenai persepsi dalam seni meraih pengaruh dan kuasa untuk mentadbir. Setelah anda menjadi politik type-cast, persepsi itu terus berkembang dan amat susah untuk dihapuskan.
Dan seperti mana yang dialami beberapa pemimpin kita dalam politik, `slings and arrows of outrageous fortune’, mungkin seperti dikatakan oleh Hamlet. Apabila ditimpa musibah politik, akibatnya amat teruk seolah-olah membenarkan sebuah pepatah – apabila ia hujan, ianya mencurah.
Kerajaan tanpa politik adalah seperti kapal layar tanpa angin. Ia adalah politik, khususnya pendapat awam – yang mendorong kerajaan untuk meningkatkan prestasi atau sebaliknya terus goyah dan terhenti.
Hubungan cinta-benci rakyat dengan politik terus kekal selagi wujud kerajaan dan pentadbiran awam.
Tetapi selagi politik adalah sebahagian daripada pekerjaan melibatkan orang ramai untuk berbuat kebaikan dalam kancah yang lebih besar demi kepentingan dan kebaikan rakyat, ia akan terus membawa harapan.
Dan merangsang kebajikan yang praktikal.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved