SELURUH dunia tertumpu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah di atas tujuh tuduhan jenayah dan dijatuhi hukuman penjara 72 tahun.
Najib menjadi perdana menteri pertama yang dijatuhi hukuman penjara di negara ini kerana kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun ramai hampir terlupa ‘tok dalang’ kepada segala permasalahan serta kekusutan itu.
Dialah Low Teck Jho atau Jho Low, anak jadi Pulau Pinang yang kini hidup dalam buruan dan menjadi cabaran kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengekstradisinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd. Ghazali kelmarin semasa menjatuhkan hukuman, mengatakan keterangan di mahkamah mengesahkan terdapat penglibatan ahli perniagaan itu, termasuk memberi arahan mengenai akaun bank Najib kepada bekas pengurus hubungan Ambank Joanna Yu.
Mohd Nazlan juga mengatakan bahawa Najib hanya mengambil kata Jho Low bahawa wang dalam akaun Najib adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab, tanpa memeriksa kesasihannya.
Ketika Najib bertungkus-lumus bersama pasukan pembelanya, Jho Low sedang bersenang-lenang di Macau bersama keluarga melancong dan membeli-belah di negara China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah membuat kenyataan bahawa ahli perniagaan itu telah menukar wajah seperti beruang dan berjalan seperti seladang.
Sebenarnya kenyataan itu lebih kepada kekecewaan beliau kerana halangan dihadapi.
Jho Low bukan sahaja bersenang-lenang bersama keluarganya, bahkan membeli aset di negara berkenaan menggunakan duit yang dirompak daripada rakyat Malaysia.
Apa yang boleh dibuat kini ialah mengesan harta yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu di dalam negara dan merampasnya sebagai galang ganti duit berbilion yang telah disamun.
Bagaimanapun kita juga mahu mendengar dari mulut Jho Low sendiri apakah sebenarnya yang berlaku selain daripada yang telah didedahkan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.
Yang pastinya PDRM tidak akan duduk diam dan terus memburu Jho Low seumur hidupnya. Namun babak drama skandal ini rasa tidak lengkap tanpa penampilan khas Jho Low.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Cabaran PDRM bawa pulang Jho Low
SELURUH dunia tertumpu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah di atas tujuh tuduhan jenayah dan dijatuhi hukuman penjara 72 tahun.
Najib menjadi perdana menteri pertama yang dijatuhi hukuman penjara di negara ini kerana kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram.
Bagaimanapun ramai hampir terlupa ‘tok dalang’ kepada segala permasalahan serta kekusutan itu.
Dialah Low Teck Jho atau Jho Low, anak jadi Pulau Pinang yang kini hidup dalam buruan dan menjadi cabaran kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengekstradisinya.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Nazlan Mohd. Ghazali kelmarin semasa menjatuhkan hukuman, mengatakan keterangan di mahkamah mengesahkan terdapat penglibatan ahli perniagaan itu, termasuk memberi arahan mengenai akaun bank Najib kepada bekas pengurus hubungan Ambank Joanna Yu.
Mohd Nazlan juga mengatakan bahawa Najib hanya mengambil kata Jho Low bahawa wang dalam akaun Najib adalah sumbangan dari keluarga diraja Arab, tanpa memeriksa kesasihannya.
Ketika Najib bertungkus-lumus bersama pasukan pembelanya, Jho Low sedang bersenang-lenang di Macau bersama keluarga melancong dan membeli-belah di negara China.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador pernah membuat kenyataan bahawa ahli perniagaan itu telah menukar wajah seperti beruang dan berjalan seperti seladang.
Sebenarnya kenyataan itu lebih kepada kekecewaan beliau kerana halangan dihadapi.
Jho Low bukan sahaja bersenang-lenang bersama keluarganya, bahkan membeli aset di negara berkenaan menggunakan duit yang dirompak daripada rakyat Malaysia.
Apa yang boleh dibuat kini ialah mengesan harta yang dimiliki oleh ahli perniagaan itu di dalam negara dan merampasnya sebagai galang ganti duit berbilion yang telah disamun.
Bagaimanapun kita juga mahu mendengar dari mulut Jho Low sendiri apakah sebenarnya yang berlaku selain daripada yang telah didedahkan sepanjang perbicaraan kes berkenaan.
Yang pastinya PDRM tidak akan duduk diam dan terus memburu Jho Low seumur hidupnya. Namun babak drama skandal ini rasa tidak lengkap tanpa penampilan khas Jho Low.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved