BERITA di Singapura, seorang pelajar Menengah 4, usia 16 tahun, membunuh pelajar menengah 1 di sebuah sekolah tinggi menggunakan kapak yang dibeli secara dalam talian, amat mengejutkan.
Biarpun berlaku di negara jiran, dari sudut psikologinya, banyak perkara perlu diambil kira di zaman ‘segalanya berada di hujung jari’ ini.
Bukan hendak mendahului bicara di kamar perbicaraan mahupun di bilik kecil siasatan, ‘lakonan’ apa yang dicorakkan di rumah, ‘lakonan’ apa yang dihidangkan di media, ‘lakonan’ apa yang ‘diwatakkan’ di persekitaran luar, mampu ‘mengetuk’ sisi gelap seseorang.
Tak keterlaluan, moral anak-anak semasa di sekolah juga boleh mempengaruhi segala-galanya, mungkin ada yang tertekan akibat kerap dibuli, diejek atau diberikan gelaran tertentu.
Dendam yang terkumpul dalam hati, mungkin ‘membisik’ pemikiran yang ‘sangat sakit’ untuk membalas dengan sesuatu yang memuaskan pelaku.
Kita semua pernah melalui zaman sekolah, betapa ejek-mengejek, dibuli, digelar dengan sesuatu yang jelik, seakan-akan ‘diharuskan’ untuk dialami. Tetapi pernah atau tidak, kita sesama rakan (khususnya di sekolah), memikirkan bahawa ‘dendam’ itu selamanya berkurung dalam hati, tunggu masa untuk ‘dijelmakan’ menjadi tindakan ganas, jika tidak diubati.
Sebab itu, usah mengata orang itu ini. Kerana kita tidak tahu, apa tindakan orang yang kita kutuk itu akan buat terhadap kita esok lusa. Sangat bahaya.
Bagaikan kertas (mewakili hati seseorang) yang dironyokkan setiap kali dikatakan sesuatu yang buruk mengenainya, apabila kita membuka kembali helaian kertas itu, apakah keadaan akan kembali sediakala, walaupun kita meminta maaf? Tidak. Masih berbekas garis-garis ronyok, bukan?
Itu cakap-cakap di depan. Di ruangan komentar kebanyakan platform media sosial, lagi menakutkan. Buli siber bagaikan ‘haram yang menyeronokkan’ bagi sesetengah orang tanpa memikirkan apakah kesan dalaman dialami mangsa.
Seorang penulis buku terkenal di Amerika Syarikat pernah menulis mengenai ‘jenayah buli’: “Orang yang mencintai diri sendiri, tidak menyakiti orang lain. Semakin kita membenci diri sendiri, semakin kita mahu orang lain menderita”.
Buli, penderaan mental dan fizikal, semuanya barah yang memicu dendam. Orang yang dibuli, orang yang kena buli, masing-masing ada pengalaman persekitaran yang membentuk hati mereka.
Metra Syahril Mohamed ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Buli siber jelmaan dendam kesumat, sisi gelap
BERITA di Singapura, seorang pelajar Menengah 4, usia 16 tahun, membunuh pelajar menengah 1 di sebuah sekolah tinggi menggunakan kapak yang dibeli secara dalam talian, amat mengejutkan.
Biarpun berlaku di negara jiran, dari sudut psikologinya, banyak perkara perlu diambil kira di zaman ‘segalanya berada di hujung jari’ ini.
Bukan hendak mendahului bicara di kamar perbicaraan mahupun di bilik kecil siasatan, ‘lakonan’ apa yang dicorakkan di rumah, ‘lakonan’ apa yang dihidangkan di media, ‘lakonan’ apa yang ‘diwatakkan’ di persekitaran luar, mampu ‘mengetuk’ sisi gelap seseorang.
Tak keterlaluan, moral anak-anak semasa di sekolah juga boleh mempengaruhi segala-galanya, mungkin ada yang tertekan akibat kerap dibuli, diejek atau diberikan gelaran tertentu.
Dendam yang terkumpul dalam hati, mungkin ‘membisik’ pemikiran yang ‘sangat sakit’ untuk membalas dengan sesuatu yang memuaskan pelaku.
Kita semua pernah melalui zaman sekolah, betapa ejek-mengejek, dibuli, digelar dengan sesuatu yang jelik, seakan-akan ‘diharuskan’ untuk dialami. Tetapi pernah atau tidak, kita sesama rakan (khususnya di sekolah), memikirkan bahawa ‘dendam’ itu selamanya berkurung dalam hati, tunggu masa untuk ‘dijelmakan’ menjadi tindakan ganas, jika tidak diubati.
Sebab itu, usah mengata orang itu ini. Kerana kita tidak tahu, apa tindakan orang yang kita kutuk itu akan buat terhadap kita esok lusa. Sangat bahaya.
Bagaikan kertas (mewakili hati seseorang) yang dironyokkan setiap kali dikatakan sesuatu yang buruk mengenainya, apabila kita membuka kembali helaian kertas itu, apakah keadaan akan kembali sediakala, walaupun kita meminta maaf? Tidak. Masih berbekas garis-garis ronyok, bukan?
Itu cakap-cakap di depan. Di ruangan komentar kebanyakan platform media sosial, lagi menakutkan. Buli siber bagaikan ‘haram yang menyeronokkan’ bagi sesetengah orang tanpa memikirkan apakah kesan dalaman dialami mangsa.
Seorang penulis buku terkenal di Amerika Syarikat pernah menulis mengenai ‘jenayah buli’: “Orang yang mencintai diri sendiri, tidak menyakiti orang lain. Semakin kita membenci diri sendiri, semakin kita mahu orang lain menderita”.
Buli, penderaan mental dan fizikal, semuanya barah yang memicu dendam. Orang yang dibuli, orang yang kena buli, masing-masing ada pengalaman persekitaran yang membentuk hati mereka.
Metra Syahril Mohamed ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved