Bola kini di kaki Muhyiddin - Utusan Malaysia

Bola kini di kaki Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGERUSI Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Abang Openg sudah bersuara – kecewa kerana Datuk Ali Biju berlawan calonnya di Krian.

Bola kini di kaki Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin apakah akan bertindak terhadap naib presiden negeri parti itu yang bertanding calon Bebas.

Selaku timbalan menteri tenaga dan sumber asli malah sudah menyandang ahli parlimen Saratok, Ali yang menang dua penggal di Krian atas tiket PKR sebelum lompat ke Bersatu dari Langkah Sheraton, sepatutnya tidak menongkah arus.

Ini kerana GPS memberi sokongan kepada Ali atas pelantikan timbalan menteri. Dan lebih utama lagi Muhyiddin telah menyatakan pendirian Perikatan Nasional, dianggotai partinya, Pas dan Gerakan tidak akan bertanding dalam pilihan raya Sarawak kali ini. Bahkan, Muhyiddin mahu memastikan kemenangan GPS.

Tapi apa sudah jadi? Bukan setakat Ali sahaja, tetapi ada tiga lagi ahli Bersatu bertanding Bebas. Iaitu calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Belaga, Siki Balarik; calon Bawang Assan, Ricky Enteri dan calon Muara Tuang, Ismawi Muhammad. Siki adalah Ketua Bersatu Hulu Rajang, Ismawi pula Ketua Bersatu Kota Samarahan manakala Ricky, aktivis Bersatu di Sibu.

Pada masa sama, fi’il Pas juga seakan-akan mirip Bersatu. Anggap hubungan mesra dengan GPS di Pusat apabila calonnya `melanggar’ GPS di Beting Maro. Bab bertanding hak parti masing-masing, demikian tegas timbalan presidennya yang juga menteri, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. Tuan Ibrahim turut turun berkempen calon tunggalnya itu.

Apakah `hukum-hakam politik’ yang dipakai Perikatan Nasional (PN) sudah bertemu buku dengan ruas dengan lawan sebenar mereka dalam PRN Sarawak kali ini.

Berbanding PRN Sabah, September tahun lalu, Barisan Nasional terutama UMNO `terpaksa ikut rentak’ Bersatu hingga menaikkan kemarahan parti terbesar orang Melayu itu. Lantas kerana tidak mahu jatuh dalam lubang sama, UMNO bertanding solo di Melaka.

Hasilnya, pendirian UMNO berbaloi, menang besar 21 kerusi dari 28.

Nampaknya, politik tikam belakang sudah berjangkit ke Sarawak pula.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya