Sehingga kini hanya pasukan beruniform seperti polis, tentera, dan bomba yang dikhabarkan diwajibkan mematuhi Indeks Jisim Badan (BMI) sebagai syarat kecergasan. Namun adakah keperluan menjaga beratbadan hanya untuk mereka dan bagaimana dengan sektor lain?
Hakikatnya, BMI patut diberi perhatian oleh semua pekerja, khususnya yang berpangkat ketua kerana merekalah yang akan dijadikan contoh oleh anak buah masing-masing.
Keadaan ini amat mendesak kerana Malaysia kini menghadapi krisis obesiti yang amat membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 50.1 peratus rakyat mengalami berat badan berlebihan atau obesiti pada tahun 2019.
Lebih memburukkan keadaan apabila Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan peningkatan kes diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung akibat berat badan berlebihan. Isu ini bukan main-main kerana jika keadaan ini berterusan, ekonomi terjejas dan kos perubatan negara melambung tinggi akibat penyakit tiga serangkai yang berpunca daripada obesiti.
Jika anggota beruniform wajib patuh BMI demi kecergasan, bos di sektor kerajaan dan swasta juga patut mulakan langkah sama. Tak boleh ada situasi di mana pekerja disuruh hidup sihat, tapi bos sendiri asyik makan sedap di pejabat berhawa dingin.
Bayangkan kalau mesyuarat pagi diganti dengan brisk walk sambil bincang strategi syarikat, bukan sahaja idea lebih segar, malah kalori pun terbakar. Sekiranya majikan menunjukkan contoh baik, pekerja pun lebih bersemangat untuk menjaga kesihatan.
Realitinya, banyak negara sudah menetapkan syarat BMI dalam kalangan pekerja. Jepun contohnya sudah memperkenalkan Metabo Law sejak 2008, yang mewajibkan syarikat mengukur lilitan pinggang pekerja berumur 40 tahun ke atas. Jika berlebihan, mereka perlu mengikuti program kesihatan. Di AS, beberapa syarikat memberi insentif kewangan kepada pekerja yang mengekalkan BMI sihat.
Kerajaan dan majikan di Malaysia boleh memainkan peranan dengan mewajibkan pemeriksaan BMI berkala serta menyediakan program kecergasan. Insentif seperti keahlian gim, pemeriksaan kesihatan tahunan, dan waktu rehat aktif boleh menggalakkan pekerja menjaga kesihatan.
Justeru kesedaran manfaat BMI tidak seharusnya terhad kepada pasukan beruniform sahaja sebaliknya ke pelbagai sektor demi kesejahteraan individu dan negara. Bila kali terakhir anda timbang berat badan dan ukur lilitan pinggang?
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita Utusan Malaysia
Bila kali terakhir anda timbang berat badan?
Sehingga kini hanya pasukan beruniform seperti polis, tentera, dan bomba yang dikhabarkan diwajibkan mematuhi Indeks Jisim Badan (BMI) sebagai syarat kecergasan. Namun adakah keperluan menjaga berat badan hanya untuk mereka dan bagaimana dengan sektor lain?
Hakikatnya, BMI patut diberi perhatian oleh semua pekerja, khususnya yang berpangkat ketua kerana merekalah yang akan dijadikan contoh oleh anak buah masing-masing.
Keadaan ini amat mendesak kerana Malaysia kini menghadapi krisis obesiti yang amat membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 50.1 peratus rakyat mengalami berat badan berlebihan atau obesiti pada tahun 2019.
Lebih memburukkan keadaan apabila Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan peningkatan kes diabetes, hipertensi, dan penyakit jantung akibat berat badan berlebihan. Isu ini bukan main-main kerana jika keadaan ini berterusan, ekonomi terjejas dan kos perubatan negara melambung tinggi akibat penyakit tiga serangkai yang berpunca daripada obesiti.
Jika anggota beruniform wajib patuh BMI demi kecergasan, bos di sektor kerajaan dan swasta juga patut mulakan langkah sama. Tak boleh ada situasi di mana pekerja disuruh hidup sihat, tapi bos sendiri asyik makan sedap di pejabat berhawa dingin.
Bayangkan kalau mesyuarat pagi diganti dengan brisk walk sambil bincang strategi syarikat, bukan sahaja idea lebih segar, malah kalori pun terbakar. Sekiranya majikan menunjukkan contoh baik, pekerja pun lebih bersemangat untuk menjaga kesihatan.
Realitinya, banyak negara sudah menetapkan syarat BMI dalam kalangan pekerja. Jepun contohnya sudah memperkenalkan Metabo Law sejak 2008, yang mewajibkan syarikat mengukur lilitan pinggang pekerja berumur 40 tahun ke atas. Jika berlebihan, mereka perlu mengikuti program kesihatan. Di AS, beberapa syarikat memberi insentif kewangan kepada pekerja yang mengekalkan BMI sihat.
Kerajaan dan majikan di Malaysia boleh memainkan peranan dengan mewajibkan pemeriksaan BMI berkala serta menyediakan program kecergasan. Insentif seperti keahlian gim, pemeriksaan kesihatan tahunan, dan waktu rehat aktif boleh menggalakkan pekerja menjaga kesihatan.
Justeru kesedaran manfaat BMI tidak seharusnya terhad kepada pasukan beruniform sahaja sebaliknya ke pelbagai sektor demi kesejahteraan individu dan negara. Bila kali terakhir anda timbang berat badan dan ukur lilitan pinggang?
Nor Afzan Mohamad Yusof, Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved