PERNAH dengar peribahasa biar papa asal bergaya? Ia mengenai mereka yang sanggup berbelanja besar kerana mahukan prestij. Mereka tidak kisah membeli pakaian berjenama atau makan di kedai premium dan memandu kereta mahal. Soal terbeban atau tidak, itu perkara kedua.
Kalau dulu biar papa asal bergaya, kini ramai pula yang berbelanja kononnya memberi ganjaran untuk diri sendiri selepas penat bekerja mengumpul duit.
Itu yang sering didengari apabila ada yang membeli telefon bimbit berharga lebih RM5,000, beg tangan atau jam tangan berjenama dan minum secawan kopi berpuluh ringgit serta memakai pakaian yang dibeli di butik besar.
Terima kasih kepada syarikat kewangan yang menyediakan kad kredit, kemudahan beli dulu, bayar kemudian atau ansuran sifar faedah untuk pelanggan mereka berbelanja.
Para peniaga pula memperkenalkan pelbagai kempen pemasaran untuk menjual produk mereka. Kalau dulu Hari Guru, kini ada macam-macam hari yang perlu disambut. Ia datang dengan pakej seperti beg duit kulit untuk Hari Bapa, cincin emas untuk Hari Ibu dan makan di hotel mewah pada Hari Memperingati Kekasih.
Boleh dikatakan apa yang dibelanja sebenarnya lebih kepada membeli gaya hidup dan harganya pula lebih tinggi daripada pendapatan bulanan mereka. Tiada salahnya berbelanja besar untuk diri sendiri asalkan mampu, bukannya berhutang dengan syarikat kewangan sehingga hidup terbeban.
Sebenarnya tiada syarikat kewangan yang begitu bermurah hati memberi pinjaman tanpa sebarang laba kepada mereka. Betul, terdapat skim pembelian tiada faedah untuk pelanggan namun ia hanya berlaku sekiranya pelanggan membayar mengikut jadual.
Syarikat kewangan sebenarnya sedar kemampuan pelanggan namun kegagalan peminjam membayar mengikut jadual bermakna laba bagi mereka melalui faedah atau penalti yang dikenakan.
Kalau gagal juga melangsaikan hutang, tindakan merampas barang dan melelong barang pula akan dilakukan. Yang penting syarikat kewangan tidak rugi tetapi apa pula nasib peminjam?
Itulah yang menjadi kebimbangan kerana sebanyak 38.5 peratus daripada 1.5 juta peminjam atau responden yan ditinjau oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) didapati bermasalah
membayar balik hutang.
Kajian Program Pengurusan Kredit AKPK itu mendapati 31.1 peratus atau 466,500 individu mengaku mereka berbelanja ikut perasaan, 22.6 peratus membeli bagi mengatasi tekanan dan 19.5 peratus lagi membeli tanpa memikirkan kegunaan barang atau perkhidmatan berkenaan.
Nampaknya ramai lagi yang sanggup menjadi papa asalkan bergaya. – UTUSAN
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Biar papa asal bergaya

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved