SANGAT menarik apabila membaca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan 1, Ahmad Maslan yang menyatakan Malaysia tersilap langkah memberi subsidi kepada rakyat yang turut dinikmati golongan kaya.
Mengikut semua laporan berita, dia mengatakan pemberian subsidi kepada golongan kaya satu kesilapan dan perlu diperbetulkan.
“Orang kaya tak perlu subsidi pun, kenapa kita perlu beri subsidi kepada orang kaya? Negara manakah di dunia ini yang beri subsidi kepada orang kaya berbanding beri subsidi kepada orang miskin? Tiada, hanya Malaysia. Jadi dasar subsidi Malaysia itu silap,” katanya seperti dilaporkan semua media utama.
Itu katanya supaya kelak dia tidak perlu membuat penjelasan tambahan seperti isu meminta penyokong UMNO mengundi DAP.
Persoalannya berapa lama negara telah memberikan subsidi? Ia dilaksanakan puluhan tahun oleh kerajaan Barisan Nasional sama ada kerana keprihatinan kepada rakyat atau untuk membeli sokongan setiap kali pilihan raya.
Ketika itu isu subsidi tidak menjadi masalah kerana nilainya kecil. Harga minyak setong dalam AS$28 hingga AS$33. Hutang kerajaan kecil. Ringgit diniagakan sekitar RM2.80 berbanding AS$1.
Hutang Malaysia pada 1997 hanya AS$32.2bil dan meningkat kepada AS$79.8bil pada 2007. Antara tahun 2008 hingga 2018 hutang negara melonjak daripada AS$95.2bil (2008) kepada AS$199bil, atau kenaikan AS$100bil dalam 10 tahun.
Ahmad sebahagian kerajaan memerintah ketika itu, kenapa subsidi kepada orang kaya tidak dibangkitkan.
Hari ini, hutang negara mencecah kira-kira AS$270bil. Hutang ini bukan diambil oleh rakyat yang memakai motor kecil atau kereta besar dan penghawa dingin tetapi pentadbir yang memerintah.
Negara terpaksa membelanjakan kira-kira RM40bil setahun bagi melunaskan hutang. Hampir keseluruhan cukai pendapatan individu yang dibayar rakyat Malaysia digunakan membayar hutang.
Angka diperoleh dan disiarkan Utusan Malaysia, cukai individu dikutip LHDN tahun lalu ialah RM39.26bil daripada RM175.46bil yang dikutip lembaga itu. Pujian harus diberikan kepada LHDN untuk rekod kutipan untuk negara. Tetapi RM39bil wang cukai individu menyamai bayaran hutang tahunan negara.
Malah apa yang nyata, T20 menyumbang 85% atau RM33.68bil daripada keseluruhan RM39.26bil yang dikutip lembaga itu. Golongan M40 menyumbang RM5.38bil.
Jadi golongan T20 seperti dinyatakan Ahmad yang berkereta besar dan ada banyak penyaman udara menyumbang RM33.6bil kepada pendapatan negara. Itu tidak termasuk usaha mereka dalam syarikat yang melengkapkan cukai korporat hingga pungutan mencapai RM175bil.
Jika menteri sama meninjau kawasan perumahan termasuk PPRT, hampir semuanya ada penyaman udara dan kebanyakannya lebih daripada satu. Adakah kita akan naikkan tarif berdasarkan penggunaan elektrik kerana penyaman udara menjadi keperluan dan bukan kemewahan?
Malah inflasi kita adalah fake kerana ia rendah berikutan pelbagai subsidi. Pelbagai subsidi memastikan inflasi adalah 3.4% (tahun 2022) sedangkan kadarnya sepatutnya melebihi 7% seperti di Amerika, UK, India dan Singapura. Bagaimana kos indeks pengeluaran meningkat dan inflasi tidak naik. Keadilan sosial penting.
Mereka yang memerlukan harus dibantu. Tetapi menyalahkan T20 kepada ‘kesilapan lampau’ setiap masa akan meningkatkan ‘kemarahan’ golongan itu termasuk puluhan ribu kakitangan kerajaan dengan pendapatan kasar isi rumah lebih RM10,960 (T20) terutama dengan PRN semakin hampir. – UTUSAN
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Berusaha keras menjadi T20 bukan dosa

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved