POLITIK Melayu nampaknya belum penat berpecah. Selepas lahirnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada konflik dalam UMNO, kini muncul pula Parti Bersama Malaysia (Bersama) yang diambil alih Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli.
Nama parti mungkin berbeza, slogan juga nampak lebih segar tetapi hakikatnya rakyat sedang melihat satu trend yang sama iaitu apabila tidak lagi sehaluan, maka lahirlah parti baharu.
Semua pihak bercakap tentang penyatuan Melayu tetapi dalam masa sama terus menambah bilangan parti Melayu.
Dahulu pertandingan politik Melayu lebih mudah dibaca. UMNO lawan Pas. Selepas itu politik negara semakin bercelaru dengan pelbagai penjajaran baharu. Kini Bersama pula hadir ketika rakyat sebenarnya sudah letih dengan drama lompat parti, pergaduhan dalaman dan perebutan jawatan.
Persoalan besar sekarang Bersama ini mahu makan undi siapa?
Kalau mahu mengganggu Pas atau Perikatan Nasional (PN), nampaknya agak sukar. Sokongan PN hari ini banyak digerakkan oleh sentimen Melayu-Islam yang cukup kuat, khususnya di kawasan luar bandar dan negeri-negeri Pantai Timur. Mohd. Rafizi pula lebih sinonim dengan politik bandar, ‘angka ekonomi’, reformasi institusi dan golongan profesional muda.
Maka secara logiknya, sasaran Bersama bukan PN. Sasaran sebenar mereka lebih dekat kepada PKR sendiri, malah mungkin sedikit bahagian DAP di kawasan bandar campuran.
Dalam bahasa mudah, Bersama sedang masuk ke pasar yang sudah penuh dengan pemain sedia ada.
Penyokong reformasi, kelas menengah bandar dan pengundi muda progresif bukanlah kelompok terlalu besar. Selama ini mereka banyak bersama PKR dan Pakatan Harapan (PH). Bila muncul Bersama, kelompok inilah yang paling mudah terpecah.
Masalahnya dalam sistem pilihan raya Malaysia, pecah undi adalah mimpi ngeri. Bukan perlu dapat 50 peratus untuk menang. Kadang-kadang cukup sekadar 30 peratus jika lawan berpecah tiga atau empat.
Bayangkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti. Di satu kerusi Parlimen bandar, ada calon PH, Bersama, PN dan BN. Semua masuk gelanggang. Semua yakin mereka ada pengaruh sendiri.
Akhirnya undi reformis pecah dua, undi Melayu sederhana pecah lagi dan calon yang menang mungkin hanya disokong satu pertiga pengundi sahaja.
Itulah realiti politik kita sekarang. Kemunculan terlalu banyak parti terutama parti Melayu tidak semestinya menguatkan politik Melayu. Kadang-kadang ia cuma menghasilkan lebih banyak presiden parti, lebih banyak logo dan lebih banyak sidang akhbar tetapi sokongan rakyat makin mengecil.
Rakyat biasa pula melihat politik sebagai gelanggang ego pemimpin. Bila kalah perebutan dalam parti, tubuh parti baharu. Bila kecewa dengan gabungan lama, bina gabungan lain pula. Akhirnya yang bertambah hanyalah kekeliruan pengundi.
Semua parti bercakap tentang kestabilan negara tetapi dalam masa sama, tindakan masing-masing sebenarnya sedang membuka jalan kepada satu lagi ‘Parlimen tergantung’ (hung parliament).
PRU15 sudah membuktikan tiada mana-mana gabungan benar-benar dominan. Semua terpaksa berunding selepas keputusan diumumkan. Kerajaan dibentuk bukan kerana menang besar tetapi kerana cukup nombor hasil kompromi politik.
Jika Bersama benar-benar bertanding secara serius, terutama di kerusi bandar dan separa bandar, pertandingan empat penjuru hampir pasti berlaku di banyak tempat. Dalam keadaan begitu, amat sukar untuk satu gabungan memperoleh majoriti mudah.
Hadi Ab. Manap ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
‘Bersatu’ sudah, ‘Bersama’ pun sudah: Seterusnya?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved