BARU-baru ini tular gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berlari sambil membimbit fail dengan kapsyen ‘Umur 78 tahun tetapi nampak muda daripada usia’. Turut dipaparkan bersama gambar berkenaan, lapan tip bertenaga seperti memiliki berat badan terkawal dan kuat ketahanan mental.
Mengambil gambar itu daripada perspektif positif, memang bertuah apabila seseorang dikurniakan kesihatan cemerlang pada usia sedemikian. Dalam kalangan rakyat biasa juga ramai masih sihat, aktif dan mampu menyumbang walaupun sudah memasuki usia emas.
Mesyuarat Jemaah Menteri baru-baru ini memutuskan had umur persaraan penjawat awam kekal pada 60 tahun berikutan tiada keperluan untuk melaksanakan peningkatan had umur buat masa ini.
Dalam sejarah perkhidmatan awam negara, had umur persaraan berubah beberapa kali. Dalam tempoh 15 tahun lalu, usia persaraan dinaikkan daripada 55 tahun kepada 56 tahun, kemudian 58 tahun dan 60 tahun mulai 1 Januari 2012.
Umur bersara mula meraih perhatian tahun lalu apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan kerajaan mempertimbangkan cadangan menaikkan umur persaraan wajib daripada 60 kepada 65 tahun.
Katanya, suatu kerugian sekiranya individu diwajibkan bersara pada usia 60 tahun sedangkan mereka masih sihat, bertenaga dan mampu menyumbang secara produktif kepada tenaga kerja negara. Negara lain yang usia persaraan tinggi ialah Singapura, 62 tahun dan negara Scandinavia sehingga 70 tahun.
Kerajaan harus membangunkan model persaraan lebih fleksibel mengikut kapasiti dan keupayaan warga emas bagi memastikan individu yang masih produktif dan ada keupayaan fizikal dan mental diberikan pilihan untuk terus berkhidmat atau sebaliknya, bukannya dipaksa menamatkan perkhidmatan hanya kerana faktor usia.
Kalau sebegitu penetapannya, ia hanya mencipta diskriminasi berasaskan umur. Kerana isu persaraan tidak boleh dilihat hanya daripada sudut angka, lebih penting lagi mengenai persediaan dan kemampuan individu merancang kehidupan selepas bersara.
Segelintir dikurniakan tenaga dan minda yang muda dan kuat, lalu mereka patut diberikan model persaraan yang fleksibel berdasarkan keupayaan yang seharusnya dinilai oleh pakar bukannya dipaksa bersara oleh undang-undang. Kalau hari ini kita memperjuangkan bentuk kerja anjal, kenapa tidak daripada segi angka usia?
Bagi anda yang kini berusia 50-an dan masih bekerja, tanya diri sendiri apakah kemampuan dimiliki sekarang, cukup dengan hanya bergantung kepada dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)?
Kenapa tidak beberapa tahun sebelum usia persaraan kita melalui kursus kepimpinan atau keusahawanan membolehkan kita menawarkan kepakaran atau ‘menjual diri’ kelak.
Takkan lepas bersara baru fikir nak buat apa? Usia adalah sekadar angka dan tidak boleh dibandingkan dengan ilmu, pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dimiliki. Isu ini bukan mengenai angka, sebaliknya berkait rapat dengan persediaan menghadapi kehidupan selepas ditamatkan perkhidmatan.
Nor Afzan Mohamad Yusof ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Bersara 60 tahun diskriminasi usia?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved