TERKINI
Sukan Asia: Malaysia ke separuh akhir skuasy berpasukan lelakiJDT juara Liga Super kali ke-10 berturut-turutBanjir: Penduduk Kampung Iboi berjaga-jagaPekan Guar Cempedak pula dinaiki airJER: Jualan beras murah diteruskan hingga bekalan stabilIndonesia larang transaksi jualan di media sosialOperasi LRT Laluan Ampang, Sri Petaling disambung semula Feb 2024JKR, LLM siap sedia hadapi banjir – Menteri Kerja RayaLelaki dipenjara tiga tahun ugut bakar rumah bekas isteriNoor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Menu
Berpolitik sampai lupa rakyat tiada beras, telur
Pilihan raya enam negeri sudah, Pilihan raya kecil di Johor juga selesai tetapi yang tidak habis orang terus berpolitik. Masing-masing tidak mahu mengalah kerana semua berlumba-lumba ‘mempromosi’ diri dan meletakkan kesalahan kepada orang lain.
Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK12 di Dewan Rakyat Isnin lalu, politik di negara ini bagai tiada ubat untuk dipulihkan.
Bermula sebelum pembentangan RMK12, rakyat terus disajikan dengan tuntutan pembangkang untuk mengemukakan usul tergempar mengenai DNNA Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ia terus panas apabila usul ditolak Speaker Datuk Johari Abdul. Pada hari kedua, bertali arus ahli Parlimen pembangkang melabelkan Speaker tidak tunai janji.
Hari ketiga pun tidak tenang dengan kritikan-kritikan pembangkang ketika membahaskan RMK12 dengan menyelitkan sejarah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).
Antaranya Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengguna ‘kerengga’ didakwa meracau ketika pentadbiran PN sehingga tidak ada masa membaca perjanjian royalti minyak untuk Terengganu ketika menjadi kerajaan.
Kata Hadi lagi yang kini disiasat berkaitan isu 3R turut menegaskan bahawa jika beliau dijatuhi hukuman denda, beliau memilih untuk duduk penjara kerana duit denda itu disifat lebih baik diberi kepada sekolah-sekolah Pasti.
Begitulah pula pada Hari Malaysia esok, beberapa tokoh politik sedang ligat berkempen mengajak rakyat turun padang untuk menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia manakala Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh pula mengajak rakyat berhimpun di masjid.
Meninjau di media sosial turut mengalami nasib serupa apabila menjadi medan ‘bertempur’ antara parti politik sehingga kalah netizen yang sebelum ini mempelopori platform itu untuk memviralkan sesuatu kes.
Jika parti A kata ini, seminit kemudian muncul pula pembelaan parti B. Orang politik ini semakin ghairah mengguna media sosial untuk kata-mengata.
Melihat senario tersebut, bilakah masanya orang politik mahu menyelesaikan isu rakyat? Ketika ini semakin ramai bercakap mengenai beras tempatan tidak ada, jika ada harga mahal. Mungkin tidak di semua kawasan atau negeri ada kawasan memang berlaku.
Telur bukan omega dan minyak paket bersubsidi juga antara barang tidak mudah untuk ditemukan ketika ini. Sepatutnya, ketika rakyat keluh-kesah dengan hal barang keperluan asas susut di pasaran, tidak kira orang politik kerajaan mahupun pembangkang perlu cepat-cepat mencari solusi.
Setiap ahli parlimen dan ADUN yang dipilih bukan saja-saja dipilih tetapi mereka dipilih untuk menjaga kebajikan rakyat. Jadi tugas wakil rakyat untuk rakyat bukan bila menang PRN, PRK atau PRU masing-masing bekerja untuk diri sendiri.
Oleh itu, semua wakil rakyat tolonglah seimbangkan antara isu DNAA Zahid dengan keperluan barang asas rakyat. Rakyat terkontang-kanting kerana langkah penyelesaian sebelum ini hanya atas kertas tetapi tidak di lapangan.
Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Mara bantu ubah nasib pekerja tidak mahir
‘Kisah silam bukan gambaran saya hari ini’
Selantang mana pun, Palestin tetap tidak diiktiraf PBB
Pelangai: Bolos atau bertahan?
Sebenarnya isu perkauman tidak wujud di negara ini