Berpolitik sampai lupa Covid-19, pencemaran - Utusan Malaysia

Berpolitik sampai lupa Covid-19, pencemaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dua tiga hari ini tidak hujan, jadi cuaca jadi panas. Panas disebabkan fenomena semula jadi tiada masalah kerana ia perkara biasa.
Namun jika panas itu dikaitkan dengan hal-hal politik, ini yang tidak baik. Lihat sahaja gara-gara dua tiga orang bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri, puak-puak ‘gila politik’ semakin ‘gila’.

Geng-geng berkenaan seperti lalang, sekejap ke sana sekejap arah sini. Semua gara-gara mahu nerebut jawatan nombor satu. Isu membabitkan kegusaran rakyat tidak penting.

Antaranya seperti kejadian tumpahan minyak di Pantai Cermin, Negeri Sembilan dan melarat ke Tanjung Tuan, Melaka yang sudah berhari-hari tidak ada orang politik peringkat nasional ambil berat.

Kerja-kerja membersihkan perairan dan pantai tersebut bagi menyelamatkan ekologinya dibuat agensi penguat kuasa, penduduk setempat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO). Kerja tersebut bukan mudah dan sedikit kerana pencemaran membabitkan puluhan kilometer dan merebak antara dua negeri.

Akibat pencemaran itu juga, 4,000 bakau dan hasil laut bakal musnah. Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Covid-19 pula semakin dekat dengan rakyat. Kes harian sejak berakhirnya PRN Sabah, 26 September lalu merekodkan 400 dan ke atas setiap hari dan beberapa hari lalu lebih 800 kes sehari.

Orang paling takut dengan angka Covid-19 hanyalah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan barisannya. Lihat bagaimana mereka berkerja dan terus bekerja tetapi jangkitan baharu tetap banyak.

Tiga hari lalu, Dr. Noor Hisham meminta rakyat berkemampuan menghulurkan sumbangan kepada penduduk Sabah yang semakin teruk dilanda Covid-19. Hairan pula kenapa Dr. Noor Hisham sampai minta bantuan sebegitu.

Mana pergi kerajaan atau adakah wabak tersebut sukar dikawal tetapi orang-orang politik masih sibuk buat rundingan sehingga lupa apa patut didahulukan. Ingat janji ketika PRN Sabah, ahli politik yang menang berikrar mahu menjaga kebajikan rakyat negeri berkenaan.

Di tengah kemelut wabak itu , rupanya cara hidup Orang Asli suku Bateq di Gua Musang ada kelebihan apabila mereka boleh pindah lebih jauh ke hutan elak jangkitan.

Mungkinkah hidup sebagai Orang Asli lebih ‘bahagia’ berbanding dengan orang di bandar yang saban hari terpaksa mendengar dan melihat kerenah ahli politik gila kuasa?

Teon Eg ialah Pengarang Utusan Malaysia.

 

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya