MANIFESTO mengikut kamus dewan bahasa adalah pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar atau tujuan sesuatu parti politik sebelum pilihan raya. Dalam erti kata lain, manifesto adalah janji-janji daripada parti politik jika menang dalam pilihan raya.
Dalam satu lagi pemahaman, manifesto adalah istilah yang merujuk deklarasi, kenyataan bertulis individu atau mewakili parti atau kumpulan mengenai janji kepada orang ramai.
Kelmarin, beberapa parti yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) telah melancarkan manifesto masing-masing dan ada daripadanya masih mengulangi janji yang sama semasa pilihan raya sebelumnya.
Manifesto memainkan peranan yang penting dalam membentuk kepercayaan, kejujuran dalam sejarah sosial dan percambahan idea politik. Antara contoh manifesto politik yang terkenal termasuklah Port Huron Statement (1962) yang berkisar tentang perjuangan aktivis demokrasi pelajar.
Dalam setiap pilihan raya, manifesto dijaja seolah-olah kitab suci yang menjanji seribu satu harapan jika mana-mana parti politik menang sama ada menawan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun membentuk kerajaan baharu selepas itu.
Namun, bukan semua janji dapat ditunai kemudiannya, malah akan ada pihak yang memberi seribu satu macam alasan kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
Ada yang mendakwa manifesto bukan kita suci selepas menang dalam pilihan raya sehinggakan rakyat berasa tertipu.
Perkara seperti ini bukan berlaku sekali, malah ada dalam kalangan parti politik yang akan terus memperjuangkan janji yang sama setiap kali berlaku pilihan raya.
Justeru, sudah tiba masanya akujanji dijadikan perkara wajib bersandarkan kepada undang-undang bagi setiap calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Perkara ini tidak pernah berlaku tetapi tidak menjadi kesalahan atau adakah ia dikira melanggar prinsip demokrasi sekiranya reformasi keseluruhan pilihan raya itu diadakan bagi mengelak krisis kepercayaan.
Pentingnya di sini ialah manifesto tidak boleh dianggap sebagai gula-gula untuk memperdaya rakyat. Mandat yang diberi rakyat mempunyai maksud yang besar dan hasrat mereka wajar dihormati dan segala janji yang ditabur dalam manifesto mestilah ditunaikan atau sekurang-kurangnya diganti lain.
Kalau sebelum ini calon dikehendaki mengisytiharkan harta, akujanji kepada manifesto perlu seiring kerana kesannya amat besar jika soal kepercayaan rakyat dipermainkan.
Calon yang menang jika gagal menunaikan janji semasa sebelum pilihan raya, maka wajarlah ada undang-undang khusus yang boleh terpakai kerana pilihan raya itu sendiri termaktub dalam Perlembagaan dan semangatnya wajar mengikat perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jika semangat dan segala prinsip dalam Perlembagaan itu tidak dijulang, apakah maknanya inti demokrasi lagi kepada rakyat. Perkara seperti ini tidak boleh dibenarkan berlaku.
Rakyat tidak mahu pemimpin politik yang suka beretorik. Masa itu telah berlalu, kerana rakyat sudah matang dalam membicarakan soal politik walaupun mereka adalah pengundi kali pertama.
Hanya pemimpin politik yang dilihat tulus dan ikhlas akan mewakili suara mereka di DUN yang mulia mahupun Parlimen. – UTUSAN
Meor Harman Meor Shakri ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Berlaku jujur kepada manifesto
MANIFESTO mengikut kamus dewan bahasa adalah pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar atau tujuan sesuatu parti politik sebelum pilihan raya. Dalam erti kata lain, manifesto adalah janji-janji daripada parti politik jika menang dalam pilihan raya.
Dalam satu lagi pemahaman, manifesto adalah istilah yang merujuk deklarasi, kenyataan bertulis individu atau mewakili parti atau kumpulan mengenai janji kepada orang ramai.
Kelmarin, beberapa parti yang terlibat dalam pilihan raya negeri (PRN) telah melancarkan manifesto masing-masing dan ada daripadanya masih mengulangi janji yang sama semasa pilihan raya sebelumnya.
Manifesto memainkan peranan yang penting dalam membentuk kepercayaan, kejujuran dalam sejarah sosial dan percambahan idea politik. Antara contoh manifesto politik yang terkenal termasuklah Port Huron Statement (1962) yang berkisar tentang perjuangan aktivis demokrasi pelajar.
Dalam setiap pilihan raya, manifesto dijaja seolah-olah kitab suci yang menjanji seribu satu harapan jika mana-mana parti politik menang sama ada menawan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), mahupun membentuk kerajaan baharu selepas itu.
Namun, bukan semua janji dapat ditunai kemudiannya, malah akan ada pihak yang memberi seribu satu macam alasan kenapa janji tersebut tidak dapat ditunaikan.
Ada yang mendakwa manifesto bukan kita suci selepas menang dalam pilihan raya sehinggakan rakyat berasa tertipu.
Perkara seperti ini bukan berlaku sekali, malah ada dalam kalangan parti politik yang akan terus memperjuangkan janji yang sama setiap kali berlaku pilihan raya.
Justeru, sudah tiba masanya akujanji dijadikan perkara wajib bersandarkan kepada undang-undang bagi setiap calon dan parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.
Perkara ini tidak pernah berlaku tetapi tidak menjadi kesalahan atau adakah ia dikira melanggar prinsip demokrasi sekiranya reformasi keseluruhan pilihan raya itu diadakan bagi mengelak krisis kepercayaan.
Pentingnya di sini ialah manifesto tidak boleh dianggap sebagai gula-gula untuk memperdaya rakyat. Mandat yang diberi rakyat mempunyai maksud yang besar dan hasrat mereka wajar dihormati dan segala janji yang ditabur dalam manifesto mestilah ditunaikan atau sekurang-kurangnya diganti lain.
Kalau sebelum ini calon dikehendaki mengisytiharkan harta, akujanji kepada manifesto perlu seiring kerana kesannya amat besar jika soal kepercayaan rakyat dipermainkan.
Calon yang menang jika gagal menunaikan janji semasa sebelum pilihan raya, maka wajarlah ada undang-undang khusus yang boleh terpakai kerana pilihan raya itu sendiri termaktub dalam Perlembagaan dan semangatnya wajar mengikat perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jika semangat dan segala prinsip dalam Perlembagaan itu tidak dijulang, apakah maknanya inti demokrasi lagi kepada rakyat. Perkara seperti ini tidak boleh dibenarkan berlaku.
Rakyat tidak mahu pemimpin politik yang suka beretorik. Masa itu telah berlalu, kerana rakyat sudah matang dalam membicarakan soal politik walaupun mereka adalah pengundi kali pertama.
Hanya pemimpin politik yang dilihat tulus dan ikhlas akan mewakili suara mereka di DUN yang mulia mahupun Parlimen. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved