Beri ruang Kabinet baharu uji kemampuan

Beri ruang Kabinet baharu uji kemampuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Debaran barisan Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim menemui noktahnya malam tadi apabila Jemaah Menteri kerajaan perpaduan dilantik selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Nama-nama yang terpilih daripada 222 ahli parlimen yang menang pada Pilihan Raya Umun Ke-15 (PRU15) sepatutnya membabitkan calon-calon terbaik yang diyakini boleh memajukan Malaysia sekali gus mensejahterakan rakyat.

Ramai berharap menteri-menteri baharu benar-benar kompiten untuk menyelesaikan isu rakyat seterusnya memajukan negara. Perdana Menteri sendiri sudah berjanji bahawa lantikan menteri bukan suatu ganjaran kerana menyokong pentadbiran beliau.

Maknanya calon-calon Kabinet yang dibariskan semestinya dalam kalangan ahli parlimen yang benar-benar boleh buat kerja. Jadi dengan pegumuman tersebut Malaysia kini memasuki fasa baharu iaitu tidak kira mereka dalam kelompok terkejut atau tidak gembira, hakikatnya semua perlu menerima keputusan yang dimuktamadkan.

Seperti kata Anwar di Tambun petang semalam, terdapat beratus orang layak untuk dilantik sebagai menteri namun beliau terpaksa membuat pilihan kerana jawatan yang disediakan terbatas selain Pakatan Harapan (PH) telah berjanji untuk mengehadkan bilangan Kabinet dan lantikan lain termasuk duta khas yang menelan belanja besar.

Dengan penjimatan tersebut, wang negara boleh ‘dipulangkan’ kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti membina pelbagai infrastruktur kesihatan, pendidikan mahpun jaringan pengangkutan awam.

Ke arah memajukan negara, rakyat juga perlu menoktahkan sikap hasut-menghasut, benci-menbenci dan hina-menghina kerana tindakan-tindakan tersebut hanya merosakkan negara.

Amalan menyebarkan fitnah membabitkan perkauman ketika PRU15 dan selepas PRU15 semakin kritial sehingga mendapat perhatian Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-260 yang menitahkan supaya pemimpin politik tidak membangkitkan isu kaum atau agama dan kerajaan perlu menggunakan peluang yang ada untuk memupuk kebersamaan rakyat pelbagai kaum.

Justeru, rakyat kini perlu kembali bertenang dan memberi ruang kepada kerajaan baharu mengatur strategi untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia.

Isnin ini Perdana Menteri akan mengadakan mesyuarat khas bersama jemaah menteri untuk menetapkan beberapa peraturan baharu tenggungjawab mereka.

Anwar turut mengingatkan kuasa diangkat sebagai pe­mimpin bukan keistimewaan, sebaliknya tanggungjawab bagi memperbaiki segala kelemahan seperti pembaziran, rasuah, dan mencari jalan menyelesaikan isu kos sara hidup rakyat.

Mengikut statistik hampir 500,000 rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan miskin dan miskin tegar sehingga menimbulkan persoalan bagaimana mereka menyara hidup ketika inflasi melonjak.

Ketika pembentukan kerajaan baru diselesaikan, tinjauan di beberapa negeri mendapati harga ayam kini mencecah RM12 sekilogram manakala bekalan telur yang turut menjadi bahan kempen PRU15 masih terus menghantui penduduk.

Semoga mesyuarat hari pertama Perdana Menteri minggu depan mampu memberi khabar gembira buat rakyat yang menunggu sentuhan pertama Anwar.

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.