HARI ini umat Islam di seluruh dunia meraikan ketibaan tahun baharu hijrah 1442. Sejak dari zaman Rasulullah SAW, hijrah itu adalah lambang pengorbanan dan kesediaan untuk menempuh suasana baharu.
Sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa dan masyarakat yang berjaya sentiasa bersedia dengan perubahan dan penghijrahan.
Sempena sambutan Maal Hijrah yang disambut dalam suasana yang cukup berbeza semalam, kita rakyat Malaysia perlu bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan dalam kehidupan jika mahu keluar daripada kemelut yang berlaku.
Sama ada kemelut pandemik Covid-19, ekonomi mahupun politik ia menuntut kesanggupan semua berhijrah dan berubah.
Pandemik Covid-19 walaupun belum ditemui vaksinnya, tetapi penawarnya ada dalam diri kita iaitu dengan dengan mengamalkan norma-norma baharu yang telah ditetapkan.
Ini penghijrahan yang dituntut daripada kita semua ketika ini bagi memastikan rantaian virus ini dapat diputuskan.
Wabak ini kembali merebak hingga membentuk kluster baharu di Kedah disebabkan sikap kita yang tidak endah ketika diminta melakukan sedikit perubahan dalam rutin kehidupan harian.
Kerana keengganan berhijrah kepada norma baharu, kerana bersikap mementingkan diri sendiri hingga melanggar perintah kuarantin wajib, kehidupan seluruh masyarakat terjejas. Kedai dan sekolah terpaksa ditutup, penduduk di beberapa mukim terpaksa dikuarantin dan ada yang hilang punca pendapatan kerana tindakan satu individu.
Sama juga dengan kemelut ekonomi yang menjejaskan kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini, termasuk ada yang hilang sumber pendapatan dan sebagainya. Penghijrahan sikap dan minda serta berani mencuba bidang baharu merupakan satu-satunya cara untuk membaiki kehidupan dalam suasana yang cukup mencabar ketika ini.
Sebab itu ada juruterbang yang kehilangan pekerjaan bertukar menjadi petani, jurutera sanggup menjual nasi lemak dan sebagainya. Semua perubahan, penyesuaian dan penghijrahan itu adalah untuk kebaikan.
Begitu juga dengan ketidakstabilan politik sekarang. Para pemimpin perlu berkorban, jangan penting diri sendiri hingga kerajaan menjadi lemah dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mensejahterakan rakyat.
Hijrah itu mempunyai nikmat yang cukup besar terutama untuk kita kembali bangkit daripada pelbagai kemelut dan cabaran yang dihadapi.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Berhijrah demi kebaikan
HARI ini umat Islam di seluruh dunia meraikan ketibaan tahun baharu hijrah 1442. Sejak dari zaman Rasulullah SAW, hijrah itu adalah lambang pengorbanan dan kesediaan untuk menempuh suasana baharu.
Sejarah membuktikan bahawa sesuatu bangsa dan masyarakat yang berjaya sentiasa bersedia dengan perubahan dan penghijrahan.
Sempena sambutan Maal Hijrah yang disambut dalam suasana yang cukup berbeza semalam, kita rakyat Malaysia perlu bersedia untuk melakukan perubahan-perubahan dalam kehidupan jika mahu keluar daripada kemelut yang berlaku.
Sama ada kemelut pandemik Covid-19, ekonomi mahupun politik ia menuntut kesanggupan semua berhijrah dan berubah.
Pandemik Covid-19 walaupun belum ditemui vaksinnya, tetapi penawarnya ada dalam diri kita iaitu dengan dengan mengamalkan norma-norma baharu yang telah ditetapkan.
Ini penghijrahan yang dituntut daripada kita semua ketika ini bagi memastikan rantaian virus ini dapat diputuskan.
Wabak ini kembali merebak hingga membentuk kluster baharu di Kedah disebabkan sikap kita yang tidak endah ketika diminta melakukan sedikit perubahan dalam rutin kehidupan harian.
Kerana keengganan berhijrah kepada norma baharu, kerana bersikap mementingkan diri sendiri hingga melanggar perintah kuarantin wajib, kehidupan seluruh masyarakat terjejas. Kedai dan sekolah terpaksa ditutup, penduduk di beberapa mukim terpaksa dikuarantin dan ada yang hilang punca pendapatan kerana tindakan satu individu.
Sama juga dengan kemelut ekonomi yang menjejaskan kehidupan sebahagian besar rakyat negara ini, termasuk ada yang hilang sumber pendapatan dan sebagainya. Penghijrahan sikap dan minda serta berani mencuba bidang baharu merupakan satu-satunya cara untuk membaiki kehidupan dalam suasana yang cukup mencabar ketika ini.
Sebab itu ada juruterbang yang kehilangan pekerjaan bertukar menjadi petani, jurutera sanggup menjual nasi lemak dan sebagainya. Semua perubahan, penyesuaian dan penghijrahan itu adalah untuk kebaikan.
Begitu juga dengan ketidakstabilan politik sekarang. Para pemimpin perlu berkorban, jangan penting diri sendiri hingga kerajaan menjadi lemah dan tidak dapat memberikan tumpuan kepada usaha-usaha mensejahterakan rakyat.
Hijrah itu mempunyai nikmat yang cukup besar terutama untuk kita kembali bangkit daripada pelbagai kemelut dan cabaran yang dihadapi.
Aznan Bakar ialah Pengarang Utusan Malaysia.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved