LAPORAN Utusan Malaysia semalam tentang kawasan Bukit Bintang yang terkenal sebagai segi tiga emas ibu negara kini berdepan isu kehadiran peminta sedekah dan gelandangan perlu diberi perhatian.
Tinjauan pada Sabtu lalu mendapati sekurang-kurangnya lapan orang pengemis selain gelandangan berada di kawasan berkenaan dalam satu-satu masa.
Sebahagian mereka dipercayai warga asing termasuk daripada etnik Rohingya bukan sahaja duduk di kaki lima malah berani menghampiri orang ramai termasuk pelancong asing bagi meminta wang.
Kumpulan itu juga turut menjadikan kawasan tumpuan orang ramai seperti di hadapan sebuah restoran terkenal, bank dan pusat beli belah sebagai tempat mereka mengemis.
Selain mencacatkan pemandangan, kita juga bimbang sifat pemurah rakyat negara ini akan mengundang lebih ramai pengemis asing. Sifat pemurah rakyat Malaysia memang sudah masyhur.
Itulah juga antara sebab mengapa warga asing sama ada dipergunakan oleh sindiket atau yang bergerak sendirian lebih suka mengemis sebagai cara mudah memperolehi wang.
Ada di antara mereka turut membawa kanak-kanak yang dipangku di tepi-tepi jalan. Semua itu bagi menambahkan kesedihan orang yang lalu lalang. Seterusnya menghulurkan seringgit dua kepada mereka.
Tidak salah membantu orang yang susah. Namun kita tak pasti adakah golongan pengemis ini adalah ‘genuine’ atau ada sindiket di belakang mereka. Pergerakan dan operasi mereka memang mencurigakan.
Sebabnya, berdasarkan intipan mereka bukan gelandangan kerana tidak tidur di kawasan ini sebaliknya hanya datang untuk meminta sedekah sebelum beredar.
Tinjauan pada keesokan harinya pula mendapati, kumpulan peminta sedekah yang ditemukan sebelum itu telah tiada namun digantikan pula dengan ‘wajah’ yang lain.
Ada juga yang masuk ke premis-premis makanan untuk mengemis. Semua ini bukan sahaja menyebabkan pelanggan tidak selesa malah turut merencatkan selera ketika sedang menikmati hidangan. Malah, ada juga yang marah jika tidak dihulurkan wang.
Senario ini perlu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Jangan biarkan ia berleluasa sehingga tidak terkawal dan merosakkan imej negara.
Ini juga menjejaskan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Negara merekodkan ketibaan 17.5 juta pelancong setakat Mei lalu, sekali gus meletakkan negara berada di landasan tepat untuk mencapai 40 hingga 47 juta pelancong antarabangsa. Ia bagi menjana pendapatan pelancongan sehingga mencecah RM329 bilion bagi merancakkan limpahan ekonomi negara.
Realitinya, ramai juga orang tempatan yang lebih wajar dibantu. Antaranya yang kekurangan dana untuk perubatan, yang berhadapan kekangan kewangan untuk menyambung pelajaran dan terputus bekalan akibat bencana alam.
Kita bantu mereka yang benar-benar memerlukan bukan yang didalangi sindiket untuk mengaut keuntungan.
Mohd. Radzi Mohd. Zin ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia – UTUSAN
Berhenti memberi pengemis asing

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved