TERKINI
Diana terima cincin, barang kemas – FaridSaliran tak diselenggara jejas ribuan pesawah, MADA tolong bertindakJangan abaikan 93,647 pelajar gagal SPMSetengah juta belia terpalit dadahBelia tidak minat kuasai kemahiran teknikalPolis sedia ambil tindakan jika ada maklumatJerebu teruk diramal landa ASEAN antara Jun dan Oktober iniPutus tunang, punca wanita maut ditikam bekas tunangBeratur panjang demi beli nasi lemak Pantai Eye OnSubsidi diesel nelayan tiris RM4 juta sebulan
Menu
Berhati-hati tawaran kerja luar negara
Kita mengalu-alukan langkah kerajaan membentuk satu jawatankuasa khas sebagai usaha menyelamatkan warga Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di luar negara.
Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad kelmarin yang berkata, jawatankuasa itu akan disertai pelbagai agensi dengan diketuai oleh Kementerian Luar.
Katanya, mesyuarat jemaah Menteri pada Rabu membincangkan dengan terperinci isu ramai rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara ekoran sindiket penipuan kerja.
Tindakan itu susulan memorandum diserahkan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak campur tangan bagi membebaskan mangsa setelah terjerat tawaran kerja palsu di beberapa negara.
Penipuan itu melibatkan tawaran kerja di Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand. Menurut Kementerian Luar, sebanyak 301 kes membabitkan penipuan pekerjaan di empat negara itu diterima setakat ini.
Daripada jumlah itu seramai 168 mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air. Sejumlah 34 mangsa sedang ditahan di depoh tahanan imigresen, manakala baki 99 lagi masih dikesan oleh pihak berkuasa negara berkenaan.
Kelmarin, 15 lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja diselamatkan dan dibawa pulang ke tanah air.
Begitulah resmi dunia, akan ada pihak yang sentiasa mahu mengambil kesempatan ke atas kesusahan dan harapan orang lain. Sebab itu kita tidak boleh jadi naif. Jangan sebab ditawarkan kerja di luar negara dengan janji gaji yang lumayan kita cepat terpengaruh dan mudah gelap mata.
Walaupun diakui majikan-majikan di Malaysia adalah kedekut kerana membayar upah yang rendah, adakalanya banyak hal lain yang mesti diambil kira sebelum memutuskan menerima tawaran bekerja di negara orang. Bak kata pepatah, “hujan emas di negeri orang, baiklah hujan batu di negeri sendiri”.
Untuk rekod, majikan Malaysia disifatkan paling kedekut di Asia Tenggara dari segi bayaran upah apabila hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji.
Angka itu adalah antara yang terendah di rantau ini berbanding Singapura (40 peratus), Indonesia (84 peratus) dan Filipina (76 peratus) di bandar-bandar utama negara berkenaan.
Namun, perbezaan peratusan yang ketara itu perlu mengambil kira populasi negara dengan Malaysia (33 juta), Indonesia (273 juta), Filipina (109 juta) dan Singapura (5.6 juta).
Meskipun kita bersimpati dengan keluarga mangsa-mangsa yang terlibat, sebelum menerima apa-apa tawaran bekerja di luar negara, periksalah dahulu kesahihannya. Lebih-lebih lagi jika tawaran itu datangnya dari negara yang relatifnya lebih ‘rendah’ daripada Malaysia.
Bagi kita sebagai ibu bapa, biarlah gaji anak kita kecil sedikit asalkan mereka ada depan mata. – UTUSAN
Diana terima cincin, barang kemas – Farid
Jangan abaikan 93,647 pelajar gagal SPM
Setengah juta belia terpalit dadah
Belia tidak minat kuasai kemahiran teknikal
Polis sedia ambil tindakan jika ada maklumat