Berdialog dengan golongan antivaksin - Utusan Malaysia

Berdialog dengan golongan antivaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MURID di China hanya dibenarkan untuk kembali ke sekolah selepas kesemua anggota keluarga mereka menerima suntikan vaksin Covid-19. Di beberapa wilayah di negara itu, pihak berkuasa di situ juga menetapkan golongan yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan untuk berada di tempat-tempat awam seperti pasar raya, hospital dan kawasan tumpuan umum.

China negara yang tegas menyertai beberapa negara lain menggunakan pendekatan memujuk dan larangan khusus dalam menggalakkan rakyatnya mengambil vaksin.

Namun, kerajaan Perancis dan Greece menetapkan pengambilan vaksin sebagai arahan mandatori.
Sungguhpun beberapa wilayah di China berbeza pandangan tentang arahan itu, namun usaha memujuk rakyatnya mengambil vaksin diteruskan.

Tetapi bukan untuk tempoh yang panjang, sebaliknya mengikut had masa yang ditentukan sebelum satu pendekatan lebih tegas dilaksanakan untuk golongan itu.

Dalam usahanya mengejar sasaran imuniti kelompok, pihak berkuasa China mengadakan kerjasama dengan komuniti dan pemimpin masyarakat melakukan pendekatan kempen mengetuk pintu dari rumah ke rumah untuk memujuk rakyatnya supaya mengambil vaksin.

Namun, pendekatan ‘mesra’ itu tidak mengorbankan arahan tegas serta larangan yang dikuatkuasakan. Maka, dalam hal ini, China masih bertegas kepada antivaksin.

Kenapa vaksin Covid-19 penting? Banyak laporan kebaikan pengambilan vaksin. Walaupun tiada jaminan akan kebal daripada dijangkiti, namun kesan jangkitan tidaklah seteruk bagi yang belum mengambilnya.

Mungkin anggapan golongan antivaksin membaca kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai sesuatu yang kejam. Namun, di sebaliknya ramai juga bersetuju dengan apa jua syarat yang diperkenalkan demi menjaga keselamatan dan nyawa manusia.

Sehingga kelmarin, 27,993 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara ini. Keseluruhan yang dijangkiti virus ini pula 2.3 juta sejak ia mula menjadi pandemik.

Jumlah itu bukan sedikit, malah ramai yang menemui ajal. Apa lagi yang boleh dibuat untuk menyakinkan orang ramai agar mengambil vaksin coronavirus.

Barangkali dalam mencari penyelesaian yang lebih adil, Khairy dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan barisan pakar perubatan KKM boleh mengadakan dialog terbuka dengan golongan antivaksin.

Memang ada jurnal perubatan yang memperinci bagaimana tubuh manusia berurusan dengan penyakit, contohnya cacar air. Pada kali pertama pesakit itu dijangkiti, badan pesakit akan merangsang antibodi secara semula jadi, namun itupun jika dia berjaya melaluinya.

Namun, peratus kaedah semula jadi itu turut mengundang risiko, kata pakar perubatan yang mengaitkan kemampuan badan pesakit dan kesan yang dilaluinya.

Ini antara contoh persoalan yang boleh dijelaskan dalam dialog. Pokok pangkalnya usaha memujuk golongan antivaksin perlu berterusan dan pada masa yang sama mengekalkan ketegasan dalam banyak perkara.
Timbang-timbangkanlah.

Meor Harman Meor Shakri adalah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.