Apabila akhbar ini melaporkan tentang pencemaran sampah di Pulau Redang, Terengganu, semalam, sudah tentu ramai yang menggelengkan kepala.
Pulau Redang bukan sebarang pulau kerana ia dikatakan antara yang tercantik di dunia dan menjadi tumpuan pelancong asing.
Mereka datang kerana mahu melihat keindahannya, keunikan budaya masyarakat selain pasir pantai yang putih dan halus serta kejernihan air lautnya yang menampakkan batu-batu karang di dasar lautan.
Pelancong datang ke pulau itu kerana ciri-ciri sedia ada itu tidak ada di tempat mereka. Malangnya, semakin hari semakin terbiar destinasi pelancongan itu.
Pembuangan sampah, sistem sisa kumbahan yang tidak teratur dan pembuangan plastik ke dalam laut yang merosakkan karangan laut kini mengancam pulau itu.
Masalah tersebut bukan berlaku di Pulau Redang sahaja tetapi di kebanyakan destinasi-destinasi pelancongan di seluruh negara.
Dari satu segi kita membangunkan destinasi pelancongan, mempromosikannya ke seluruh dunia tetapi usaha untuk mengekalkan tarikannya seringkali terabai.
Itulah yang terjadi di Pulau Redang dan di kebanyakan tempat-tempat lain sama ada air terjun, sungai, kawasan pantai malah di kota-kota besar pun.
Satu ketika dahulu, banyak destinasi pelancongan yang menjadi sebutan dan kebanggaan kita kepada pelancong luar.
Walaupun destinasinya berbeza tetapi masalahnya tetap sama iaitu sampah tidak diurus dengan baik, sistem kumbahan yang tidak dinaik taraf dan isu kekotoran persekitaran kawasan berkenaan.
Kadangkala ada destinasi pelancongan yang sudah dibangunkan sejak 30 tahun atau 50 tahun dahulu tetapi keadaannya samalah seperti itu pada hari ini.
Kalau dahulu destinasi pelancongan itu menjadi sebutan dan ramai rakyat negara ini yang teruja untuk datang bercuti atau berkelah tetapi hari ini keadaannya agak mengecewakan.
Yang bertambah dan berubah hanyalah kedai-kedai makan yang sesetengahnya tidak dirancang pembangunannya dengan baik, kesesakan trafik yang teruk dan persekitaran kotor.
Itu belum lagi dengan keadaan tandas yang kotor dan langsung tidak mesra pelancong khususnya di kedai-kedai makan atau stesen minyak.
Malah kewujudan bangunan lama yang terbiar dan sudah tidak berpenghuni sejak beberapa tahun lalu mencacatkan lagi kawasan pelancongan itu.
Hotel-hotel lama yang ada dan masih beroprasi juga langsung tidak bermaya kerana dindingnya kusam seperti sudah tidak berpenghuni lagi. Yang indahnya hanya iklan-iklan di aplikasi pelancongan.
Masalah-masalah tersebut sebenarnya tidak sepatutnya wujud lagi pada hari ini ketika industri pelancongan dianggap antara penyumbang utama ekonomi negeri atau negara.
Kita sepatutnya sudah matang dengan industri pelancongan tetapi kelebihan itu tidak dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pembangunan yang sesuai dengan keadaan semasa.
Kalau itulah mentaliti yang ada pada kita, lupakan untuk bersaing dengan kawasan-kawasan pelancongan lain di rantau ini.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia
Banyak kawasan pelancongan seperti terbiar

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved