Syabas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mengheret bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ke muka pengadilan atas tuduhan meminta rasuah semalam. Sama ada terbukti bersalah atau sebaliknya, itu isu lain.
Yang penting jika ada dakwaan berlakunya salah laku, timbulnya keraguan dan laporan dibuat oleh mana-mana pihak, maka pihak berkenaan perlu menjalankan tanggungjawab membuka siasatan dan membuat pendakwaan.
Biarlah undang-undang mengambil tempatnya, daripada siasatan hinggalah perbicaraan dan hakim menjatuhkan keputusan. Berilah juga keadilan kepada tertuduh kerana selagi mahkamah tidak mendapati tertuduh bersalah, maka dia belum bersalah dan berpeluang membersihkan namanya.
Pastinya SPRM mempunyai asas untuk membuat pendakwaan. Meminjam kata-kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman, jangan buat pendakwaan jika tidak mempunyai 90 peratus peluang untuk menang.
Kes melibatkan Guan Eng memberi cabaran besar bagi SPRM kerana melibatkan tokoh utama DAP, kerajaan negeri Pulau Pinang dan dilihat seperti sengaja dikorek semula kes lama.
Guan Eng bukan tokoh pertama didakwa atas rasuah. Minggu lalu agensi itu berjaya mensabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kesalahan salah guna kuasa.
SPRM perlu istiqamah memerangi jenayah rasuah tanpa berpihak, memilih dan menyasar orang tertentu.
Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita rasuah terutama melibatkan pemimpin negara dan mereka yang memegang tampuk kuasa di agensi penguatkuasaan, jabatan kerajaan dan syarikat swasta. Rakyat merasakan rasuah berlaku di semua peringkat. Kini kepada SPRM rakyat meletakkan harapan untuk banteras habis-habisan jenayah rasuah dan membawa pelakunya ke mahkamah.
Pendakwaan terbaharu itu diharap dapat menyedarkan mereka yang memegang kuasa bahawa mereka bukan sahaja perlu bersih tetapi juga mesti dilihat bersih.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Banteras habis-habisan jenayah rasuah

Media Mulia TV