Cuaca panas yang melanda negara ketika ini amat meresahkan. Namun di Kedah dan Perlis ribut pula yang melanda sehingga menjejaskan peniaga bazar Ramadan dan banyak juga rumah mengalami kerosakan.
Di Melaka, cuacanya pun lebih kurang sama. Panas dan tiba-tiba hujan lebat.
Cuaca tidak menentu itu juga hampir sama dengan suasana politiknya. Bukan sahaja panas tetapi turut dilanda ribut. Isu Ketua Menteri yang sudah diperkatakan sejak penggal sebelum ini lagi dijangka berakhir hari ini.
Ini kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dijadual mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.
Walaupun sehingga petang semalam tiada pengesahan rasmi tentang pelantikan beliau, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri mengesahkan hanya nama Ab. Rauf dicadangkan untuk jawatan tersebut.
Beliau menggantikan Datuk Seri Sulaiman Md. Ali yang meletak jawatan atas alasan kesihatan.
Kemelut perebutan jawatan Ketua Menteri antara dua tokoh itu sudah menjadi rahsia yang diketahui semua orang walaupun cuba ditutup rapat, malah kedua-dua mereka juga beberapa kali menafikannya.
Keputusan menghantar Ab. Rauf ke Melaka dan bertanding kerusi DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021 adalah permulaan langkah politik beliau ke negeri itu sebelum dilantik sebagai exco kanan kerajaan negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.
Malah pelantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka ketika Sulaiman menjadi Ketua Menteri boleh dikatakan isyarat awal untuk beliau menerajui negeri itu.
Sudah menjadi kebiasaan Ketua Menteri datang daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
Jawatan Ketua Menteri Melaka sememangnya tidak pernah tidak kontroversi. Dari zaman Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sehinggalah Datuk Seri Idris Harun sebelum diganti oleh Sulaiman, kerusi Ketua Menteri sememangnya panas.
Selain berhadapan musuh tradisi, DAP, pemimpin UMNO di Melaka juga sering dihantui dengan kemelut dalaman. Malah Tun Mohd. Ali Rustam ketika menjadi Ketua Menteri juga tidak terkecuali.
Walaupun bekas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pernah menyifatkan Mohd. Ali sebagai pemimpin akar umbi yang disukai ramai, beliau pernah dicabar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil oleh Prof. Datuk Dr. Mohd. Ruddin Abd. Ghani.
Ab. Rauf mungkin bernasib baik kerana DAP kini sudah menjadi rakan politik UMNO. Sebagai Setiausaha Kerja UMNO di ibu pejabat parti, sudah pasti tahap permainan politik beliau juga berbeza dengan Sulaiman.
Menjadi ADUN dan exco kerajaan negeri bukan level untuk beliau. Ab. Rauf mahukan cabaran yang lebih besar. Sudah pasti rakyat juga akan memerhati prestasinya sepanjang menjadi Ketua Menteri Melaka.
Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Bahang politik Melaka berakhir?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved