Isu harga ayam dan kekurangan bekalan makanan menggambarkan risiko dihadapi negara. Beberapa keperluan asas makanan turun naik pengeluarannya.
Ia meletakkan Malaysia dalam risiko kerana kebergantungan kepada import. Keselamatan bekalan makanan menjadi lebih kritikal terutama tempoh tiga tahun sejak Covid-19 menjelma.
Beberapa negara bertindak mengehadkan eksport makanan. Harga barangan makanan melonjak berikutan rantaian pengeluaran yang terjejas disebabkan pandemik.
Jiran Malaysia, Indonesia baru-baru ini telah melarang eksport minyak kelapa sawit berikutan kebimbangan kekurangan bekalan di negara sendiri walaupun harga komoditi itu melonjak melebihi RM7,000.
Malaysia dalam bahaya berhubung “food security”. Pada 2020, Malaysia mengimport produk makanan bernilai RM55.5 bilion. Defisit import kepada eksport makanan naik paling pantas iaitu 24 peratus atau RM21.7 bilion. Itu sama dengan bayaran khas RM500 Aidilfitri kerajaan selama 21 kali.
Dalam tempoh 10 tahun, kos terkumpul import makanan negara adalah RM482.8 bilion atau tujuh kali ganda peruntukan pembangunan dalam bajet 2021. Malaysia kini terlalu bergantung kepada import walaupun negara ini subur dan jutaan ekar tanah tidak dimanfaatkan.
Kita mengimport daging kambing bernilai RM879.4 juta, mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) pada tahun 2020.
Lebih merungsingkan kelapa, mangga, kambing dan lembu boleh ditanam dan diternak di negara ini. Kelapa bukan anggur. Kita juga import kopi, bawang, kentang, sotong, susu segar, kobis bulat, cili, dan halia.
Malah Malaysia mengimport beras bernilai AS$620 juta pada 2020, pengimport kesembilan paling besar di dunia dalam kategori 10 negara terbesar iaitu Arab Saudi, China, Iraq, Perancis, dan Amerika Syarikat.
Mereka yang pernah ke Jepun dapat lihat setiap inci tanah dimanfaatkan terutama untuk tanaman padi.
Sebabnya, rakyat di negara itu merasakan beras negara lain tidak sedap. Beras import dikenakan levi tambahan bagi melindungi petani tempatan. Kita membenarkan import dan membunuh petani tempatan.
Kos import makanan Malaysia akan terus meningkat terutama dengan nilai ringgit yang semakin menurun. Malaysia ada tanah tetapi sebahagian besar terbiar atau tidak dimajukan secara berkesan. Di Korea Selatan, pisang ditanam ketika musim sejuk dan negara itu diliputi salji.
Di Malaysia, tiada usaha menggantikan petani yang semakin tua. Tiada subsidi atau geran diperuntukkan kepada golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian.
Di Eropah dan Amerika sektor pertanian diberikan subsidi besar bagi memastikan keselamatan makanan. Keluasan tanah pertanian di Malaysia mengecil dan tiada siapa tahu anggaran sebenar.
Semuanya digantikan dengan pembangunan. Pembahagian harta pusaka selepas kematian pemilik Islam menjadikan tanah luas mengecil dan tiada saiz ekonomi atau “economy of scale” bagi kegiatan komersial. Di negara maju, tanah pertanian digazet supaya saiznya kekal walaupun selepas kematian pemilik sebagai syarat menerima subsidi.
Sememangnya Malaysia diambang bahaya keselamatan bekalan makanan jika tiada usaha mengurangkan atau menghentikan import, mewujudkan petani generasi baru, mengekalkan saiz pertanian dan menggalakkan pengeluaran walaupun saiz tanah kecil menggunakan kaedah moden.
Kita seperti pedati yang menanti salah satu roda tercabut atau lembu yang menariknya mati.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Apabila makanan habis…
Isu harga ayam dan kekurangan bekalan makanan menggambarkan risiko dihadapi negara. Beberapa keperluan asas makanan turun naik pengeluarannya.
Ia meletakkan Malaysia dalam risiko kerana kebergantungan kepada import. Keselamatan bekalan makanan menjadi lebih kritikal terutama tempoh tiga tahun sejak Covid-19 menjelma.
Beberapa negara bertindak mengehadkan eksport makanan. Harga barangan makanan melonjak berikutan rantaian pengeluaran yang terjejas disebabkan pandemik.
Jiran Malaysia, Indonesia baru-baru ini telah melarang eksport minyak kelapa sawit berikutan kebimbangan kekurangan bekalan di negara sendiri walaupun harga komoditi itu melonjak melebihi RM7,000.
Malaysia dalam bahaya berhubung “food security”. Pada 2020, Malaysia mengimport produk makanan bernilai RM55.5 bilion. Defisit import kepada eksport makanan naik paling pantas iaitu 24 peratus atau RM21.7 bilion. Itu sama dengan bayaran khas RM500 Aidilfitri kerajaan selama 21 kali.
Dalam tempoh 10 tahun, kos terkumpul import makanan negara adalah RM482.8 bilion atau tujuh kali ganda peruntukan pembangunan dalam bajet 2021. Malaysia kini terlalu bergantung kepada import walaupun negara ini subur dan jutaan ekar tanah tidak dimanfaatkan.
Kita mengimport daging kambing bernilai RM879.4 juta, mangga (RM87.9 juta), kelapa (RM266.1 juta) dan daging lembu (RM2.2 bilion) pada tahun 2020.
Lebih merungsingkan kelapa, mangga, kambing dan lembu boleh ditanam dan diternak di negara ini. Kelapa bukan anggur. Kita juga import kopi, bawang, kentang, sotong, susu segar, kobis bulat, cili, dan halia.
Malah Malaysia mengimport beras bernilai AS$620 juta pada 2020, pengimport kesembilan paling besar di dunia dalam kategori 10 negara terbesar iaitu Arab Saudi, China, Iraq, Perancis, dan Amerika Syarikat.
Mereka yang pernah ke Jepun dapat lihat setiap inci tanah dimanfaatkan terutama untuk tanaman padi.
Sebabnya, rakyat di negara itu merasakan beras negara lain tidak sedap. Beras import dikenakan levi tambahan bagi melindungi petani tempatan. Kita membenarkan import dan membunuh petani tempatan.
Kos import makanan Malaysia akan terus meningkat terutama dengan nilai ringgit yang semakin menurun. Malaysia ada tanah tetapi sebahagian besar terbiar atau tidak dimajukan secara berkesan. Di Korea Selatan, pisang ditanam ketika musim sejuk dan negara itu diliputi salji.
Di Malaysia, tiada usaha menggantikan petani yang semakin tua. Tiada subsidi atau geran diperuntukkan kepada golongan muda berkecimpung dalam sektor pertanian.
Di Eropah dan Amerika sektor pertanian diberikan subsidi besar bagi memastikan keselamatan makanan. Keluasan tanah pertanian di Malaysia mengecil dan tiada siapa tahu anggaran sebenar.
Semuanya digantikan dengan pembangunan. Pembahagian harta pusaka selepas kematian pemilik Islam menjadikan tanah luas mengecil dan tiada saiz ekonomi atau “economy of scale” bagi kegiatan komersial. Di negara maju, tanah pertanian digazet supaya saiznya kekal walaupun selepas kematian pemilik sebagai syarat menerima subsidi.
Sememangnya Malaysia diambang bahaya keselamatan bekalan makanan jika tiada usaha mengurangkan atau menghentikan import, mewujudkan petani generasi baru, mengekalkan saiz pertanian dan menggalakkan pengeluaran walaupun saiz tanah kecil menggunakan kaedah moden.
Kita seperti pedati yang menanti salah satu roda tercabut atau lembu yang menariknya mati.
Mohamad Azlan Jaafar adalah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn Bhd
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved