PERHIMPUNAN Agung UMNO sudah pun berlalu. Namun, kehangatannya masih terasa. Orang politik dan para penganalisis masih bercakap dan menulis mengenainya. Begitu juga para netizen. Perhatian yang diberikan kali ini agak luar biasa.
Ini mungkin berikutan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seolah-olah memalu gendang perang. Beliau sekali lagi meminta mandat dikembalikan kepada rakyat sesegera mungkin, selain menegaskan, perlunya kerjasama parti-parti politik Melayu.
Ucapan itu menyebabkan ada yang rasa tersakiti. Maka keluarlah kata-kata seperti “baru menang dua negeri (PRN), dah minta bubar Parlimen”. Kata mereka lagi: “UMNO sudah lupakah, BN hanya menang 30 kerusi dalam PRU15 walaupun baru sahaja menang dua pertiga dalam PRN Johor dan Melaka sebelum itu”.
Namun, benarkah UMNO sudah diterima kembali oleh rakyat? Berdasarkan keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan, ada asas kepada andaian itu. Kita tunggu PRN Melaka pula tidak lama lagi. Kalau kemenangan hatrik, semakin benarlah andaian itu tetapi jangan pernah rasa selesa.
Mana-mana parti tidak boleh mengukur kekuatan parti hanya menerusi sorakan penyokong sendiri. Jumlah pengundi berdaftar ada lebih 22 juta orang sedangkan ahli UMNO hanya 3.25 juta orang sahaja. Lebih 58 peratus pengundi pula berumur 18 hingga 40 tahun dan golongan itu dikatakan paling terbuka dan paling mudah menukar pilihan mereka.
Masih banyak yang harus dilakukan. Sekali pun akan bekerjasama dengan Pas, momentum sokongan itu perlu diterjemah kepada prestasi kerja yang boleh dirasai oleh rakyat. Banyak isu yang perlu ditangani seperti kos sara hidup, perumahan, peluang ekonomi dan pendidikan apatah lagi UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan sedia ada.
UMNO perlu dilihat sebagai penyelesai kepada isu-isu tersebut. Agenda Malaysia Biru boleh dijadikan platform ke arah itu agar generasi baharu dapat melihat UMNO sebagai harapan masa depan, bukannya hanya sarat dengan memori kejayaan masa lalu. Jentera Penerangan UMNO dan BN harus ke depan menjawab setiap isu berbangkit.
Justeru, seperti yang disarankan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, UMNO dan BN tidak boleh lagi mengetengahkan calon ‘tangkap muat’ dalam mana-mana pilihan raya selepas ini terutama PRU16 nanti.
Dan kalau UMNO benar-benar memahami kehendak rakyat, calon yang berwibawa dan sedia bekerja adalah salah satu daripada kehendak itu. Politik khidmat bakti seperti yang dibuktikan berkesan dan berjaya oleh wakil rakyat UMNO di Johor dan Melaka harus menjadi panduan dalam pemilihan calon.
Bagaimanapun, sebagai sebahagian daripada kerajaan Persekutuan dan menjelang pembentangan Belanjawan 2027, parti itu juga perlu bersama-sama membantu kerajaan menyediakan belanjawan yang terbaik untuk rakyat. Selagi Parlimen belum dibubar, selagi itu ada amanah yang perlu dijaga.
Cuma, apabila lantang bersuara, maka bersedialah menerima serangan balas dari setiap sudut. Orang akan persoalkan macam-macam. Jaja macam-macam. Soal integriti, soal prestasi, lupa diri, tak kenang budi dan sebagainya. Langkah terbaik, kekal tenang.
Ismail Daud adalah Pengarang Utusan/Mingguan Malaysia – UTUSAN
Apabila lantang, bersedia untuk diserang

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved