AMAT mengejutkan apabila kesempatan festival tradisional San Fermin di Sepanyol yang dihadiri 25,000 orang digunakan sebagai solidariti terhadap kesengsaraan dialami rakyat Palestin.
Laungan bebas Palestin bergema dalam acara tersebut sekali gus menunjukkan sokongan penuh terhadap nasib bumi itu yang tiada kesudahan sehingga kini.
Ia merupakan antara salah contoh bahawa negara-negara Barat termasuk Sepanyol yang hanya mempunyai sekitar dua juta penduduk Islam atau lebih kurang empat peratus populasi rakyat dilihat lebih ke hadapan dalam isu Palestin.
Malah setiap masa, semakin banyak negara yang majoriti penduduk bukan Islam mengeluarkan kenyataan agar serangan terhadap bumi Gaza dihentikan segera dan tidak kurangnya yang menghentikan hubungan dagang dengan Israel.
Antaranya Norway, Ireland, Sepanyol dan Brazil yang paling lantang mengkritik penindasan dan kezaliman dilakukan oleh Israel terhadap Palestin termasuk Gaza.
Persoalannya di sini adalah di mana ketegasan negara Islam dalam soal ini termasuk 57 anggota Organisasi Kerjasama Islam (OIC)?
Meskipun solidariti Palestin sewajarnya tidak mengira agama, kaum, ideologi dan fahaman politik kerana mesej adalah sama iaitu genosid dan penjajahan perlu dihentikan segera, tetapi dalam perkara ini, umat Islam perlu lebih ke hadapan.
Apatah lagi di sana terletak Masjid Al-Aqsa merupakan kiblat yang pertama sejak agama Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad, di situ menjadi saksi peristiwa Israk dan Mikraj dan merupakan tempat suci umat Islam selain Masjid Al-Haram di Mekah dan Masjid Al-Nabawi di Madinah.
Tambahan pula, kebanyakkan dibunuh setiap hari adalah saudara satu akidah, namun malangnya umat Islam hanya mampu berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa berbanding suara lantang ditonjolkan negara lain yang majoriti penduduknya bukan Islam.
Kini sudah terbalik apabila pihak yang mungkin tidak mengetahui langsung nas al-Quran dan hadis mengenai tuntutan mempertahankan bumi Palestin lebih teguh dalam soal ini, sedangkan ia menjadi tanggungjawab penting umat Islam.
Bayangkan satu hari kelak, sekiranya Palestin bebas daripada cengkaman Israel adalah hasil kejayaan negara bukan Islam, bagaimana kita hendak jawab kepada generasi pada masa depan?
Sebaliknya umat Islam kini lebih sibuk kepada soal remeh dan tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat. Lebih menyedihkan, di lapangan ada pihak masih mempertikaikan penyertaan kumpulan bukan aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam mempertahankan bumi Palestin, hakikatnya mereka langsung tidak berbuat apa-apa.
Maka ia tepat sabda Nabi Muhammad yang Riwayat Imam Abu Daud dan Imam Ahmad di mana hadis menyebut begitu ramainya umat Islam umpama buih air banjir, tetapi Allah akan mencabut perasaan gerun oleh musuh dan mencampakkan penyakit wahan iaitu cinta dunia dan benci kematian.
Juani Munir Abu Bakar ialah Penolong Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN
Apabila dunia Barat lebih pertahan Gaza

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved