Apa yang baik untuk keselamatan pelajar patut disokong
Oleh Muhammad Nizam Abdul Hamid
16 September 2025, 7:30 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Langkah Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan cadangan supaya pondok polis dan anggota polis bantuan ditempatkan di sekolah bagi menangani permasalahan buli sepatutnya disambut baik oleh semua pihak.
Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, ia antara langkah yang boleh difikirkan ketika kementerian sedang melaksanakan reformasi keselamatan di sekolah selain proses audit keselamatan yang turut berlangsung di semua sekolah berasrama seluruh negara.
Segalanya bermula daripada kes kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di Sabah, Zara Qairina Mahathir baru-baru ini yang menjadi isu nasional selepas ia dikaitkan dengan buli dan dakwaan kononnya ada cubaan menutup kejadian sebenar.
Pelbagai pihak mengutuk kejadian yang menimpa pelajar itu dan mahu mereka yang terbabit dengan kejadian buli berkenaan diambil tindakan demi keadilan untuk Zara Qairina.
Kontroversi yang timbul membawa kepada prosiding inkues di mahkamah koroner dijalankan bagi mencari punca kematian pelajar tersebut dan ia masih berjalan dengan enam saksi telah dipanggil memberi keterangan setakat ini.
Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendedahkan kes buli semakin meningkat berdasar Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.
Ia merekodkan sebanyak 3,883 kes buli pada 2022 sebelum melonjak kepada 6,528 kes pada 2023 dan terus meningkat kepada 7,681 kes tahun ini dengan 70 peratus daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah.
Angka itu agak menakutkan kerana sekolah terutamanya yang berasrama sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan keselamatan mereka terjamin kerana segalanya dianggap terkawal.
Betul kes buli memang berlaku di kebanyakan institusi pendidikan tetapi jika sampai parah dan mati, sudah tentu ia tidak sepatutnya berlaku.
Dan jika benar kes kematian Zara Qairina contohnya berpunca daripada buli, ia amat dikesali dan menuntut langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak sekolah dan juga Kementerian Pendidikan.
Prosedur operasi standard dalam menangani buli sudah ada yang melibatkan warden, pentadbir sekolah dan juga pengawas aswama, cuma bagaimana ia dilaksanakan.
Memandangkan SOP sudah ada tetapi kes buli masih berlaku, maka sesuatu perlulah dilakukan untuk menanganinya. Sebab itulah timbulnya cadangan agar pondok polis dan polis bantuan ditempatkan di sekolah-sekolah bagi membanteras kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
Kalau cadangan itu atau apa sahaja yang baik untuk keselamatan anak-anak di sekolah, maka seharusnya ia disambut baik.
Bukan bermakna pihak pentadbiran sekolah atau pengawal keselamatan gagal dalam tugas mereka tetapi keadaan semasa dengan pelbagai kerenah pelajar pada masa ini, ia menuntut agar langkah keselamatan dipertingkat. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Apa yang baik untuk keselamatan pelajar patut disokong
Langkah Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan cadangan supaya pondok polis dan anggota polis bantuan ditempatkan di sekolah bagi menangani permasalahan buli sepatutnya disambut baik oleh semua pihak.
Menurut menterinya, Fadhlina Sidek, ia antara langkah yang boleh difikirkan ketika kementerian sedang melaksanakan reformasi keselamatan di sekolah selain proses audit keselamatan yang turut berlangsung di semua sekolah berasrama seluruh negara.
Segalanya bermula daripada kes kematian pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama di Sabah, Zara Qairina Mahathir baru-baru ini yang menjadi isu nasional selepas ia dikaitkan dengan buli dan dakwaan kononnya ada cubaan menutup kejadian sebenar.
Pelbagai pihak mengutuk kejadian yang menimpa pelajar itu dan mahu mereka yang terbabit dengan kejadian buli berkenaan diambil tindakan demi keadilan untuk Zara Qairina.
Kontroversi yang timbul membawa kepada prosiding inkues di mahkamah koroner dijalankan bagi mencari punca kematian pelajar tersebut dan ia masih berjalan dengan enam saksi telah dipanggil memberi keterangan setakat ini.
Sementara itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mendedahkan kes buli semakin meningkat berdasar Statistik Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) Kementerian Pendidikan bagi tahun 2022, 2023 dan 2024.
Ia merekodkan sebanyak 3,883 kes buli pada 2022 sebelum melonjak kepada 6,528 kes pada 2023 dan terus meningkat kepada 7,681 kes tahun ini dengan 70 peratus daripadanya melibatkan pelajar sekolah menengah.
Angka itu agak menakutkan kerana sekolah terutamanya yang berasrama sepatutnya menjadi tempat selamat untuk pelajar. Ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah dengan harapan keselamatan mereka terjamin kerana segalanya dianggap terkawal.
Betul kes buli memang berlaku di kebanyakan institusi pendidikan tetapi jika sampai parah dan mati, sudah tentu ia tidak sepatutnya berlaku.
Dan jika benar kes kematian Zara Qairina contohnya berpunca daripada buli, ia amat dikesali dan menuntut langkah-langkah keselamatan diambil oleh pihak sekolah dan juga Kementerian Pendidikan.
Prosedur operasi standard dalam menangani buli sudah ada yang melibatkan warden, pentadbir sekolah dan juga pengawas aswama, cuma bagaimana ia dilaksanakan.
Memandangkan SOP sudah ada tetapi kes buli masih berlaku, maka sesuatu perlulah dilakukan untuk menanganinya. Sebab itulah timbulnya cadangan agar pondok polis dan polis bantuan ditempatkan di sekolah-sekolah bagi membanteras kegiatan buli dalam kalangan pelajar.
Kalau cadangan itu atau apa sahaja yang baik untuk keselamatan anak-anak di sekolah, maka seharusnya ia disambut baik.
Bukan bermakna pihak pentadbiran sekolah atau pengawal keselamatan gagal dalam tugas mereka tetapi keadaan semasa dengan pelbagai kerenah pelajar pada masa ini, ia menuntut agar langkah keselamatan dipertingkat. – UTUSAN
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved