Apa sangat cuti di Thailand banding ke Eropah, AS - Utusan Malaysia

Apa sangat cuti di Thailand banding ke Eropah, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sejak cuti sekolah awal bulan sampai hari ini masih ramai yang terjebak dengan diskusi berhubung faktor rakyat memilih Thailand sebagai tempat percutian.

Fenomena itu sebenarnya agak luar biasa kerana sebaik cuti sekolah pada 2 – 11 September lalu, pintu-pintu sempadan Malaysia-Thailand sentiasa sesak. Cuma kali ini ia menjadi perdebatan kerana di tengah kekalutan ekonomi, rakyat Malaysia rupanya masih mampu melancong ke luar negara.

Kumpulan yang bercuti di luar negara itu dikaitkan dengan nilai ringgit yang semakin menyusut. Lebih mendukacitakan apabila aga juga dakwaan fenomena bercuti ke luar negara menyebabkan pusat-pusat peranginan di Malaysia terutamanya Pulau Langkawi sepi.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir memaklumkan, maklumat diperoleh menunjukkan kedatangan pelancong terutama warga tempatan menurun sehingga 48.9 peratus sepanjang cuti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini.

Susulan itu, pendapatan di pulau itu merosot sekitar RM5.7 juta berbanding pada tempoh sama tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, bukan sahaja Langkawi malah pulau-pulau lain seperti Pulau Tioman dan Tasik Kenyir juga dikhabarkan bukan lagi destinasi pilihan teratas pelancongan buat rakyat Malaysia.

Seperti Tasik Kenyir didakwa semakin tercemar dengan aktiviti menebang pokok. Sebilangan pengunjung di Air Terjun Sungai Lasir memaklumkan air di situ keruh menyebabkan ramai yang tidak berani turun melakukan aktiviti di air.

Begitu juga Tasik Chini di Pahang kini dilucutkan menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) oleh UNESCO kerana khazanah semula jadi di situ semakin mati dimusnahkan manusia.

Susulan itu, tanda tanya mengapa trend melancong ke Thailand menjadi-jadi manakala lokasi menarik domestik tidak dipandang sebenarnya banyak jawapan.

Di media sosial rata-rata berpendapat percutian domestik terlalu mahal terutama bagi mereka yang berkeluarga besar. Antaranya mereka membandingkan kos penginapan, pengangkutan dan aktiviti tertentu seperti di Pulau Langkawi didakwa sampai tahap mencekik darah.

Lebih tidak menggembirakan, pada musim cuti sekolah atau cuti umum, ketamakan peniaga menjadi-jadi sehingga ada yang mendakwa serik untuk mengulangi percutian dalam negara.

Sebaliknya pakej pelancongan di selatan Thailand menawarkan kadar `mesra’ sesuai dengan kumpulan pertengahan. Serata Thailand turut menjadi kegilaan kerana itu diibarat syurga makanan.

Sudahlah sedap, murah lagi. Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja bagaimana rangkaian 7E di Thailand berganda beza dengan apa yang ditemui di Malaysia. Sebut sahaja apa dihajati, 7E di Thailand menawarkan banyak juadah dan kudapan dengan `harga mampu beli bukan harga mampu telan air liur’.

Melihat trend tersebut, tidak mustahil jika Thailand terus menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menikmati percutian.

Selain itu, janganlah dengki berlebihan dengan kumpulan melancong ke Thailand kerana kesannya kepada Ringgit tidak sebesar mana jika dibandingkan dengan geng yang ulang-alik ke Eropah, Amerika Syarikat (AS) atau negara-negara Asia Barat.

 

Teon Eg ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya