SEMINGGU dua ini heboh mengenai pendakwaan ke atas Datuk Wan Saiful Wan Jan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa tokoh perniagaan dan orang dalam SPRM sendiri berkaitan penyelewengan wang negara bernilai ratusan juta.
Ramai yang patah hati kerana jenayah dilakukan itu berlaku ketika rakyat sedang sengsara akibat pengisytiharan darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP) akibat Covid-19 sehingga ramai terputus punca rezeki.
Namun dalam tempoh sama, didakwa ada pemimpin menangguk di air keruh dengan mengalihkan dana negara untuk kegunaan peribadi dan bukan untuk rakyat yang menunggu talian hayat.
Rasuah membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam skandal 1MDB diikuti isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkaitan projek solar di sekolah-sekolah pedalaman di Sabah mula membuatkan rakyat curiga dengan keikhlasan pemimpin negara.
Laporan-laporan pembabitan rasuah individu-individu yang diberi kuasa secara tidak langsung membibitkan persepsi bahawa rasuah ada di mana-mana dan menjadi amalan biasa.
Persepsi tersebut menggerunkan kerana akan diwarisi generasi berikutnya yang mengharungi ‘hari-hari rasuah’ dengan pelakunya tidak pun berasa malu.
Malah mereka terus teguh dengan menafikan terlibat menerusi seribu satu macam alasan antaranya mendakwa kes mereka sebagai siasatan bersifat politik, pendakwaan terpilih atau dendam.
Rakyat yang berterusan tertekan dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan terus kecewa.
Selain isu rasuah, pendebatan netizen kini terarah kepada lantikan politik dalam GLC. Baru sahaja reda berkaitan lantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri dan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai duta ke AS kini muncul pula perdebatan mengenai lantikan Pengerusi Mara dan Pengerusi Felcra.
Perkembangan terkini kerajaan Madani turut menarik perhatian pembangkang dan pemerhati politik. Ia bertitik tolak daripada prinsip Pakatan Harapan (PH) yang sebelum menerajui kerajaan berkeras mengkritik dasar lantikan politik dalam GLC.
Namun, beberapa bulan selepas memerintah lain yang berlaku apabila pemimpin-pemimpin PH tidak menentang malah menyokong lantikan Datuk Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi Mara manakala Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai Pengerusi Felcra.
Walaupun, beberapa pemimpin kerajaan mempertahankan lantikan tersebut kononnya tidak dibuat sewenang-wenangnya tetapi berdasarkan berkelayakan namun buktinya mana dan apa kelebihan tokoh-tokoh politik itu dalam institusi berkepentingan kerajaan berkenaan.
Selepas tidak ada apa lagi boleh dihalang, sama-samalah kita menunggu keistimewaan bakal ‘dihadiahkan’ orang-orang politik yang menduduki kerusi empuk GLC.
Contoh bilakah AS akan membuat pelaburan berganda di Malaysia, Bagaimana Asyraf boleh ‘menggembirakan’ pelajar bumiputera, manakala Nur Jazlan pula ditunggu-tunggu membawa durian runtuh kepada projek-projek orang kampung di bawah Felcra. – UTUSAN
Apa lagi akan ‘dihadiahkan’ kepada orang politik?

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved