Kalau mencari tempat mandi,
Pertama teluk, kedua pantai,
Kalau mencari pemimpin negeri,
Pertama elok, kedua pandai.
Baju Melayu berbutang lima,
Ada juga berbutang tiga,
Orang Melayu, pemimpin politik jangan lupa,
Hilang kuasa hilanglah semua.
– d’sury
Dua rangkap pantun ini banyak teladan, iktibarnya. Jika pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diuar-uarkan penutup kisah sedih kemelut politik Melayu yang cacamarba sejak Mei 2018, ayuh rakyat Malaysia kita selesaikan. Ya lah, asyik-asyik nak ugut tarik diri, kemudian tarik hand brake, negara makin lama makin berisiko boleh susut ekonominya sebab pelabur mana yang boleh tahan flip flop begini.
Jadi, PRU15 inilah masanya Malaysia mempraktikkan politik ilmu, bukannya ‘politik ampu’. Politik hikmah, bukannya politik fitnah. Dan politik bakti, bukan pula politik undi.
Jika muncul kelibat si kitol dan raja mendeliarnya, tidak kurang kelibat Hang Tuah dan Hang Jebat, dengan Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Kasturinya, gelanggang PRU inilah kelak perlunya orang Melayu memilih antara “yang hak dengan yang bathil, antara yang benar dengan yang mendustakan”.
Kelas menengah Melayu yang kini kian membesar, pentingkan kewibawaan pimpinan. Mereka tidak cenderung kepada retorik seronok sendiri.
Pemikiran sempit satu dua parti yang turut disertai orang Melayu dengan sering membenci parti teras serta menidakkan kaum sendiri mesti diadili oleh suara bangsa dan suara agama. Perjuangan melandaskan hidup enau dalam belukar perlu diketepikan.
Parti teras harus mendepani cabaran dari dalam. Perpaduan dalam parti perlu diperkukuhkan lagi. Harus ada kepimpinan yang terus bersatu dan naik melalui hierarki.
Letakkan ke tepi dahulu kepentingan peribadi untuk naik. Atau membuat ‘cah keting’. Apa gunanya menjadi pemimpin dalam parti teras, tetapi kalah dalam pilihan raya.
Orang Melayu dan Islam bergantung harap kepada parti teras. Kalau hendak menjadi pemimpin masa depan, ukurlah baju di badan sendiri. Jangan terlalu terikut cakap-cakap di kedai kopi. Serta kehendak pengikut yang mahu mengadu-domba sesama pemimpin.
Ingatlah! masa sesungguhnya tidak menunggu imbauan manusia. Anak-anak yang dulu ditimang, kini sudah besar panjang. Kulit di badan sudah mula kendur. Langkah yang panjang kini sudah gontai.
Selera nan tajam sudah mula menurun. Namun dunia politik terus berputar. Kehidupan terus menuntut untuk diisi. Bagi ahli politik veteran, sekian ramai rakan mereka yang kini hanya tinggal nama sahaja, lantaran berpulangnya mereka ke alam baqa. Satu persatu mereka pergi.
Sementara ada pula terlantar sakit atau berpenyakit yang sukar diubati.
Tetapi bersentimental ada batasannya. Di dunia ini ada lopak dan ruangnya untuk sesuatu. Ada masa untuk mengalirkan air mata. Ada masa untuk bergembira dan ada masa untuk berjuang.
Jika kita memilih untuk bertindak, ia sama bererti seseorang memilih untuk hidup (to be).
Sebaliknya, jika kita memilih untuk tidak bertindak, itu bermakna mati (not to be) – mati yang berkait dengan keberanian dan semangat untuk melawan keadaan yang ada.
Ayuh rakyat Malaysia. Nantikan tarikhnya PRU15, dan anda realisasikan intipati dua rangkap pantun mukadimah tadi.
Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia
Ambang PRU15: Nilaikan sekarang…

Media Mulia TV
Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved