Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dijadual dikuatkuasakan sepenuhnya mulai Jun ini. Akta itu adalah antara usaha kerajaan mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan produk tembakau dan pengganti tembakau seperti rokok elektronik dan vape.
Akta itu juga dijangka dapat menangani peningkatan rokok elektroknik dan vape dalam kalangan orang muda yang kini bukan sahaja menjadi satu ketagihan baharu tetapi juga semacam budaya dalam kalangan generasi tersebut.
Menurut Kaji Selidik Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia 2023, penggunaan rokok elektronik di Malaysia meningkat sebanyak 600 peratus dalam tempoh 12 tahun dengan peningkatan paling ketara dalam kalangan orang yang berusia kurang 50 tahun. Kajian itu juga mendapati pengguna rokok elektronik berumur 15 hingga 24 tahun menunjukkan peningkatan drastik dari 1.1 peratus pada tahun 2011 kepada 8.6 peratus pada tahun lalu.
Data yang diperoleh daripada 4,269 responden termasuk di luar bandar itu menunjukkan bahawa undang-undang yang lebih tegas dan menyeluruh berkaitan tabiat merokok perlu dikuatkuasakan dengan segera.
Walaupun Akta 852 itu tidak lagi ada peruntukan terhadap Generasi Penamat Rokok (GEG) yang sebelum ini disasarkan kepada individu yang dilahirkan selepas 2007 tetapi ramai yang berharap perkara itu bukan penamat kepada usaha melahirkan generasi tanpa rokok.
Peruntukan digugurkan atas saranan Jabatan Peguam Negara berikutan terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi, selain boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Ramai berharap Kementerian Kesihatan akan tampil dengan pendekatan baharu bagi menggantikan GEG untuk mengekang tabiat merokok yang kini melibatkan seramai 4.8 juta rakyat Malaysia atau kira-kira 40 peratus daripada lelaki dewasa negara ini.
Di United Kingdom, Perdana Menterinya, Rishi Sunak mencadangkan supaya had umur minimum mereka yang boleh membeli rokok dinaikkan setiap tahun sehingga akhirnya tiada siapa yang boleh membeli rokok. Tidak tahulah sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan di sini.
Namun, perkara yang perlu diberikan perhatian khusus apabila akta ini dikuatkuasakan ialah peraturan berkaitan rokok elektronik dan vape yang kini terlalu longgar sehingga seolah-olah tiada sekatan terhadap penghasilan, pengimportan dan penjualan vape.
Kedai jual vape dibuka di merata tempat, kini dijual di kedai serbaneka 24 jam, ada produk dan model baharu saban bulan dan macam-macam lagi. Tidak pernah ada sekatan. Kawal selia lebih ketat perlu dikuatkuasakan segera supaya Malaysia tidak menjadi pusat lambakan produk pengganti tembakau yang tidak berkualiti dan tidak ketahui bahan yang digunakan terutama produk vape pakai buang.
Namun, di sebalik akta yang dikatakan lebih menyeluruh itu, penguatkuasaan terhadap penyeludupan rokok juga perlu dipertingkatkan kerana inilah antara punca tabiat merokok masih sukar dibendung walaupun cukai rokok dinaikkan.
Nielsen Inc. dalam laporan Kajian Rokok Haram (ICS) di Malaysia mendapati, kadar rokok haram di peringkat kebangsaan pada Mei 2023 adalah 55.3 peratus, salah satu yang tertinggi di dunia. Ada sumber industri pula memberitahu, ada pengilang di luar negara yang menghasilkan rokok semata-mata untuk diseludup ke Malaysia.
Akta 852 adalah bukti kerajaan serius dalam menangani isu rokok. Tetapi ada sahabat berkata, jangan hanya lihat rokok sebagai isu, masalah obesiti dan penyakit akibat gula juga perlu ditangani kerana ia juga menelan peruntukan berbilion ringgit untuk rawatan.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Akta 852 perlu selesaikan isu vape
Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) dijadual dikuatkuasakan sepenuhnya mulai Jun ini. Akta itu adalah antara usaha kerajaan mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan produk tembakau dan pengganti tembakau seperti rokok elektronik dan vape.
Akta itu juga dijangka dapat menangani peningkatan rokok elektroknik dan vape dalam kalangan orang muda yang kini bukan sahaja menjadi satu ketagihan baharu tetapi juga semacam budaya dalam kalangan generasi tersebut.
Menurut Kaji Selidik Tembakau Dewasa Global (GATS) Malaysia 2023, penggunaan rokok elektronik di Malaysia meningkat sebanyak 600 peratus dalam tempoh 12 tahun dengan peningkatan paling ketara dalam kalangan orang yang berusia kurang 50 tahun. Kajian itu juga mendapati pengguna rokok elektronik berumur 15 hingga 24 tahun menunjukkan peningkatan drastik dari 1.1 peratus pada tahun 2011 kepada 8.6 peratus pada tahun lalu.
Data yang diperoleh daripada 4,269 responden termasuk di luar bandar itu menunjukkan bahawa undang-undang yang lebih tegas dan menyeluruh berkaitan tabiat merokok perlu dikuatkuasakan dengan segera.
Walaupun Akta 852 itu tidak lagi ada peruntukan terhadap Generasi Penamat Rokok (GEG) yang sebelum ini disasarkan kepada individu yang dilahirkan selepas 2007 tetapi ramai yang berharap perkara itu bukan penamat kepada usaha melahirkan generasi tanpa rokok.
Peruntukan digugurkan atas saranan Jabatan Peguam Negara berikutan terdapat isu ketidaksamarataan dan diskriminasi, selain boleh dicabar di mahkamah kerana bercanggah dengan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Ramai berharap Kementerian Kesihatan akan tampil dengan pendekatan baharu bagi menggantikan GEG untuk mengekang tabiat merokok yang kini melibatkan seramai 4.8 juta rakyat Malaysia atau kira-kira 40 peratus daripada lelaki dewasa negara ini.
Di United Kingdom, Perdana Menterinya, Rishi Sunak mencadangkan supaya had umur minimum mereka yang boleh membeli rokok dinaikkan setiap tahun sehingga akhirnya tiada siapa yang boleh membeli rokok. Tidak tahulah sama ada cadangan itu boleh dilaksanakan di sini.
Namun, perkara yang perlu diberikan perhatian khusus apabila akta ini dikuatkuasakan ialah peraturan berkaitan rokok elektronik dan vape yang kini terlalu longgar sehingga seolah-olah tiada sekatan terhadap penghasilan, pengimportan dan penjualan vape.
Kedai jual vape dibuka di merata tempat, kini dijual di kedai serbaneka 24 jam, ada produk dan model baharu saban bulan dan macam-macam lagi. Tidak pernah ada sekatan. Kawal selia lebih ketat perlu dikuatkuasakan segera supaya Malaysia tidak menjadi pusat lambakan produk pengganti tembakau yang tidak berkualiti dan tidak ketahui bahan yang digunakan terutama produk vape pakai buang.
Namun, di sebalik akta yang dikatakan lebih menyeluruh itu, penguatkuasaan terhadap penyeludupan rokok juga perlu dipertingkatkan kerana inilah antara punca tabiat merokok masih sukar dibendung walaupun cukai rokok dinaikkan.
Nielsen Inc. dalam laporan Kajian Rokok Haram (ICS) di Malaysia mendapati, kadar rokok haram di peringkat kebangsaan pada Mei 2023 adalah 55.3 peratus, salah satu yang tertinggi di dunia. Ada sumber industri pula memberitahu, ada pengilang di luar negara yang menghasilkan rokok semata-mata untuk diseludup ke Malaysia.
Akta 852 adalah bukti kerajaan serius dalam menangani isu rokok. Tetapi ada sahabat berkata, jangan hanya lihat rokok sebagai isu, masalah obesiti dan penyakit akibat gula juga perlu ditangani kerana ia juga menelan peruntukan berbilion ringgit untuk rawatan.
Ismail Daud adalah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved