Ahli politik bak tinggal dalam rumah kaca - Utusan Malaysia

Ahli politik bak tinggal dalam rumah kaca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBAGAI bos, pasti Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal ‘berapi’ dengan Datuk Mohamaddin Ketapi.

Sebab itu Mohd. Shafie tak pertahankan ahli parlimen Lahad Datu berkenaan isu yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan memperlekehkan pasukan keselamatan yang katanya “bukan berlawan dengan musuh sebenar, sebaliknya berlawan dengan ayam dan anjing” di Lahad Datu dan Semporna yang diceroboh pengganas Sulu tujuh tahun lalu.

Benar, kesilapan yang dilakukan dalam politik amat besar risikonya. Seseorang yang memegang jawatan tinggi perlu cermat dan hati-hati dalam serba-serbi tindakan. Termasuklah kenyataan kepada media atau pandangan masyarakat seluruhnya kepada perwatakan dan dirinya. Ada belaka padahnya yang buruk.

Ada juga kata-kata bijaksana yang merumuskan bahawa hidup berpolitik semacam tinggal di dalam rumah kaca. Harus sentiasa berjaga-jaga apa yang harus dibuat atau yang harus tidak dibuat kerana nanti orang akan nampak. Atau orang akan mudah bertindak balas.

Lalu dikatakan penghuni rumah kaca jangan buang batu, nanti apabila orang membaling batu, rumah itu akan pecah dan musnah.

Malangnya, tidak semua ahli politik yang berkebolehan bersikap positif dan hati-hati sentiasa.

Politik, apa lagi dalam kempen pilihan raya negeri Sabah berbaki tiga hari lagi ini yang getir untuk meraih mandat rakyat – adalah mengenai persepsi dalam seni meraih pengaruh dan kuasa untuk mentadbir.

Setelah anda menjadi type-cast, persepsi itu terus berkembang dan amat susah untuk dihapuskan.

Beberapa pemimpin kita dalam politik mengalami slings and arrows of outrageous fortune, mungkin seperti dikatakan oleh Hamlet yang jelas dan tepat,” To be or not to be? – that is the question – itu persoalannya”.

Apabila ditimpa musibah politik, akibatnya amat teruk seolah-olah membenarkan pepatah – apabila hujan, ia mencurah. Kritikan secara tidak langsung dalam mesej aplikasi WhatsApp atau Facebook terhadap pemimpin tertinggi boleh membawa nahas.

Mendiang Bob Hope, seorang penghibur Hollywood pernah bergurau berkenaan ahli-ahli politik yang masih mempolitikkan hal-hal tertentu dan memberi ucapan antara syurga dan neraka.

Beliau menyindir bahawa ada beberapa ahli politik telah memberi ucapan-ucapan yang baik dan meyakinkan, ‘hinggakan perjalanan mereka ke neraka ditunda di antara syurga dan neraka”.

Ini hanyalah suatu gurauan. Namun ia menjelaskan kehadiran politik dalam kehidupan semua orang – tidak kira sama ada beliau seorang ahli politik atau tidak.

Zulkifli Jalil ialah Timbalan Pengarang Utusan Malaysia

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya