MINGGU lalu negara gempar dengan penahanan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tabung Haji (TH) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau direman seminggu bagi membantu siasatan susulan pendedahan Laporan Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020.
Suruhanjaya itu ditubuhkan bagi meneliti dakwaan salah urus, kedudukan kewangan, tadbir urus, pelaburan dan pematuhan terhadap undang-undang.
Laporan tersebut turut menyatakan tentang kelemahan struktur pentadbiran, amalan pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan yang didakwa menjejaskan kedudukan kewangan TH.
Sebelum CEO tersebut ditahan, SPRM juga telah menahan seorang pegawai kanan agensi pengurusan haji tersebut dan beberapa pengarah syarikat berkaitan yang terlibat dalam urus niaga dengan TH.
Operasi berkaitan masih berjalan dan mungkin ada lagi yang akan ditahan untuk siasatan. Walaupun bekas CEO itu ditahan untuk membantu siasatan kes penyelewengan dana TH, persepsi masyarakat amnya adalah berlainan, sekali gus memberi imej negatif terhadap agensi itu.
Bagi orang ramai, pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti dilihat bersih.
Penahanan bekas CEO tersebut bukan kali pertama dilakukan oleh SPRM dalam siasatan kes rasuah dan penyelewengan kerana ramai peneraju syarikat, pertubuhan dan agensi kerajaan juga telah ditahan sebelum ini dan melalui pengalaman sama.
Sebahagiannya telah didakwa dan kes masih berjalan.
Mereka bukan sahaja menerima rasuah dan menyeleweng dana awam tetapi juga menipu apabila membuat tuntutan kewangan palsu.
Mereka bukan lagi memberi projek-projek kecil seperti membekal makanan atau memasang khemah untuk sesuatu majlis kepada ahli keluarga, tetapi kini melibatkan pelaburan besar projek kerajaan yang mencecah sehingga bilion ringgit.
Setiap urus niaga ada imbuhan yang diterima. Mereka semakin tamak, tidak mempunyai integriti dan tidak peduli dengan kerugian yang dialami oleh kerajaan.
Perkembangan itu mencetuskan persoalan tentang isu integriti para peneraju agensi dan syarikat. Kenapa ia berlaku dan siapa yang boleh mengawal mereka?
Jika agensi atau syarikat sering mengadakan kursus integriti untuk kakitangan sokongan agar mereka bekerja dengan ikhlas dan tidak mengambil rasuah, tetapi bagaimana pula dengan peneraju syarikat?
Bagi agensi kerajaan termasuk syarikat milik kerajaan (GLC), ada Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) ditempatkan di organisasi berkenaan yang akan memastikan setiap inisiatif dilaksanakan dengan berintegriti, dipantau secara sistematik dan memberi nilai kepada rakyat, sekali gus memperkukuh kepercayaan terhadap sistem pentadbiran negara.
CeIO berperanan sebagai penggerak utama yang menutup jurang kemungkinan berlaku rasuah dalam sebarang keputusan dan pelaksanaan yang dibuat organisasi terbabit.
Namun, semua usaha itu akan menjadi sia-sia dan boleh menyebabkan rasuah berlaku di semua peringkat sekiranya peneraju agensi awam, GLC dan syarikat turut terbabit dengan amalan korupsi.
Muhammad Nizam Abdul Hamid ialah Pemangku Timbalan Pengarang Utusan Malaysia. – UTUSAN
Ada lagikah CEO akan ditahan SPRM?

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved