Setiap hari, dalam akhbar akan disiarkan pelbagai kisah masyarakat dari segenap pelosok tanahair yang bersemangat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan minggu depan.
Ada kisah Alam Saidi Abdullah, seorang pemandu lori di Pasir Puteh yang sanggup berhabis sehingga RM11,000 untuk mengubah suai dan menghias motosikalnya untuk tujuan itu dan ada juga cerita seorang pengutip barangan terpakai, Suhaimi Bulat di Melaka yang menggunakan keseluruhan pendapatan hariannya sebanyak RM20 untuk membeli Jalur Gemilang.
Membaca kisah mereka yang bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan itu membuktikan masih ramai rakyat Malaysia yang menghargai hari kemerdekaan negara tetapi dalam masa yang sama, masih terlalu ramai juga yang buat tak tahu terhadap hari penting itu.
Bagi sebahagian daripada kita, hari berkenaan lebih ditunggu-tunggu kerana cuti umum. Tahun ini kita kurang ‘bernasib baik’ kerana 31 Ogos jatuh pada hari Rabu. Tetapi ramai yang sudah mohon cuti tahun dua hari, sudah dapat lima hari cuti. Boleh pergi bercuti, apatah lagi gaji sudah masuk.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, walaupun hanya seminggu sahaja lagi, kehangatan untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-65 masih tidak terasa. Puncanya, sejak beberapa tahun lalu, kita tenggelam dalam kekalutan isu-isu politik. Mungkin rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap ahli politik menjurus kepada sikap dingin ini.
Lebih malang, masih banyak premis kerajaan terutama di luar Putrajaya yang sepatutnya menjadi pencetus kepada semaraknya hari kemerdekaan lesu tanpa Jalur Gemilang. Hanya ada satu dua di beberapa sudut. Tak mungkin masih menunggu bajet untuk beli bendera. Kalau bangunan kerajaan pun kurang, jangan harap bangunan swasta.
Lagu-lagu patriotik juga tidak banyak kedengaran di radio atau televisyen. Seperti hari kebangsaan tahun ini masih jauh berbulan-bulan lagi.
Selain faktor politik, harapnya ekonomi yang perlahan dan kenaikan harga barang keperluan ketika ini tidak dijadikan alasan untuk tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Lebih malang jika ada yang beri alasan, sambut atau tidak sambut, Malaysia tetap begitu. Tidak kibar bendera, tidak bermakna tidak sayangkan negara.
Semangat patriotisme sudah semakin hilang dari jiwa generasi muda negara. Apabila generasi pewaris ini sudah tidak melihat sambutan kemerdekaan sebagai penting, jangan harap mereka berbangga mengibarkan Jalur Gemilang.
Tinggal seminggu sahaja lagi. Walaupun apapun, Malaysia adalah negara kita. Kalau kita tidak berbangga, siapa lagi? Bak kata Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, lakukan demi tanah air dan bukan pun untuk ahli politik, sekalipun kerajaan.
Kibaran Jalur Gemilang adalah tanda dan paparan rasa kasih terhadap tanah tumpah darah kita. Malaysia akan kekal sebagai tanah air kita selamanya. Marilah kita zahirkan rasa kasih kita kepada
Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan ikhlas tanpa dipaksa. – UTUSAN
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
31 Ogos cuma satu cuti umum?
Setiap hari, dalam akhbar akan disiarkan pelbagai kisah masyarakat dari segenap pelosok tanahair yang bersemangat memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan minggu depan.
Ada kisah Alam Saidi Abdullah, seorang pemandu lori di Pasir Puteh yang sanggup berhabis sehingga RM11,000 untuk mengubah suai dan menghias motosikalnya untuk tujuan itu dan ada juga cerita seorang pengutip barangan terpakai, Suhaimi Bulat di Melaka yang menggunakan keseluruhan pendapatan hariannya sebanyak RM20 untuk membeli Jalur Gemilang.
Membaca kisah mereka yang bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan itu membuktikan masih ramai rakyat Malaysia yang menghargai hari kemerdekaan negara tetapi dalam masa yang sama, masih terlalu ramai juga yang buat tak tahu terhadap hari penting itu.
Bagi sebahagian daripada kita, hari berkenaan lebih ditunggu-tunggu kerana cuti umum. Tahun ini kita kurang ‘bernasib baik’ kerana 31 Ogos jatuh pada hari Rabu. Tetapi ramai yang sudah mohon cuti tahun dua hari, sudah dapat lima hari cuti. Boleh pergi bercuti, apatah lagi gaji sudah masuk.
Tidak keterlaluan kalau dikatakan, walaupun hanya seminggu sahaja lagi, kehangatan untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-65 masih tidak terasa. Puncanya, sejak beberapa tahun lalu, kita tenggelam dalam kekalutan isu-isu politik. Mungkin rasa tidak puas hati dan bantahan terhadap ahli politik menjurus kepada sikap dingin ini.
Lebih malang, masih banyak premis kerajaan terutama di luar Putrajaya yang sepatutnya menjadi pencetus kepada semaraknya hari kemerdekaan lesu tanpa Jalur Gemilang. Hanya ada satu dua di beberapa sudut. Tak mungkin masih menunggu bajet untuk beli bendera. Kalau bangunan kerajaan pun kurang, jangan harap bangunan swasta.
Lagu-lagu patriotik juga tidak banyak kedengaran di radio atau televisyen. Seperti hari kebangsaan tahun ini masih jauh berbulan-bulan lagi.
Selain faktor politik, harapnya ekonomi yang perlahan dan kenaikan harga barang keperluan ketika ini tidak dijadikan alasan untuk tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Lebih malang jika ada yang beri alasan, sambut atau tidak sambut, Malaysia tetap begitu. Tidak kibar bendera, tidak bermakna tidak sayangkan negara.
Semangat patriotisme sudah semakin hilang dari jiwa generasi muda negara. Apabila generasi pewaris ini sudah tidak melihat sambutan kemerdekaan sebagai penting, jangan harap mereka berbangga mengibarkan Jalur Gemilang.
Tinggal seminggu sahaja lagi. Walaupun apapun, Malaysia adalah negara kita. Kalau kita tidak berbangga, siapa lagi? Bak kata Profesor Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, lakukan demi tanah air dan bukan pun untuk ahli politik, sekalipun kerajaan.
Kibaran Jalur Gemilang adalah tanda dan paparan rasa kasih terhadap tanah tumpah darah kita. Malaysia akan kekal sebagai tanah air kita selamanya. Marilah kita zahirkan rasa kasih kita kepada
Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang dengan ikhlas tanpa dipaksa. – UTUSAN
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved