Pada Jun lalu, berikutan angka jangkitan Covid-19 yang sudah agak menurun di Malaysia, kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk syarat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
Mereka hanya diwajibkan menjalani swab test di lapangan terbang dan kuarantin di rumah selama 14 hari jika negatif. Yang positif sahaja akan dirawat di hospital. Mereka akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera.
Namun, lebih kurang sebulan kemudian, kerajaan mengubah keputusan itu dengan mewajibkan pula kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sebabnya, terdapat segelintir individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah setibanya dari luar negara.
Dalam tempoh sebulan itulah, Kluster Sivagangga bermula diikuti dengan enam kluster lain di Kedah, sebelum merebak hingga ke Perlis dan Pulau Pinang.
Pengalaman itu sepatutnya mengajar kita untuk bertindak dengan pantas dan tegas apabila berdepan dengan peningkatan jangkitan Covid-19 tetapi ia seperti tidak berlaku.
Apabila kes penularan Covid-19 di Sabah meningkat, kita lambat mengunjurkan apa yang boleh berlaku, apatah lagi di ketika pergerakan manusia keluar masuk Sabah sangat tinggi ekoran Pilihan Raya Negeri.
Kerajaan seolah-olah lupa kita pernah berdepan situasi serupa. Hanya perintah kuarantin kendiri dilaksanakan bagi mereka yang balik dari negeri itu. Akibatnya, angka penularan Covid-19 di
Semenanjung naik mendadak dan hari ini kes positif Covid-19 sudah merebak ke semua negeri.
Puncanya sama seperti bulan Jun dan Julai lalu. Individu pulang dari kawasan berisiko tinggi (kali ini dari Sabah) tetapi tidak wajib kuarantin di pusat kuarantin, hanya kuarantin di rumah.
Kononnya kuarantin tetapi ramai yang melanggar SOPnya.
Ternyata, kesilapan sama diulangi. Kita seperti tidak belajar dari pengalaman? Kini, hampir setiap negeri ada kluster baharu. Angka positif harian sejak dua tiga hari ini hampir sama dengan angka semasa penularan pada Mac lalu. Semalam sahaja, 260 kes positif direkodkan.
Walaupun sekatan pergerakan antara daerah di Sabah sudah dikuatkuasakan tetapi tindakan lebih drastik masih perlu diambil iaitu sekat terus pergerakan keluar dan masuk ke Sabah.
Malaysia tidak mampu lagi untuk melaksanakan semula PKP. Kesannya kepada ekonomi terlalu besar tetapi jika angka positif ini terus meningkat, kerajaan mungkin tidak ada pilihan.
Justeru, kerajaan perlu tegas dan rakyat perlu mendisiplinkan diri. Kita tidak boleh ambil mudah.
Pandemik ini menunggu sahaja mangsa, andai kita leka.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Kegagalan kuarantin kendiri
Pada Jun lalu, berikutan angka jangkitan Covid-19 yang sudah agak menurun di Malaysia, kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) termasuk syarat kuarantin bagi rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.
Mereka hanya diwajibkan menjalani swab test di lapangan terbang dan kuarantin di rumah selama 14 hari jika negatif. Yang positif sahaja akan dirawat di hospital. Mereka akan dipantau menerusi aplikasi MySejahtera.
Namun, lebih kurang sebulan kemudian, kerajaan mengubah keputusan itu dengan mewajibkan pula kuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan.
Sebabnya, terdapat segelintir individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan kuarantin wajib di rumah setibanya dari luar negara.
Dalam tempoh sebulan itulah, Kluster Sivagangga bermula diikuti dengan enam kluster lain di Kedah, sebelum merebak hingga ke Perlis dan Pulau Pinang.
Pengalaman itu sepatutnya mengajar kita untuk bertindak dengan pantas dan tegas apabila berdepan dengan peningkatan jangkitan Covid-19 tetapi ia seperti tidak berlaku.
Apabila kes penularan Covid-19 di Sabah meningkat, kita lambat mengunjurkan apa yang boleh berlaku, apatah lagi di ketika pergerakan manusia keluar masuk Sabah sangat tinggi ekoran Pilihan Raya Negeri.
Kerajaan seolah-olah lupa kita pernah berdepan situasi serupa. Hanya perintah kuarantin kendiri dilaksanakan bagi mereka yang balik dari negeri itu. Akibatnya, angka penularan Covid-19 di
Semenanjung naik mendadak dan hari ini kes positif Covid-19 sudah merebak ke semua negeri.
Puncanya sama seperti bulan Jun dan Julai lalu. Individu pulang dari kawasan berisiko tinggi (kali ini dari Sabah) tetapi tidak wajib kuarantin di pusat kuarantin, hanya kuarantin di rumah.
Kononnya kuarantin tetapi ramai yang melanggar SOPnya.
Ternyata, kesilapan sama diulangi. Kita seperti tidak belajar dari pengalaman? Kini, hampir setiap negeri ada kluster baharu. Angka positif harian sejak dua tiga hari ini hampir sama dengan angka semasa penularan pada Mac lalu. Semalam sahaja, 260 kes positif direkodkan.
Walaupun sekatan pergerakan antara daerah di Sabah sudah dikuatkuasakan tetapi tindakan lebih drastik masih perlu diambil iaitu sekat terus pergerakan keluar dan masuk ke Sabah.
Malaysia tidak mampu lagi untuk melaksanakan semula PKP. Kesannya kepada ekonomi terlalu besar tetapi jika angka positif ini terus meningkat, kerajaan mungkin tidak ada pilihan.
Justeru, kerajaan perlu tegas dan rakyat perlu mendisiplinkan diri. Kita tidak boleh ambil mudah.
Pandemik ini menunggu sahaja mangsa, andai kita leka.
Ismail Daud ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved