100 meter, 100 km/j dan 100 hari-ia semua mengenai pencapaian
Oleh Mohamad Azlan Jaafar
30 Ogos 2021, 8:34 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
ACARA lari 100 meter adalah kemuncak Sukan Olimpik atau mana-mana kejohanan balapan dunia. Usain Bolt memegang rekod dunia acara 100 meter dengan kepantasan 9.58 saat di Kejohanan Dunia pada 2009. Dia juga memegang rekod Olimpik dengan kepantasan menamatkan jarak 100 meter dalam 9.63 saat di London 2012. Bolt menjadi manusia terpantas di dunia.
Dalam permotoran, kelajuan kereta menjadi pengukur. Kepada pengeluar, mahkotanya menghasilkan kereta terpantas dan mencapai 100km/j dalam tempoh paling singkat. Kereta Formula 1 pada 2016 secara teori dengan 1,400hp mampu mencapai 100km/j dalam satu saat. Hari ini kereta F1 mampu mencapai kelajuan sama dalam 2.6 saat. Kereta biasa menghantar anak ke sekolah mengambil 10 saat. Kegilaan kelajuan memerlukan 5,000 komponen dalam kereta F1 beroperasi pada paras terbaik.
Hari ini, Kabinet baharu (walaupun hampir sama seperti sebelum ini) akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerajui Kabinet yang beroperasi secara rasmi sehari sebelum Hari Kebangsaaan ke-64.
Ketika mengumumkan barisan Kabinet, Ismail Sabri menggariskan 100 hari kepada panglima-panglimanya membuktikan kebolehan masing-masing. Ramai menganggap 100 hari terlalu singkat. Ada mengatakan dengan pengalaman terkumpul lebih 1,700 tahun dalam pentadbiran secara kelompok, kenapa perlu 100 hari?
Kepada pemimpin atau presiden, 100 hari pertama sangat kritikal. Ia report card atau peperiksaan SPM yang menentukan sama ada seseorang ke luar negara, masuk universiti atau tercicir.
Ismail Sabri berdepan cabaran. Mana pemimpin di dunia tidak berdepan cabaran. Ia bukan bercuti di Maldives walaupun imbuhannya termasuk elaun mungkin 55 kali ganda doktor kontrak baru bertugas. Masa depan 32.7 juta rakyat terletak di bahu PM. Ia bukan mudah tetapi ia mampu dilakukan.
Tugas utama PM ialah mendapatkan yang terbaik daripada setiap menteri. PM baharu telah memulakan Keluarga Malaysia dan mantra seterusnya mesti mengenai “call to action” seperti Malaysia Boleh.
Pentadbiran baharu harus membuatkan rakyat kembali girang dan mengembalikan “harapan” di hati ketika kemelut ini. Lebih penting, rakyat mahukan kenyataan asli dan penuh keikhlasan.
Jangan pada sebelah pagi berbangga jutaan divaksin dan pada sebelah petang, 393 kematian. Naratif ikhlas diperlukan rakyat. Jangan dijual berita mewujudkan jutaan peluang pekerjaan hanya laporan seterusnya hampir 800,000 menganggur. Dakapi kritikan dengan penyelesaian kerana ia akan membawa perubahan.
Adakah semua anggota kabinet akan berjaya dalam 100 sehari? Adalah magik untuk mengharapkan semua mencapai tahap tertinggi. Duduk sama rendah, tetapi berdiri tidak sama tinggi.
Tidak semua orang mampu berlari 100 meter di bawah 10 saat atau semua kereta mencapai 100km/j dalam tiga saat. Bukan semua seperti Elon Musk, Steve Jobs, Henry Ford atau Alexander Graham Bell.
Kepada penulis, selain berita jemaah Kabinet, berita lebih besar ialah Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United. Selamat pulang ke tempat sepatutnya “The King”. 100 hari berikutnya pasti sangat menarik sama ada pentadbiran kerajaan mahupun liga EPL.
Mohamad Azlan Jaafar ialah Pengarang Kumpulan Media Mulia Sdn. Bhd.
Laman web ini akan menyimpan dan menggunakan data cookies anda bagi meningkatkan pengalaman sepanjang berada di laman web kami. SETUJU
Privacy & Cookies Policy
Privacy Overview
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.
Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
100 meter, 100 km/j dan 100 hari-ia semua mengenai pencapaian
ACARA lari 100 meter adalah kemuncak Sukan Olimpik atau mana-mana kejohanan balapan dunia. Usain Bolt memegang rekod dunia acara 100 meter dengan kepantasan 9.58 saat di Kejohanan Dunia pada 2009. Dia juga memegang rekod Olimpik dengan kepantasan menamatkan jarak 100 meter dalam 9.63 saat di London 2012. Bolt menjadi manusia terpantas di dunia.
Dalam permotoran, kelajuan kereta menjadi pengukur. Kepada pengeluar, mahkotanya menghasilkan kereta terpantas dan mencapai 100km/j dalam tempoh paling singkat. Kereta Formula 1 pada 2016 secara teori dengan 1,400hp mampu mencapai 100km/j dalam satu saat. Hari ini kereta F1 mampu mencapai kelajuan sama dalam 2.6 saat. Kereta biasa menghantar anak ke sekolah mengambil 10 saat. Kegilaan kelajuan memerlukan 5,000 komponen dalam kereta F1 beroperasi pada paras terbaik.
Hari ini, Kabinet baharu (walaupun hampir sama seperti sebelum ini) akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri Kesembilan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menerajui Kabinet yang beroperasi secara rasmi sehari sebelum Hari Kebangsaaan ke-64.
Ketika mengumumkan barisan Kabinet, Ismail Sabri menggariskan 100 hari kepada panglima-panglimanya membuktikan kebolehan masing-masing. Ramai menganggap 100 hari terlalu singkat. Ada mengatakan dengan pengalaman terkumpul lebih 1,700 tahun dalam pentadbiran secara kelompok, kenapa perlu 100 hari?
Kepada pemimpin atau presiden, 100 hari pertama sangat kritikal. Ia report card atau peperiksaan SPM yang menentukan sama ada seseorang ke luar negara, masuk universiti atau tercicir.
Ismail Sabri berdepan cabaran. Mana pemimpin di dunia tidak berdepan cabaran. Ia bukan bercuti di Maldives walaupun imbuhannya termasuk elaun mungkin 55 kali ganda doktor kontrak baru bertugas. Masa depan 32.7 juta rakyat terletak di bahu PM. Ia bukan mudah tetapi ia mampu dilakukan.
Tugas utama PM ialah mendapatkan yang terbaik daripada setiap menteri. PM baharu telah memulakan Keluarga Malaysia dan mantra seterusnya mesti mengenai “call to action” seperti Malaysia Boleh.
Pentadbiran baharu harus membuatkan rakyat kembali girang dan mengembalikan “harapan” di hati ketika kemelut ini. Lebih penting, rakyat mahukan kenyataan asli dan penuh keikhlasan.
Jangan pada sebelah pagi berbangga jutaan divaksin dan pada sebelah petang, 393 kematian. Naratif ikhlas diperlukan rakyat. Jangan dijual berita mewujudkan jutaan peluang pekerjaan hanya laporan seterusnya hampir 800,000 menganggur. Dakapi kritikan dengan penyelesaian kerana ia akan membawa perubahan.
Adakah semua anggota kabinet akan berjaya dalam 100 sehari? Adalah magik untuk mengharapkan semua mencapai tahap tertinggi. Duduk sama rendah, tetapi berdiri tidak sama tinggi.
Tidak semua orang mampu berlari 100 meter di bawah 10 saat atau semua kereta mencapai 100km/j dalam tiga saat. Bukan semua seperti Elon Musk, Steve Jobs, Henry Ford atau Alexander Graham Bell.
Kepada penulis, selain berita jemaah Kabinet, berita lebih besar ialah Cristiano Ronaldo kembali ke Manchester United. Selamat pulang ke tempat sepatutnya “The King”. 100 hari berikutnya pasti sangat menarik sama ada pentadbiran kerajaan mahupun liga EPL.
Mohamad Azlan Jaafar ialah Pengarang Kumpulan Media Mulia
Sdn. Bhd.
Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved