Vietnam perkenal hukuman lebih berat terhadap pengguna vape

Vietnam perkenal hukuman lebih berat terhadap pengguna vape

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Kerajaan Vietnam mengetatkan sekatan terhadap rokok elektronik dan produk tembakau yang dipanaskan, dengan memperkenalkan denda sehingga 10 juta dong (RM1,545) terhadap individu membenarkan produk tersebut di premis mereka.

Di bawah Dekri 371 yang baharu dikeluarkan, pengguna rokok elektronik atau produk tembakau yang dipanaskan kini boleh didenda antara tiga juta dong dan lima juta dong, dengan pihak berkuasa diberi kuasa untuk merampas serta memusnahkan produk terlibat.

Peraturan itu diperluaskan lagi dengan menyasarkan pihak yang menyediakan ruang untuk aktiviti berkenaan.

Sesiapa yang didapati membenarkan atau melindungi individu lain menggunakan e-rokok atau produk tembakau dipanaskan di lokasi di bawah pemilikan atau pengurusan mereka boleh dikenakan denda antara lima juta dong hingga 10 juta dong.

Denda tersebut dikenakan terhadap individu, manakala organisasi pula berdepan penalti dua kali ganda, iaitu sehingga 20 juta dong bagi kesalahan yang melibatkan penyediaan premis.

Rokok elektronik atau vape digambarkan sebagai peranti yang memanaskan cecair, sama ada mengandungi nikotin atau tidak, untuk menghasilkan aerosol yang boleh disedut, manakala produk tembakau dipanaskan ditakrifkan sebagai peranti yang memanaskan tembakau yang diproses khas tanpa proses pembakaran.

Pegawai kerajaan menyifatkan langkah itu sebagai pengawasan yang lebih ketat pada masa produk tembakau alternatif merebak dengan pesat, terutama dalam kalangan golongan muda, yang menimbulkan risiko baharu kepada kesihatan awam.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN