Pengasas Play Cosmetics, Mea Sukri yang baharu pulang dari Jakarta, Indonesia kini memperkenalkan selendang Hida Hassan (HH) kepada pelanggan PlayCosmetics di Malaysia.

"Saya menjadi pengedar tunggal atau sole distributor yang dilantik untuk membawa masuk selendang HH atau HH Scarf ke Malaysia dan kemasukan kali pertama ini adalah sebanyak 200 set.

"Terdapat tiga corak atau design iaitu corak monogram (eksklusif) yang dijual pada harga RM123, corak bunga-bungaan atau flowery (RM102) dan basic voile atau material yang menggunakan jenis kain kapas voile (RM82)," katanya kepada Utusan Online.

Menurut Mea lagi, selendang HH diletakkan didalam kotak dan warna-warnanya pula adalah warna kegemaran semasa termasuk warna tanah. Pendekata, ujarnya, warna selendang HH tidak bermusim dan sesuai juga untuk dijadikan hadiah.

Beliau berkata, mereka yang membeli set produk Play Cosmetics berpeluang untuk mendapat selendang HH dengan diskaun sebanyak 5 peratus.

mea academy kursus

MEA SUKRI (kiri) bersama model pilihan memberi sedikit penerangan tentang teknik solekan yang betul dengan menggunakan produk jenama Play Cosmetics. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

"Terdapat tiga set produk Play Cosmetics iaitu Foundation (RM79.90), Face Primer (RM55.90) dan Face Spray (RM29) dan jika belia ketiga-tiga item yang disebutkan tadi, harga yang dibayar hanya RM170 berbanding harga asal, RM222.

"Sebagai pelengkap, kita tawarkan selendang HH dengan harga diskaun 5 peratus," kata Mea sambil menambah, tawaran ini terhad kepada 100 set atau 100 pembeli pertama dan tarikh terakhir tawaran, 30 Mac ini.

mea academy

PRODUK jenama Play Cosmetics mesti pengguna dan harga berpatutan diberi pencerahan oleh staff Mia Academy di Seri Kembangan, Mines, dekat sini, Mira (tengah) pada majlis minum petang (hi-tea) yang diadakan setiap bulan. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

Sementara itu, Mea juga memberitahu, setiap bulan diadakan majlis minum petang (hi-tea) di Mea Academy yang terletak di Seri Kembangan.

"Seperti petang ini (Sabtu) diadakan majlis minum petang sambil memberi tunjuk ajar, teknik-tekni solekan yang betul kepada para pelajar Mea Academy yang mana objektif diadakan aktiviti bulanan berkonsepkan tea-party ini adalah untuk menggalakkan golongan wanita menghargai kecantikan.

"Setiap sesi hanya mengambil masa empat jam sahaja dan selain daripada demonstrasi solekan, turut diadakan ialah aktiviti riadah santaian seperti permainan musical chair. Pemenang akan mendapat hadiah tajaan Play Cosmteics," katanya yang mempunyai 12 module untuk diketengahkan kepada para pelajar Mea Academy.

Acara bulanan itu, kata Mea, akan diteruskan pada 30 Mac ini di Butik Ombre, Kajang, Selangor manakala 14 April kelak akan diadakan pula di Butik Thereka di Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun ada yang beranggapan, Hari Raya Puasa masih jauh lagi tetapi bagi Mea, sebelum masuk bulan Ramadan, beliau sudahpun bersedia dengan pakej-pakej promosi.

hi-tea mea academy

IKATAN ukhuwah yang dijalin dalam kalangan para pelajar yang mengikuti kelas bulanan anjuran Mea Academy yang terletak di Seri Kembangan, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE/HASNURUL MOHAMED

"Sebelum Ramadan, akan masuk stok selendang HH yang baharu dengan rekaan atau design baharu yang lebih menarik dan pilihan warna pastel kerana kita mahu mereka yang dalam kalangan orang muda juga boleh memakai selendang HH," katanya sambil memperkenalkan produk terbaharu Play Cosmetics, Turkish Rose Water Essential yang diimport dari Turki.

Untuk rekod, Rose Water Essential ini lebih mengandungi bahan terawat yang sesuai untuk kulit muka kering, jerawat dan kulit muka berminyak dan harga sebotol, 30 ML ialah RM29 dan boleh bertahan kegunaannya untuk tempoh sebulan. - UTUSAN ONLINE