Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan yang dirasmikan pembukaannya hari ini dirancang dengan teliti oleh pasangan suami isteri, Zulmuthi Mohd. Samin dan isteri, Nur Melati Mohd. Hatta.

Zulmuthi berkata, sejak awal tahun 2018 lagi, beliau dan isteri bertekad untuk membuka Rumah Makan Cibiuk yang terkenal dengan sajian etnik Sunda.

"Ramai yang tahu, kewujudan Rumah Makan Cibiuk di Bandung dan Jakarta, Indonesia manakala di Malaysia pula, lesen utama dipegang oleh Rumah Makan Cibiuk yang terletak di Kajang.

"Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan adalah yang kelapan yang mana, selepas Bangi, terdapat Rumah Makan Cibiuk di Wangsa Maju, Seremban Gateway, Shah Alam, Kinrara dan Melaka," katanya.

Zulmuthi Mohd. Samin
Zulmuthi Mohd. Samin 

Menurut Zulmuthi lagi, membuka Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan adalah satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan dan beliau terkesima apabila hasratnya dan isteri untuk membuka Rumah Makan Cibiuk ini mendapat sokongan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Rumah Makan Cibiuk, Dr. Faridah Maaroof.

"Kami amat berterima kasih kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang memberi kekuatan kepada kami untuk meneruskan hasrat dan impian.

"Bagi saya, keimanan, ketabahan dan dengan izinNYA menjadi kunci kepada kami berjaya membuka Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan ," ujarnya.

Sementara itu, dalam ucapan ringkas, Dr. Faridah berkata, terdapat 24 cawangan Rumah Makan Cibiuk di Indonesia dan melihatkan kejayaan Zulmuthi dan Nur Melati membuka Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan, usaha mereka harus disokong oleh semua pihak.

"Kita mengharapkan orang ramai yang datang merasi masakan di Rumah Makan Cibiuk akan kembali lagi ke sini bersama keluarga," katanya.

Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan bukan sahaja menerima kunjungan pelanggan individu tetapi juga di bulan Ramadan yang akan datang, disediakan tiga set untuk berbuka puasa.

Menu Tradisi Campur Cibiuk menawarkan Set Garut (untuk 2-3 orang) pada harga RM108.80, Set Bandung (3-4 orang) pada harga RM129.80 dan Set Jakarta (RM152.80) untuk empat hingga enam orang.

RUMAH MAKAN CIBIUK

Nasi Liwet dan Ayam Bakakak Goreng adalah menu wajib dirasa oleh penduduk sekitar Kota Warisan yang ingin menimkati masakan etnik Sunda yang disajikan di Rumah Makan Cibiuk.

Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan beroperasi tujuh hari seminggu, Sabtu hingga Khamis, 11 pagi sehingga 11 malam manakala waktu beroperasi pada hari Jumaat ialah 3 petang sehingga 11 malam. - UTUSAN ONLINE