Pendapat itu dikongsikan Guru Kaunseling sekolah berkenaan, Siti Nazira Kasmen, 46, yang mengenali sejak mereka tingkatan satu lagi.

Menurutnya, ketiga-tiga pelajar itu merupakan pelajar contoh dan memang dikenali dengan sikap ringan tulang mereka.

“Ketiga-tiga mereka merupakan pelajar yang ringan tulang dan sentiasa melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti yang diadakan di sekolah ini.

AMINOLHUDA HASSAN (tengah) melawat jenazah tiga pelajar yang maut kemalangan semalam di Surau Al-Hak

AMINOLHUDA HASSAN (tengah) melawat jenazah tiga pelajar yang maut kemalangan semalam di Surau Al-Hakim, SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ NUR AISYAH MAZALAN

“Pemergian mereka merupakan kehilangan yang besar buat sekolah ini. Saya berdoa agar mereka ditempatkan di syurga, di tempat yang sebaik-baiknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai solat jenazah yang diadakan di Surau Al-Hakim, SMK Lokman Hakim, di sini sebentar tadi.

Dalam kejadian pukul 6.31 petang semalam, Mohamad Noriman Bastaman, 17; Daing Muhammad Afeeq Mohd. Ateeq-ur Rahman, 16, dan Mohammad Syafawi Zayadi, 17, maut selepas kenderaan dipandu guru mereka, Widyawati Simarani, 46, terlibat dalam kemalangan. - UTUSAN ONLINE