KPDNHEP berkata, acara tersebut telah berlangsung di Fahrenheit 88 dan Sogo dan ia merupakan sebahagian dari promosi berterusan bagi menarik minat pengunjung untuk bersama di program FIM 2019.

Menurut kenyataan itu lagi, program Street Attack tersebut telah mempersembahkan dua jenis tarian, tradisional dan persembahan flashmob dengan penyertaan kira-kira 25 orang peserta.

“Kumpulan Street Attack itu juga bergerak ke Fahrenheit 88 dengan menaiki bas Hop On yang disewa khas sebelum berakhir di destinasi kedua iaitu di Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 8 kilometer dari lokasi pertama.

“Program ini melibatkan kerjasama strategik pihak KPDNHEP, MFA dan pemain industri francais. Melalui Street Attack ini KPDNHEP dapat mempromosikan program-program francais secara lebih interaktif,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

FIM 2019 kini memasuki edisi ke-26 penganjuran yang diusahakan bersama antara Bahagian Pembangunan Francais, KPDNHEP dan MFA. -UTUSAN ONLINE